Assalamualalaikum :D
So, tak sangka sekejap aje Ramadhan nak habis dah kan? Lepas ini raya pulak. So rasanya lambatlah menghapdate blog sebab dah mula busy. Ditakdirkan bulan puasa ini demam. Takpe. Dugaan Allah. Senyum dan doa ajelah. So, untuk cerpen hari ini dapat ideanya dari drama Korea. Sebab heronya bekulah sangat. Nak tengok dia senyum, hmmmm... Susah bebenar. I hope korang boleh enjoy laa iye.
“Aku terima nikahnya Sara Wahida binti
Yusof dengan mas kahwin seratus ringgit tunai.” Sara menarik nafas lega.
Alhamdulillah. Aku telah menjadi isteri orang. Tangannya dihulurkan kepada
lelaki yang berada dihadapannya untuk menyarungkan cincin. Sara kemudiannya tunduk
dan bersalam dengan suaminya sebagai tanda hormat. Kucupan kasih singgah di
dahinya.
‘Jujur aku mengaku aku hanya berjumpa
sekali sahaja dengan suaminya ini, itu pun bertemankan keluarganya. Dia
berjumpa pun hanya untuk membincangkan soal kahwin. Yang aku tahu lelaki itu
merupakan anak sulung, lulusan luar negara dan berumur dua puluh enam tahun.
Hobi, makanan kegemaran dan yang lain-lain dia tidak tahu.’ Sara mengeluh
perlahan. Mampukah dia hidup dengan lelaki itu.
Ketukan di pintu mematikan lamunanku.
Sara bingkas bangun lalu menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas. Tersembul wajah
suaminya. Mukanya mula terasa panas. Namun cepat-cepat Sara cuba menenangkan
diri. Sebaik suaminya melangkah masuk, pintu bilik di tutup kembali.
“Aw..awak nak mandi?” tergagap-gagap Sara
menuturkan. Otakku berfikir keras mahu memanggil suamiku dengan panggilan apa.
Namun tanpa sedar panggilan awak meluncur keluar dari bibir mungilku.
Saat suaminya bangun dari duduknya, Sara
mula menggelabah. Matanya terpejam rapat. Setelah seminit, dia kembali membuka
matanya. Terpampang wajah suaminya didepan mata sambil tersenyum. Sara yang
hampir terjatuh memegang lengan suamiku.
“You
should call me abang.” Ucap Daniel sambil berlalu ke bilik mandi. Aku
mengeluh kuat tanda lega. Jantungnya yang berdegup kencang sudah kembali
normal.
Aku tengah minat dia :D
Sebulan
menjalani hidup sebagai isteri Hakimi Daniel mengajarnya banyak perkara. Yang
paling utama sabar. Aku mengeluh perlahan memikirkan perangai suaminya. Cold-heartless person rasanya. Berpatah yang ditanya, sepatah yang dibalas. Ucapan
romantik langsung tak pernah diucapkan. Arkitek selalunya kena banyak bercakap
tapi suaminya itu.. Hmmmm…. Tapi sekurang-kurangnya amal ibadat dan
tanggungjawab tidak diabaikan. Yang itu pun dah buat aku puas hati.
Deruan kereta memasuki laman
menghentikan lamunannya. Aku terus menuju ke pintu untuk menyambut Daniel.
Daniel yang keluar dari kereta menghadiahkan senyuman. Senyuman tipis yang
pastinya. Aku terus bersalam dengan suaminya. Tiada kucupan balas dari Daniel.
Memang cold-hearted.
“Abang mandi dan solat dulu. Sara dah
masak dah.” Daniel mengangguk. Beg bimbitnya diletakkan di atas meja
bersebelahan tangga. Aku terus menuju ke dapur untuk memanaskan tomyam yang
dimasaknya.
“Banyaknya Sara masak hari ini.” Sara
tersenyum. Hakimi Daniel bercakap? Wow!
“Sara teringin nak makan semua ini. Itu
yang Sara masak itu.” Balas aku. Sepanjang di meja makan, Sara dan Daniel hanya
mendiamkan diri.
Usai makan, aku terus mengangkat pingganku bersama dengannnya menuju ke
sinki. Daniel yang sedang membasuh tangan memandangku. Aku pun pandang dia
balik.
“Sara pergi kemas dekat meja makan, abang basuh
pinggan.” Ujar Daniel. Aku terkejut.
“Tak apa abang. Sara boleh buat.” Sambil itu aku cuba nak ambil pinggan yang ada dekat tangan Daniel tapi Daniel lagi cepat menjauhkan pinggan itu dari aku
“Sara please…” Aku hanya mengangguk. Aku pun pergi ke meja makan dan
kemas semuanya. Habis aje aku kemas aku tengok dia tak siap basuh pun lagi.
Aku pun terus aje buat Nescafe sebab aku
nak buat kerja aku yang tak siap lagi. Sambil aku buat itu, aku tengok dia dah
habis basuh. Dia pun datang dekat aku yang tengah buat Nescafe.
Chuppp! “Thanks
sebab masak.” Aku dah terkedu sambil pegang pipi aku yang jadi mangsa dia.
Nasib aku dah siap tuang air panas. Kalau tak mahu tumpah. Selamba aje dia blah
pergi macam itu. Lepas aku siap buat Nescafe aku terus naik menuju ke bilik.
