Pages

Tuesday 21 May 2013

Cinta Terindah #Bab 2#

 Assalamualaikum.

We met again for this week. So selepas ditimbang tara, every chapter of this novel akan diupload every week. Okay? So, please enjoy and your comment will be great. Saya masih baru and bila ada comment even yang kritik pun I'll be happy. Thank you!


                          
                               BAB 2

               Qalish Qistina ceria diluar namun dalam hatinya tersimpan satu rasa yang tidak pernah diluahkan.Dia sendiri lelah dengan kepura-puraannya sendiri.Namun,tekad dirinya untuk melupakan orang yang membuatkan dirinya tidak mampu  menerima cinta orang lain.

                 “Qalish sampai bila kau nak ingat dia lagi.Lupakan dia.Dia bukan yang terbaik untuk kau.Dia tak layak pun untuk kau.Kau boleh dapat yang lain.Kau cantik dan pandai.Kau ada segala-galanya Isy.” soal Ain.

                “Sayang oi! Lagi aku paksa lagi susah,Ain.Aku sendiri dah tak tau macam mana nak
lupakan dia.Macam-macam aku buat untuk lupakan dia.Dia kuat kat sini la.” balas Qalish sambil jarinya menunjuk ke arah dadanya.

                 “Tak ape la Isy.Kau ambil masa kau.Kami sentiasa menyokong kau.Aku dan Ain sentiasa mendoakan kau dapat lupakan dia.” tutur Khalida.

                Mereka bertiga tersenyum. “Amin! Aku untung sangat dapat  kawan macam korang berdua.” ucap Qalish.Dia tersenyum sendiri.


                “Qaliff Izzuddin,kamu ke mana lagi ni hah?! Sampai sekarang ni baru nak balik.
Melampau betul.Mama hantar pergi luar negara  belajar,macam ni kamu jadi ye?” marah Puan Sri Aminah.

             “La Mama ni.Relax la.Hidup kena enjoy kan? Lagipun bukannya Karl nak sangat dengan perempuan tu semua.Dia orang yang nak kan Karl.” balas Qaliff selamba. Puan Sri Aminah mengeleng-gelengkan kepalanya.

            “Tapi yang kamu tu pergi melayan kenapa? Bila nak cari bakal menantu untuk Mama ni.Dari dulu perangai playboy tetap tak berubah.Papa kamu tu asyik bising je.Ada perempuan cari kamu kat office kan? Apa nak jadi ni Qaliff?”

            “Ala Mama ni.Karl kan muda lagi.Baru 26 tahun Ma.Lagipun kan Ma,Ma try siasat papa tu.Mana tau papa ada perempuan lain ke? Okay la Mama.Karl naik atas dulu ye.Nite Mama.” balas Qaliff selamba.Muka Puan sri Aminah terus berubah mendengar jawapan Qaliff.

           “Qaliff Izzuddin!!! Mama tak habis lagi ni.” Puan Sri Aminah menjerit.Namun teriakannya itu sia-sia kerana Qaliff telah selamat sampai di biliknya.

          'Fuhh! Selamat aku.Bernanah telinga aku dengar Mama berleter.' gumam Qaliff.Katil yang besar itu telah pun menjadi tempat itu Qaliff berbaring.Ingatannya kembali memikirkan gadis yang dilihatnya di restoran tadi. 'Comel betul !' desisnya.

          Qaliff tersenyum membayangkan senyuman gadis itu.Angaukah dia? Adakan dia jatuh cinta kembali setelah dikecewakan dulu. 'Siapakah dia?' hatinya tertanya-tanya sambil matanya mula terpejam rapat.



No comments:

Post a Comment