Pages

Monday 24 June 2013

Cinta Terindah #Bab 4 & 5#

Assalamualaikum :) 

After 3 days baru I jenguk blog, twitter and facebok. Bukan sebab busy, kerja or apa. Tapi sebab MALAS! Sangatlah malas nak on lappy. Nak buka all those thing pun malas sangat. Jenguk pun sebab nak tengok friends yang hantar msg or apa at laman tue. Kalau tak, memang malas nak buka. Nampak tak tahap kemalasan yang melampau ni? Hehehe. Anyway, update blog ni sebab nak letak chapter 4 of my novel :D. Do read it oke? Comment also please!! Ah'haa. 



                                  Bab 4

           “Isy,asal kau cakap kau tak nak pergi majlis tu.Tak best la kalau macam ni.Kata satu kelas kan? Jom la pergi dengan kita orang.Lagipun bukannya lama.Boleh la ye?” pujuk Ain.Hari tu dia yang beria-ia nak pergi,ni alih-alih tak nak pula.Pelik la minah ni!

          “Ala Ain,kalau aku tak pergi pun bukan jadi masalah kan? Aku bukannya princess of the night yang kena ikut kau aje kan? Kau aje la pergi.Ajak Ida sekali okay? Aku malas la.” balas Qalish memujuk.
  
          “Aku tak kira.Kalau kau tak nak pergi jangan harap aku nak cakap dengan kau lagi.Ikut suka kau la.Aku tak nak pujuk dah.” Ain yang bengang dengan sikap qalish mengambil keputusan berlalu dari situ.
 
          'Ni yang aku lemah ni kalau dah mengugut macam ni.' gumam Qalish. Handphone yang diletakkan di dalam poket seluarnya dikeluarkan lalu menghantar SMS kepada Ain.

         -Wey.yela aku ikut kau pegi.Jgn ar nak boikot aku lagi ke ignore aku lagi.Okay?
         +Orite.Cam ni la kwn aku.Ni yg wt aku syg kau lebih ni.

       'Banyak la kau punya sayang.Tak ikhlas betul minah ni.Ada main ugut-ugut pula dengan aku.' tutur Qalish perlahan.

       


        “Korang pasti ke ni tempat majlis tu?” tanya Qalish. 'Nampak lain sangat la pula.' gumam Qalish.

        “Aku pasti la.Lagipun kan ada tulis dekat kad ni ballroom nombor berapa.Betul la tu.” balas Ain.Khalida di sisi mengangguk setuju.Tiba-tiba Qalish menyelongkar beg tangannya mencari sesuatu.Habis seluruh isi begnya dikeluarkan.Qalish menepuk dahi.

        'Baru aku ingat.' “Korang pergi la dulu.Aku tertinggal handphone kat dalam kereta la.Nanti aku call taw tanya korang ada kat mana.Jangan tengok makanan dah tak ingat aku pula.Bukan boleh percaya sangat korang ni.” beritahu Qalish.

       “Kureng asam punya budak.Kabun betul! Pergi la cepat.Kita orang tunggu.” balas Khalida tanda geram.Qalish yang mendengar tersenyum simpul.Pantas kakinya menuju ke kereta di tempat parkir.

     'Macam mana la aku boleh tertinggal handphone pula.Bukan aku dah letak dalam beg ke? Ishh! Musykil betul aku la.Tak kan ada orang keluarkan balik kot.Tak patut betul.Umur baru 23 dah ada penyakit lupa.Apa nak jadi? Tu la,dulu mak suruh makan sayur dengan ikan tak nak.Nak juga makan ayam tu.Kan dah lupa.' bebel Qalish sementara kaki melangkah ke tempat parkir.

      “Aduh!!! Buta ke?!!” marah Qalisya.Suka hati je langgar aku.

      “Apasal aku pula?? Kau tu yang buta.” bentak Qaliff.

      Mereka saling memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
                                            

                             BAB 5

        'Tak pernah lagi aku jumpa mamat macam tu.Berlagak.Perasan hensem.Dia ingat dia bagus sangat ke? Tolong la.Aku tak teringin langsung.' bentak Qalish.

        'Mulut perempuan tu macam longkang. Tapi tak ape,aku tak kan biar kau hidup senang.Kita tengok siapa yang tersungkur nanti.Bukan nama Qaliff Izzuddin kalau tak ada yang jatuh cinta dengan aku.' gumam Qaliff.Dia bertemu jua dengan gadis itu namun bukan dalam pertemuan yang indah.

       “Kau kenapa pula ni Isy.Tadi elok je aku tengok kau.Ni dah muka masam balik.Macam    kerang busuk je aku tengok muka kau tau tak?” soal Khalida.Ain di sebelah tergelak.

       “Tadi tu aku jumpa dengan mamat sewel tau tak? Muka boleh tahan tapi perangai macam  apa je.Menyampah aku.Kenapa la aku kena jumpa dengan dia.Memang tak puas hati la.” balas  Qalish.Tangannya digosok berulang kali untuk melupakan kejadian tadi.

       Ain dengan Khalida berpandangan. “First time aku tengok dia bengang dengan lelaki sampai macam ni.Sebelum ni kalau ada lelaki kacau atau cari pasal dengan dia rilek aje aku tengok.hari ni lain je.” tutur Khalida perlahan.

      “Betul tu.aku setuju.Sebelum ni tak ada pula macam ni.Apa yang dia tergugat sangat dengan mamat tu.Dia ni pun ego juga.” balas Ain juga perlahan.

      “Korang ni tengah bisik pasal apa? Mengutuk aku ke? Suka jiwa je kan??” soal Qalish setelah dia perasan akan tingkah laku Ain dan Khalida yang seolah-olah sedang berbisik.