Aku buka pintu Daniel tengah tengok tv. Aku pun letak mug dekat meja tepi
katil. Fail aku capai.
“Banyak ke kerja?” Aku pandang Daniel dekat
sebelah. Entah bila dia datang duduk dekat tepi aku.
Aku angguk. “ Abang tak ada kerja?” Dia
geleng. Aku pun terus sambung buat kerja aku.
“Minggu depan ikut abang pergi reunion
boleh?” Aku pandang dia. Minggu depan aku free kot.
“Boleh aje. Hari apa?” Aku soal dia
balik. Dia senyum dekat aku. Wah! Dia tahu senyumlah.
“Sabtu. Lepas itu kita singgah rumah
Mama. Boleh kan?” Aku dekatkan jari telunjuk dengan ibu jari untuk buat tanda
ok. Lepas itu, mata dia terarah balik dekat tv. Aku pun sambung balik. Bila dah
siap aku pandang dia yang tengah khusyuk tengok CSI New York.
“Sara nak tidur dah ini. Abang?” Sambil aku
soal dia, aku kemas barang-barang aku yang berselerak. Time ini aku tengok dia dah tutup tv.
Baru aku nak terlelap, ada tangan dekat
pinggang aku. Aku pun buka mata tengok muka dia dua inci aje dari aku. Jantung
aku dah main rentak lain dah. Aku terus tutup mata aku cuba nak tidur.
Baju dekat tangan aku, aku
pusing-pusingkan. Kalau tengok dari hiasan dengan jenama pun aku dah tahu
mahal. Tapi dia peduli apa sebab dia mampu.
“Abang nak suruh Sara pakai baju ini?” Dia
angguk. Baru aku perasan dia tengah keluarkan baju dia yang sama warna dengan
baju aku. Warna pastel. Aku suka warna-warna macam ini. Yelah, aku kan tak
putih. Warna macam ini aje la yang sesuai.
Aku terus tukar baju sebab function itu start pukul 8. Nasib baik
aku cuti hari ini. Kalau tak buta aje, Isyak aku terlepas.
Lepas
aku dah siap lilit shawl dekat kepala aku, aku check balik. Okay siap! Aku pun
pusing belakang tengok Daniel tengah pandang aku dari birai katil. Aku tak
sedar pula dia pandang aku macam itu.
“Kenapa?” Sambil aku soal dia aku tengok
balik cara aku pakai. Mana tahu terbalik ke sebab dia pandang aje aku.
Dia bangun dari birai katil sambil menuju
ke aku. Aku pun pandang dia. “Tak ada apa. It
just…” Aku angkat kening double jerk.
“You’re
too pretty.” Muka aku dah berbahang panas. Asal dia sweet sangat ini. Dia terus pergi macam itu. Walaupun dia cakap
dengan muka yang serius tapi tetap la hati aku cair.
Dalam
kereta, aku dengan dia diam aje. Aku pun tak tahu nak cakap apa. “Nanti abang
jangan tinggal Sara sorang-sorang. Dah Sara tak kenal siapa-siapa pun.”
Terpacul dari mulut aku. Buatnya nanti dia excited jumpa kawan dia, aku hilang
pun tak peduli. Lelaki kan. Brotherhood dorang lain sikit.
Dia
diam aje. Dah masuk dah fasa kering hati dia. Menyampah betul aku. Aku pun
halakan pandangan aku ke depan. Sampai aje dia bukakan pintu kereta kat aku.
Ini lagi satu sifat dia yang aku suka. Baru aku nak melangkah dia dah tahan
aku. Jari jemari dia capai jari jemari aku. Nak pegang tangan rupanya.
Baru melangkah masuk dalam hall itu,
dah ada yang serbu Daniel ini. Popular nampaknya.
“So, inilah yang berjaya rebut hati
sejuk beku ini?” Aku pun pandang aje kawan dia yang nama Faris ini. Aku tahu
pun sebab dia kenalkan nama dia tadi.
“Kau jangan nak mengarut eh Aris.”
Daniel bagi amaran. Faris angkat kedua-dua belah tangan tanda menyerah.
Aku pun senyum aje. “Eh! Mamat hati
beku datang.” Terdengar suara dari sebelah kiri aku. Aku pun senyum lagi. Dah
macam masuk ratu cantik pun ada.
“Patutlah mamat hati beku cair, cantik
rupanya.” Aku pandang aje tempat lain sebab dah segan. Time ini aku dah tarik
tangan aku dari pegangan dia.
“Shut
up Qayyum! Aku datang pun dah beruntung.” Qayyum pun tersenyum aje. Ramai
jugak kawan dia.
“Aku ingatkan si Kimi nak jadi bujang
terlajak sekali dia kahwin awal dari aku.” Balas Qayyum sambil menampar
perlahan bahu Daniel. Aku mampu pandang aje.
“So macam mana kahwin dengan mamat hati
beku ini?” Aku diam aje. Tak tahu nak bagi respons apa. Takkan nak cakap dia
memang beku pun.
“Okay. Tak beku sangat pun.” Aku jawab
macam itu. Daniel pandang aku mungkin dia tak sangka aku nak jawab macam itu.
“Kimi kau tengok belakang.” Lepas Faris
cakap macam itu automatic aku dengan Daniel pandang belakang. MasyaAllah!
Seksinya gadis itu.
Daniel pusing balik menghadap ke arah
pentas. “Siapa itu?” aku soal dia. “Kawan lama.” Dia jawab tanpa pandang aku so
aku assume dia tak suka aku tanya. Entah-entah dia ingat aku menyibuk. Tapi aku
isteri dia, salah ke?
Nasiblah dia tak tinggal aku
sorang-sorang. Kalau tak mahu terkontang-kanting aku. Tapi aku perasan minah
seksi itu asyik jeling Daniel aku ini. Nak aje aku sound dia sebab tengok suami
aku lama-lama. Aku nak cakap kat Daniel tapi aku tak mampu. Lantaklah!
“Sayang bini nampak.” Usik Qayyum. Aku
dengan Daniel baru perasan dorang duduk satu meja dengan kitaorang termasuklah
awek yang seksi itu. Mengucap panjang aku.
“Kalau aku tak sayang, takkan aku
kahwin kot.” Balas Daniel. Ya Allah! Terharunya aku. Tapi yang aku pelik kalau
depan aku nak cakap I love you pun susah. Depan orang boleh pula. Masalah apa
sebenarnya ini.
“Yelah. Sampai I pun you tak tegur
kan? Takkan tak nampak. Tapi you still pakai jam yang I bagi kan?” Aku
dah terkedu bila minah seksi itu cakap macam ini. Jam dekat tangan kiri Daniel
aku pandang. Terus berubah mood aku. Tiba-tiba aje aku nak balik.
“I pakai pun sebab I nak pulangkan
balik. Nah!” Aku dah mula senyum balik. Terbaik sangat suami aku ini. Minah
seksi itu pula yang terkedu bila Daniel bagi balik jam tangan itu. Yang ada
dekat meja tu pun turut terlopong.
“Baiklah. Persembahan seterusnya
kita jemput Hakimi Daniel.” Aku pun pandang Daniel. Dia pun pandang aku balik.
Biar betik suami aku nak buat persembahan. Nak cakap pun susah. MC dah senyum
dekat atas pentas.
“I yang cadangkan. Lama tak dengar
you nyanyi.” Ya Allah! Nak aje aku lempang minah ini. Gedik semacam aje. Daniel
pun terus bangun dan menuju ke pentas. Aku mampu pandang aje. Takkan nak ikut
pula.
“Thanks pengacara majlis. Saya nak
tujukan lagu ini kepada isteri saya. Today
is our one months anniversary.
Maaf sebab saya jarang tunjukkan perasaan saya yang sebenar but always
remember this, I will always choose you
and I want to be with you for my entire life.” Air mata aku dah mula
bertakung tapi aku cepat-cepat seka. Malu kalau orang nampak.
The
times that are hard to breathe
The world that is choking my neck
No matter how hard I try to erase
It keeps making me fall over
The only thing that I have is you only
I won't let you go
You are my last love You are my last love
You are my last love The person that will stay til the end
The one present that I had received from the harsh world
A different miracle in front of my eyes
You are the last love
Even all the wounds from time woo baby
Even if pain rips one another
The memories that pile up and more
Wiping the other's tears
Look at the me staying here on my knees watching you
I will risk myself for you
The world that is choking my neck
No matter how hard I try to erase
It keeps making me fall over
The only thing that I have is you only
I won't let you go
You are my last love You are my last love
You are my last love The person that will stay til the end
The one present that I had received from the harsh world
A different miracle in front of my eyes
You are the last love
Even all the wounds from time woo baby
Even if pain rips one another
The memories that pile up and more
Wiping the other's tears
Look at the me staying here on my knees watching you
I will risk myself for you
Even
though you can't tell with this little ring
I will promise everything for you
I will promise everything for you
You are my last love You are the love of my life
The one light that will make the dark roads bright
A different miracle in front of my eyes
You are the last love
The one light that will make the dark roads bright
A different miracle in front of my eyes
You are the last love
Lepas dia nyanyi aku tak mampu nak
cakap apa-apa sebab aku terlampau terharu siap dengan cair macam aiskrim. Lepas
dia letak guitar dekat tempat asal, dia terus turun dari pentas dan datang
dekat aku. Sempat lagi dia kucup dahi dengan pipi aku. Nak halang dah
terlambat. Segan tahap giga kot.
Walaupun sekejap tapi memang bestlah
pergi function ini sebab dapat tengok side yang lain. Habis aku dengan Daniel
kena sakat dengan kawan-kawan dia. Dia selamba aje buat muka relax, aku jugak
yang berbahang panas tahan malu.
Dalam kereta aku diam aje. Tak mampu
nak cakap apa. “Sorry kalau abang
buat sayang segan tadi.” Sambil dia cakap dia pegang tangan aku.
“Its
okay. Thanks sebab menyanyi untuk
Sara.” Aku balas balik. Tangan dia aku genggam erat. Tahniah encik suami, saya
terharu. Aku pun terus pandang jalan balik. Bila tengok jalan macam jalan balik
rumah kitaorang. Ingatkan nak pergi rumah Mama.
“Abang cakap nak pergi rumah Mama.”
Aku tanya dia. Dia pandang aku sambil senyum. Cair lagi aku.