       “Mana ada kita orang mengutuk.Kita orang tak cakap apa pun.Tuduh kita orang suka hati  je kan?” balas Ain dan Khalida serentak.Padahal mereka pun terkejut akibat sergahan tanpa diduga Qalish.Qalish memandang mereka berdua sambil memikir apa yang diperkatakan.Dia mengangguk setelah hatinya boleh menerima penjelasan mereka berdua.

        “Isy,apa kata kau cerita apa yang terjadi tadi?” Ain terus bertanya soalan yang bermain di benak fikirannya.

        “Tak apa.Kita makan dan enjoy dulu.Lepas ni aku beritahu okay.Kat rumah nanti.” balas Qalish.Tak mungkin dia tidak menceritakan apa yang terjadi kepada sahabatnya yang dua orang itu.Sejak zaman matrik lagi dia lebih selesa berkongsi apa jua masalah dengan mereka.

        Ain dan Khalida mengangguk tanda setuju.Mereka terus menghiburkan diri mereka.

        

        “Qaliff Izzuddin,ke mana kamu tadi? Lambat betul kamu sampai.Papa tengah tunggu tu.” tanya Puan Sri Aminah kepada Qaliff setelah melihat kelibatnya.

         “Sorry Mama.Karl terlambat.Traffic jam Ma.Kali ni betul.Karl tak tipu.Lepas tu Karl terjumpa pula minah sewel kat tempat parkir.”

                          

        “Ye la.Apa-apa pun pergi jumpa dengan Papa dulu sebelum dia lagi marah.” Mendengarkan arahan Mamanya,kakinya pantas menuju ke bahagian hadapan ruang ballroom itu untuk berjumpa  Papanya yang asyik bersembang bersama klien.Dari jauh lagi,dia dapat melihat pandangan tajam    Papanya.

        “I'm really sorry Pa.Traffic jam tadi.Karl tak boleh nak buat apa-apa pun.” beritahu Qaliff sebaik sahaja dia berdiri sebelah Papanya.

         “We talk about this later. Now,ikut Papa.Papa nak buat pengumuman.” balas Papanya sambil berjalan menuju ke pentas bersama Qaliff di belakangnya.Qaliff terasa berdebar-debar menantikan reaksi para tetamu.

           “Assalamualaikum and good evening everyone! Minta perhatian.Saya ingin mengumumkan sesuatu.Saya Tan Sri Idris selaku Pengerusi AI Sdn Bhd dengan ini melantik anak tunggal saya
Qaliff Izzuddin sebagai CEO AI Sdn Bhd.Keputusan ini telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah.”. Setelah menghabiskan ucapannya,Tan Sri Idris menyerahkan mikrofon kepada Qaliff untuk berucap.Para wartawan yang melihat sibuk mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan berita esok hari.

          “Assalamualaikum. Saya tidak menyangka papa saya akan melantik saya dengan secepat ini. Saya sebagai  CEO AI Sdn Bhd dengan ini berharap kita boleh bekerja dengan lebih keras  untuk mengembangkan lagi  syarikat ini. Saya juga berharap anda semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya kerana saya masih lagi belajar. Sekian terima kasih.” Qaliff tersenyum di hadapan semua wartawan. 'Lepas ni senang nak dapat awek baru. Lelaki idaman katakan'. Semua tetamu  bertepuk tangan atas ucapan Qaliff kerana mereka yakin akan kredibilitinya.

          Sewaktu Qaliff terpandang sedang menuju ke lif untuk ke lobi setelah jamuan yang diadakan untuknya telah tamat dia terpandang Qalish. 'Alright.The mission start now.' Qaliff senyum sinis lantas melangkah ke arah Qalish yang leka berborak bersama Ain dan Khalida.

         “Hey,aku nak kau minta maaf. Langgar aku tapi tak tahu nak minta maaf. Perempuan jenis apa hah???” bentak Qaliff. Khalida dan Ain terkaku melihat Qaliff yang muncul secara tiba-tiba. Qalish mengejek Qaliff. 'Suka hati je nak memarah aku.Okay! Kau belum kenal siapa aku.Memang cari nahas!!.'

         “Woi! Dah la salam tak bagi dah tu datang nak tegur aku pula. Kau ingat kau siapa? Lagi satu kenapa pula aku yang kena minta maaf dengan kau padahal kau yang langgar dulu. Lain kali jalan tengok depan bukan tengok handphone. Kau tu yang salah nak marah pula. Entah apa-apa. Nampak sangat kau ni psiko tahu tak??” balas Qalish. Khalida dan Ain yang mendengar tersenyum.Qalish!  Qalish! Terbaik la.

         Qaliff yang mendengar tergamam. 'Memang pedas la mulut dia.' Qaliff baru ingin membuka mulut untuk bersuara namun pantas di potong oleh Qalish.

         “Aku tak ada masa nak dengar makian bodoh kau tu.Sampai bila-bila pun aku tak akan minta maaf dengan kau sebab aku tak buat salah pun.Lantak kau la nak fikir apa.Peduli apa aku.Lagi satu,jangan muncul depan aku lagi.Nak muntah tengok muka kau tahu tak??” Qalish terus  berlalu dari situ meninggalkan Qaliff yang masih termangu.Qalish menarik tangan Khalida dan Ain.
'Belum pernah lagi la aku kalah debat.Ada hati nak lawan dengan aku.' desis Qalish geram.

        Qaliff tersenyum. 'Tak pe lah.Kita jumpa cara yang salah tapi aku tetap akan dapatkan kau.Tak kira la apa cara sekalipun.' gumam Qaliff sebelum memboloskan diri ke dalam lif.

No comments:

Post a Comment