“Tak jadi. Malam ini kita date.” Reaksi apa aku nak bagi. So, aku
diamkan aje. “Dah sampai.” Asal
riang-ria aje suami aku malam ini.
Keluar aje dari kereta terus dia kendong aku.
Terjerit aku. Harap-harap jiran tak dengar. Dia terus bawa aku ke balkoni depan
bilik. Dia dudukkan aku dekat kerusi. Dia pula duduk dekat kerusi sebelah
sambil pandang aku tak lepas.
“Cuba jangan pandang macam itu.” Aku
sound dia. Aku malulah. Tangan dia tengah ambil sesuatu dari poket. Rupanya
kotak. Apa benda pula.
“Hadiah anniversary.” Dia pun bukakan
kotak sambil keluarkan rantai. Aku dah menangis sebab tak sangka.
“Kenapa menangis pulak?” Dia pun
bangun dan melutut depan aku. Jari dia seka airmata aku. Rantai itu pulak dia
pakaikan dekat aku lepas dia buka shawl aku.
“Thanks.”
Aku cakap sambil tersedu-sedu. “Thanks
aje.” Apa lagi yang dia nak. Aku pun terus peluk dia. Dia peluk aku balik. “I love you.” Aku cakap lagi.
“I
love you too.” Dia rungkaikan pelukan. Dia cium lagi pipi aku. Bibir aku
dia sentuh guna jari. Aku angkat kening.
“Sambung dekat dalam.” Dia terus dukung
aku dan baringkan aku atas katil. Malam itu aku dengan dia bahagia sangat sebab
masing-masing dah mengaku perasaan sendiri.
#######
“Mama suruh pergi rumah. Sayang
siaplah.” Aku pandang dia melalui cermin. Aku angguk. Rantai dekat leher aku
sentuh lagi. Loket yang terukir nama aku dengan dia.
Sampai aje rumah mak mentua aku, aku
tengok ada banyak kereta. Kaum kerabat berkumpul ke?
“Ramainya orang abang. Siapa lagi
datang?” aku soal dia. Dia pun angkat bahu tanda tak tahu. Pelik juga. Terus
aku dengan dia keluar dari kereta. Sampai aje aku tengok minah seksi yang
semalam itu ada juga. Daniel pun nampak terkejut.
“Hai
Kimi. I saja aje datang melawat family you.” Sopan pula dia hari ini dengan
baju kurung bagai. Aku terus pergi dekat
mak mentua aku dan salam. Siap peluk-peluk lagi. Daniel pun buat bodoh aje
dengan minah seksi itu. Ini yang aku makin sayang ini.
“Kata nak datang sini semalam.” Mama
soal Daniel. “Datinglah Mama.” Jawab
Daniel. Mama dah tergelak. Aku pun senyum aje. “Amboi! Dating sampai lupa Mama.
Bila boleh dapat cucu?” soal Mama lagi. Aku pun dah segan.
“InshaAllah. Secepat yang mungkin.”
Daniel kenyit mata dekat aku. Kang ada yang aku heret bawa balik rumah nanti.
“Wow! Tak sabar Mama. Iyelah. Pergi la
makan. Mama dah makan dengan Laila tadi.” Daniel angguk.
“Jom sayang.” Sempat pula dia peluk
pinggang aku. “Sweetnya Along.” Usik
Hakim, adik ipar aku.
“Jangan jealous la dik.” Balas Daniel.
Ceh! Dia pun melayan. Aku pun terus tarik tangan dia ke dapur.
Aku
pun ambilkan pinggan dan nasi untuk suami. “Rapat ke Laila itu dengan family
abang.” Aku tanya dia. Aku pun tak tau kenapa. Daniel pandang aku terus.
“Jealous eh.” Dia bangun dari kerusi dan datang dekat aku. Aku yang dekat sinki
pusing menghadap.
“Bukan jealouslah. Selama ini
tak pernah nampak dia pun. Itu yang Sara tanya.” Aku balas balik. Dia senyum
tapi senyum dia itu lain. Senyum perli mungkin.
“Rapat juga. Mak dia kawan Mama. Dari
kecil lagi kenal.” Aku angguk kepala tanda faham. Macam itu rupanya.
“Kenapa tak kahwin dengan dia?” aku soal
dia. Eh! Dah lain bunyinya. “Abang dah agak sayang jealous. I didn’t marry her
because you’re the one for me.
Allah yang bagi sayang untuk abang.” Speechless.
Sampai malam juga aku lepak rumah mak
mentua aku. Yang aku perasan minah seksi itu macam menyondol aje dekat suami
aku bila aku jauh sikit. Menyampah juga! Tapi sebab dia tetamu aku maafkan.
Padahal nak aje aku simbah kopi dekat dia. Pukul dua belas baru dia minta diri.
Aku dengan Daniel pun buat benda yang sama juga. Sampai aje rumah , aku terus
bersihkan diri. Daniel pula masuk toilet. Ada mesej masuk pula dekat handphone
suami aku. Tergerak hati aku nak tengok. Terbeliak mata aku tengok mesej itu.
+ Tak sangka you still simpan gambar I
dekat study room itu eh. Btw, nice meeting you. I love you sayang.
Aku letak balik handphone itu atas meja
sebelah katil. Terus aku tarik selimut dan baring. Daniel pun dah keluar dari
tandas. Dia pun datang baring sebelah aku. Dia sandar dekat kepala katil sambil
belai rambut aku. “Goodnite sayang.”
Dia kucup pula dahi dengan pipi aku. Aku tak balas apa-apa sebab aku rasa suami
aku ini ada rahsia yang dia tak cerita dekat aku.
######
+
Sayang, tolong hantarkan fail yang dekat atas meja tue dekat ofis abang boleh?
Nasib aje aku cuti hari ini. Aku terus naik atas dan tuju ke bilik study.
Fail dekat atas meja aku ambil dan aku masuk bilik aku untuk tukar baju.
-Abang, Sara otw dah. Aku hantar mesej nak bagitahu dia walaupun dia dah tahu
sebab tu lebih kurang macam minta izin kot. Mengarut aje aku ini.
Sampai aje aku terus pergi bahagian
reception. “Saya nak jumpa dengan Hakimi Daniel. Tak ada appointment tapi saya
isteri dia.” Aku cakap siap-siap.
Perempuan yang pakai tag nama Linda
senyum dekat aku. “Puan boleh naik ke tingkat 10. Pejabat En Hakimi dekat
situ.” Aku senyum balik dekat dia. “Thanks.” Aku pun terus aje ke lif. Sampai
aje tingkat 10 aku tengok jauh dekat depan ada pejabat. Sampai depan pejabat
aje aku tengok nama dia terpampang dekat pintu.
Aku ketuk pintu sebelum masuk tapi
macam tak ada orang. Aku pun buka aje pintu. Macam nak gugur jantung aku tengok
Daniel dengan minah seksi yang poyo tue berpeluk. Tapi aku still maintain cool.
Tak nak tunjuk sangat yang aku dah nak naik angin.
“Sorry
serbu. Tapi Sara ketuk abang tak cakap apa-apa. Ingat tak ada orang. Nah! Fail
yang abang nak. Sara balik dulu.” Aku letak fail dekat atas meja depan Daniel
dengan minah itu. Aku pun salam dia sebelum balik. Terus aku keluar dari pejabat
dia. Aku ingat tak nak balik rumah so aku pergi jalan-jalan dulu.
Dalam kereta handphone aku asyik
berbunyi tapi aku biarkan aje. Sampai aje dekat rumah sewa lama aku baru aku
check. Siapa lagi kalau bukan Daniel beku tapi gatal tu. Menyampah! Aku off kan
phone. Senang.
“Assalamualaikum Fara. Aku datang
ini. Ain.. Fara.. Bukalah pintu.” Lepas aku jerit barulah si Fara ini buka
pintu. Aku terus masuk dan buat macam rumah sendiri.
“Mimpi ape kau datang?” tanya Fara.
Ceh! Macam tak suka aje. “Rindu korang.” Aku gelak. Yeke?
“Kau tak payah nak menipu Sara.” Sampuk Ain. Hesy! Terima
ajelah jawapan aku.
“La.. Tak percaya pulak. Aku tak
menipu la.” Aku cakap dengan muka yang yakin. Lepas itu dorang tak tanya apa
dah. Kitaorang pun borak-borak sambil layan drama Korea.
“Oi mak cik! Dah pukul sepuluh kot.
Kau nak balik bila? Hubby kau cari nanti.” Tanya Ain sambil tampar lengan aku.
Aku menyeringai sakit. Halau pula. Aku pun ambil beg tangan aku dan kunci
kereta.
“Aku nak baliklah ini. Sabarlah.” Aku
terus bangun dan keluar. Enjin kereta aku hidupkan. Aku rasa macam tak nak
balik.
######
Sampai aje dekat rumah, Daniel dah ada
dekat taman. Dia tunggu aku ke? Dia pun jalan ke arah aku. Aku tenangkan hati
dan keluar dari kereta. Elok aku keluar aje, dia dah capai pinggang aku dan
peluk.
“Pergi mana sayang? Abang risau tau.
Abang call pun tak angkat.” Dia cakap dekat aku. Aku tolak badan dia.
“Pergi jumpa kawan. Bateri habis. Sara
naik dulu.” Aku terus masuk ke dalam rumah. Aku perasan Daniel mengeluh
perlahan. Aku nak lupakan hal tadi tapi tak boleh.
Aku terus capai towel aku dan masuk
dalam bilik air. Aku keluar aje dari bilik air lepas bersihkan diri aku nampak
Daniel dekat katil. Aku pun sangkut towel dan pergi ke katil.
“Sayang marah eh?” dia tanya aku. Aku
yang tengah tarik selimut terhenti. Aku pandang dia dan geleng kepala. “Untuk
apa?” aku tanya dia balik. Daniel meraup muka.
“Sebab hal tengah hari tadi.” Aku buat
endah tak endah. “Sara dah lupa. Tak ingat. Goodnite abang.” Aku salam dia. Aku
terus aje baring. Padahal aku tak mengantuk pun. Aku cuba pejamkan mata. Aku
perasan Daniel pandang aku.
Tak lama lepas itu aku dengar bunyi
telefon bimbit dan aku yakin bukan handphone aku sebab aku tak on pun lagi.
“Kenapa? Kereta rosak? Tunggu kejap..
Nanti I sampai.” Aku tak boleh agak siapa yang call dia. Macam urgent aje. Aku
dengar pula almari baju dibuka.
“Sayang, abang keluar kejap. Urgent.” Dia bisik dekat aku. Aku tahu
dia tahu yang aku tak tidur lagi. Aku tak mampu nak cakap apa sebab dia dah
keluar pun. Aku cuba nak lelapkan mata tapi tak mampu. Aku pun bangun dan on
handphone aku balik. Aku pun tak tahu kenapa tergerak hati aku nak on. Aku
sambung baring balik dan cuba untuk tidur.
Terkejut aku bila handphone aku
tiba-tiba bunyi. Aku tengok jam dah pukul empat pagi. Daniel tak balik lagi?
“Assalamualaikum.” Mama call kenapa?
“Waalaikumussalam. Kenapa Ma?” aku soal
dia. “Sara datang rumah Mama boleh?” Aku dah pelik. Kenapa.
“Boleh tapi kenapa Ma?” aku soal lagi.
“Sara datang aje dulu okay?” Aku pun setuju. Aku terus tukar baju yang lebih
sesuai. Handphone dengan beg aku ambil. Aku terus tuju rumah Mama tapi hati aku
tak sedap.
Sampai aje rumah aku tengok ada lagi
dua buah kereta. Aku pun pelik. Kereta Daniel ada dekat sini. Lega juga hati
aku.
“Assalamualaikum.” Aku bagi salam tapi
semua orang pandang aku. Daniel pula tunduk aje. Aku makin pening. Minah seksi
itu pun ada. Aku terus pergi salam dengan seorang mak cik, mak mentua dan suami
aku.
“Kenapa Ma?” aku soal Mama setelah Mama
tarik aku duduk sebelah dia. “Sara tenang ye, Daniel dengan Laila kena tangkap
basah.” Aku dah terkedu. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku angguk aje. Aku
terus berdiri.
“Jadi Mama nak abang dengan Laila
kahwin?” aku soal Mama. Mama mengangguk. Ya Allah! Dugaan apa ini?
“Kenapa sampai macam ini? Kenapa abang
tak bagitahu aje Sara yang abang memang sukakan dia?” Aku soal Daniel. Daniel
bangun dan pegang tangan aku tapi aku tarik. Aku tak mampu nak tengok muka dia
sekarang.
“Sara setuju. Kahwinlah.” Aku cakap. Air
mata yang mula jatuh aku seka. Airmata aku tetap jatuh.
“Sara…” Dia pegang tangan aku. “Abang,
Sara setuju. Sara balik dulu. Bincanglah apa yang patut.” Aku terus dail nombor
Fara.
“Fara, datang ambil aku. Aku tak boleh
drive. Aku dekat rumah mak mentua aku. Bawa Ain sekali.” Aku terus letak phone.
“Abang hantar.” Aku geleng. “I need to think. Bagi masa.” Aku duduk
dekat kerusi sebab lutut aku dah lemah semacam.
“Look
Sara. Abang tak tahu macam mana abang boleh end up ada dalam kereta itu.
Serius.” Daniel pandang aku. Aku cuba seka lagi air mata aku yang mengalir. Aku
cuba bertahan. Sekurang-kurangnya sampai aku keluar dari sini. Aku diam aje.
Tak lama lepas itu Fara dengan Ain datang. Aku cuba bangun tapi sebab kaki aku
menggigil, aku hampir jatuh.
“Jom. Nah kunci.” Aku serahkan kunci
kepada Ain. Biar dia yang drive. Aku terus keluar dari rumah. Masuk aje kereta
aku terus pejamkan mata. Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Airmata aku dah makin
laju aje mencurah-curah. Soalan Fara pun aku biar sepi. Sampai aje dekat rumah
sewa lama aku, aku terus keluar. Tapi aku rasa pandangan aku gelap.
######
Aku buka mata. Yang aku nampak cahaya
dengan siling. Aku boleh bau ubat. Aku agak dekat hospital. Kepala aku masih
berdenyut-denyut.
“Fara, kenapa dengan aku?” aku tanya.
Pintu bilik tiba-tiba terbuka. Aku nampak Daniel. Aku tak tahu nak bagi reaksi
apa. Fara pula terus keluar dari bilik itu. Aku terus pejamkan mata. Airmata
aku mengalir lagi.
“Thanks sayang untuk zuriat ini. I love
you so much.” Daniel cakap dan kucup dahi aku. Aku buka mata. “Sara nak balik.”
Aku cakap. Dia pandang aku.
“Sara tak sihat lagi. Rest dekat sini
dulu okay?” Dia cuba pujuk aku. Aku geleng kepala. “Please… Sara perlukan masa.
Sara nak bagi awak masa juga untuk buat keputusan.” Daniel mengeluh perlahan.
“Boleh. Dengan satu syarat, Sara kena
balik rumah Mama. Biar Mama yang jaga.” Aku dah tak mampu nak cakap apa. Aku
angguk aje kepala. Dia cium dahi aku lagi. Aku tolak dia perlahan.
Sampai
aje rumah, aku terus keluar dari kereta. “Hati-hati sayang.” Dia pesan sambil
pegang tangan aku. Aku tarik perlahan tangan aku. “Sara boleh buat sendiri.”
Aku terus berjalan masuk ke rumah. Mama yang berdiri dekat pintu aku salam. Aku
terus naik atas ke bilik.
“Mana dia? Mana?” Aku yang sedang tidur
terjaga. Aku pantas bangun dan menuju ke bilik mandi. Aku bersihkan diri.
Tudung aku capai dari almari.
“Auntie! Please. Dia tengah rehat.” Aku
dengar suara Daniel menjerit. First time juga aku dengar dia tengking macam
itu. Aku terus keluar dari bilik. Sampai aje dekat tangga, semua orang pandang
aku.
“Dah turun pun! Sini cepat. Auntie ada
hal nak bincang.” Ya Allah! Dugaan apa ini. Aku nak marah balik pun tak ada
tenaga.
“Sayang naik atas.” Daniel cakap. Aku
tahu dia tak nak aku sakit tapi aku kena tahu masalah apa yang buat ibu Laila
datang serang aku pagi-pagi buta macam ini.
Aku terus duduk dekat kerusi diruang
tamu. Aku menghadap Puan Aishah, ibu Laila. “Ada apa mak cik?” aku tanya. Puan
Aisyah tersenyum sinis pandang aku.
“Pandai kau berlakon kan? Buat baik
konon. Padahal kau menghasut Daniel ini supaya jangan kahwin dengan Laila kan?”
Aku menghela nafas.
“Tak auntie. Saya tak pernah hasut
dia.” Aku balas balik. Takkan aku nak mengaku padahal aku tak buat apa pun.
“Hey!!! Kau tak payah nak buat
baiklah. Kalau tak kenapa Daniel tak nak kahwin dengan Laila kalau tak kerana
kau hasut dia?!” Airmata aku dah mengalir. Sebak juga kena tengking macam itu.
Mungkin sebab aku mengandung kot.
“Auntie! Berapa kali saya nak cakap
saya tak nak kahwin bukan sebab Sara hasut tapi sebab saya nak dia sorang aje.”
Daniel membela. Memang aku terharu tapi buat masa sekarang aku tak mampu nak
maafkan dia lagi.
“Oh! Kau dah rosakkan anak aku
sekarang ini kau tak nak kahwin pulak ye?! Aku tak kira. Aku nak kau bernikah
dengan anak aku minggu ini juga!” Puan Aisyah dah menengking.
“Auntie.
Tolonglah. Saya tak sanggup nak menduakan Sara.” Daniel cuba memujuk.
“Tengok! Mesti bini kau ini ada menghasut kau
dengan anak dia kan?” Puan Aisyah menuduh aku pula.
Aku bangun dan memegang erat tangan
Daniel. “Abang, please.. Sara mohon
dan merayu pada abang. Kahwin dengan Laila.” Aku memujuk Daniel. Aku tak nak
anak dalam kandungan ini turut terlibat. Aku tak sanggup!
Daniel menggeleng. Airmata aku
diseka Daniel. “Please abang.” Aku
pujuk dia lagi. Airmata aku yang mengalir, aku biarkan. Aku terus leraikan
pegangan dan naik ke bilik. Baju aku yang berada didalam almari aku ambil lalu
masukkan dalam bagasi. Pintu bilik dibuka. Aku tahu Daniel tapi aku teruskan
masukkan baju.
“Sayang nak pergi mana ini?” Dia
tanya aku. Baju yang aku pegang pun dia ambil. Aku hanya diam.
“Sayang..” Aku mengeluh kuat. “Saya nak
pergi jauh dari awak. Saya nak awak buat keputusan tanpa dipengaruhi saya. Give
me time Hakimi Daniel!” Aku tahu aku berdosa sebab aku tengking dia tapi aku
dah tak boleh nak tahan marah aku.
“Sayang.. Please..” Aku selesai aje
letak semua baju, terus aku tutup beg. Daniel asyik tengok aje apa aku buat.
Aku terus capai beg tangan.
Aku salam dia. Dia tak lepas tangan
aku. “Saya pergi rumah sewa lama. Nak suruh sign dokumen, datang aje.” Aku
terus ambil bagasi dan keluar. Daniel tetap teman aku sampai la kereta aku
keluar dari rumah.
#######
Masuk hari
ini dah seminggu aku keluar dari rumah. Daniel ada aje hantar mesej and call
tapi aku aje tak angkat dan tak balas. Tapi hari ini aku rindu sangat dekat
dia. Ketukan di pintu menyentakkan aku. Siapa pula?
Aku bangun dari duduk dan melangkah ke
pintu. Terlopong aku saat aku membuka pintu. “Abang.” Terpacul keluar.
Daniel memandang sekeliling. “Masuklah.
Fara dengan Ain pergi kerja.” Aku menjemput masuk. Daniel pandang aku.
“Mana dokumen?” Aku tanya. Daniel angkat
kening doublejerk. Datang dah hari dia tak bercakap.
“Untuk?” Dia soal aku balik. “Dokumen
untuk abang kahwin.” Aku pandang dia yang tengah duduk. Dia pun bangun dan
tarik tangan aku untuk duduk.
“Tak jadi kahwin. Sebab abang nak Sara
seorang aje. Sara aje. No one else but you. Okay?” Aku dah garu kepala. “Auntie
Aishah?” aku soal balik. Takkan settle macam itu aje.
“Laila dah kahwin dengan orang lain.”
Leganya Ya Allah! Tak sia-sia doa aku selama ini. “Laila yang rancang. Dia
mengandung. So, dia berpakat dengan mamat itu untuk kenakan abang. Dia cakap
punca dia mengandung sebab abang kahwin dengan orang lain. Tapi mamat tue
menyesal, so dia kantoikan plan dia dengan Laila dekat abang dengan Auntie.”
Macam itu pula. Tak betul la Laila itu.
“Abang tak kisah tak dapat kahwin
dengan dia?” Aku soal dia balik. Dia pandang aku. Senyuman dia yang tadi dah
hilang.
“Abang dah cakap kan? Sara dengan yang
dekat dalam ini aje penting untuk abang.” Dia usap perut aku. Memang tak
memboyot lagi sebab baru sebulan lebih.
“Tanya aje.” Aku menggumam. “Jom!”
Daniel ajak aku. Aku angkat kening. “Nak ke mana?” Aku soal.
“Seminggu abang tak tidur lena sebab
tak ada Sara. Hari ini kita MIA dan pergi honeymoon dengan baby.” Aku dah malu.
“Dekat mana?” Aku soal lagi nak tutup
malu aku. Daniel tersenyum. Menyampah aku! Tak nak cakap macam ini.
Aku terkejut waktu Daniel berhentikan
kereta dekat airport. Nak pergi mana datang sini? Dia pun bukakan pintu kereta
dan keluarkan beg dari kereta.
“Nak pergi mana?” aku soal dia lagi
untuk kali yang ke berapa entah. “Nah!” Dia tunjukkan tiket flight. Karambunai!
Ya Allah. Impian aku.
“Mana abang tahu?” aku soal lagi. “In your laptop. Ada banyak sangat gambar
pantai Karambunai. Siap berfolder lagi.” Cis! Kejinya selongkar laptop aku
senyap-senyap.
“Cantiknya!” Aku gembira sangat sebab
hajat aku nak datang sini dah tercapai. Datang dengan suami and baby dalam
perut lagi.
“Suka?” Daniel peluk aku dari
belakang. Aku mengangguk. SubhanaAllah. Ciptaan Allah sentiasa yang terhebat.
Aku terus pusing dan menghadap
Daniel. “I love you.” Aku cakap dekat
dia. Daniel tersenyum. Senyum aje? Aku ingat dia nak reply I love you too balik ke apa. Ke laut aje mimpi aku. Aku terus
pusing menghadap balik pantai. Tak sabar nak tunggu matahari terbenam.
Hensem sangat :D Tergoda I!
"Jangan cakap
I love you sekarang sebab abang takut
Sara tak sempat tengok matahari terbenam.” Hamek kau! Nak sangat. Kan dah malu
sendiri. Ini ke mamat hati beku yang aku kenal?
Biarlah hati beku pun sebab aku tahu
dia romantik dan sweet dengan aku aje. Aku tak kisah kalau depan orang dia nak
membekukan hati dia. Sebab aku tahu dia yang sebenar. At least, aku tahu dia
romantik dengan gaya dia yang tersendiri dan aku suka. Sebab dia anugerah Allah
untuk aku.
“Tengok! SubhanaAllah.” Daniel
menunjuk kea rah matahari terbenam. Aku tersenyum. Betul! Memang cantik.
“Thank
you again abang.” Daniel mengangguk.
Dia mencium ubun-ubun aku. “You’re welcome tapi abang harap Sara tak
tinggal abang dah. It just too much for
me. I can’t live without you dear.
Sama macam pemandangan hari ini yang cantik, Sara sama cantik. I love you too.”
Aku pusing belakang dan peluk dia
dengan erat. Siapa kata Hakimi Daniel mamat hati beku? Sebab dia berjaya buat
aku cair untuk kali yang ke berapa entah. Dia leraikan pelukan. Aku pandang
dia. Dia tarik tangan aku.
Aku tak puas lagi tengok pemandangan
yang cantik. “Jangan muncung sayang. Abang nak ajak sambung bermanja dalam
bilik.” Aku tersenyum malu. Pandai aje dia.
Aku gembira dipertemukan dengan mamat
hati beku ini. Sebab hati dia tak beku untuk aku sorang aje. Alhamdulillah.
P/S : Tuhan aje yang tahu perasaan I buat ayat jiwang tahap leleh romantik nak mampus ini.. Nak muntah nyah! Nasib I buat cerpen malam aje. hehehe :P
ada bakat jadi penulis :)
ReplyDeleteThankyou Idzni. Akan diusahakan. Hehehe :P
DeleteTerbaikla:p
ReplyDeleteGood job!!
walaupun saya dah baca 10 kali cerpen ni,saya tak pernah boring thank you! boleh menang award cerpen terbaik ni ;) keep it up <3
ReplyDeleteGood job..
ReplyDeleteSweet n rmntc
ReplyDeleteSweet n rmntc
ReplyDeleteSgt best giler!!!
ReplyDeleteHaha...cair pulak I dgn kebekuan Daniel ni. Hahaha...btw, enjoy baca cerpen akak. Teruskan menulis yer kak!
ReplyDeleteBlogwalking here
menorasky.blogspot.com/
Siapa nama gambar Daniel tu?😁
ReplyDeleteSaya admirer watak sara ni.keep it up akak!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSweet..gud lucky.kipidap
ReplyDelete