Pages

Saturday 19 April 2014

Blog Berhabuk!

Assalamualaikum.

Uhuk Uhuk *sapu habuk* Ya Allah, banyaknya habuk dekat blog. Engko dah kenapa malas sangaaaaat weh?! *tampar manja diri*

Motif post kali ini sebab nak sapu habuk dekat blog yang aku dah tinggal berzaman. Merajuk sudah blog ini dgn aku. Okayyy! Jom story mory pasal hidup sekarang yang super duper busy. Kahkah! *busy ke?*

Alhamdulillah. Thanks to Allah, sekarang dah masuk 2nd semester. :) Siapa cakap senang? Meh aku tumbuk sorang sorang. Susah tahu tak. Tapi masih berpegang pada prinsip "Kalau aku tak boleh, Allah takkan letakkan aku in this journey." Ye dak?

Selain dari tu, I've met lots of people in this one year. Kenapa kenapa? Sebab dekat sini, aku masuk banyak sangat exhibition and competition. Kau hado? Kalau hado, boleh diam! Hahaha

Plus, classmate coursemate sangat okay. Sporting gila gila macam aku juga tapi aku rasa paling gila kot!

Cakap pasal assignment, test, quiz memang takkan pernah habis. Normal cycle. So, yang masih bersekolah silakan enoy hidup anda sepuas puasnya. University's life ain't easy people. Nak maintain pointer itu yang susah.

And then, this semester aku ambil Engineering Skills. Apa semua ini? Okay, meh nak terangkan. Engineering skills ini macam praktikal no theory's at all. University lain tak tahulah ada ke tak. Tapi kalau masuk Unimap wajib sunat la kau ambil. Kelas ini kau kena belajar segala skills untuk jadi seorang engineer. Kena buat wiring, welding, milling, fitting, drawing and memacam lagi la. Nak cerita satu satu mampus la kan? Sikit sikit sudah. Course ini takde final exam. Segala benda yang kau buat dalam kelas, haa itulah markah kau. Kalau bagi all out, markah tinggi la. Kalau malas, malas la markah dia.

Enough with the stories, nah tengok gambar gambar ini. Well, picture speaks more. Kan?


 Ini masa dinner first year. 


 This one of engineering skills class. 


 Lab Introduction of Polymer


Classmates!!

 Wiring. Ini boleh tahan best la. 


 Competition baru baru ini.


Gegas/Fitting. Gergaji besi. 



Okayy, that's it for this entry. Akan ku update lagi bila kerajinan datang macam hari ini. Oh, remind me to include my new cerpen here. Dah ramai yg request. Maafkan saya kalian. :'( 

So, here's  the goodbye. I love you guys yang sudi baca. *hugs* 

Much love from me, Ku. 

Tuesday 10 September 2013

UniMAP! I'm a degree student in Polymer Engineering

Assalamualaikum!

Maaf atas kualiti gambar! Ada aku kisah :P

Nampak title gempak aje kan? Ada aku kisah. Propa sikit. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi sebab di beri kesempatan memegang title pelajar ijazah sarjana muda. Sangat bersyukur! First pergi memang cuak nak mampus kan? Tapi Alhamdulillah, everything is fine. Roommate pula Catalyst Kelly. Ex-roommate matrik, dah kenal sangat pun. Housemate pun gila-gila. Best jugak.

First day! 

Orientasi banyak dekat Dewan 2020 and all of us went there using a bus! I repeat, BUS :D Tapi best juga, nice experience. Selama ini pun dah biasa naik bas, so tak kisah sangat pun. Orientasi start la dari 1 Sept sampai 8 Sept! Lama kan? Sape yang duduk Uni lain mesti bahagia sebab pendek aje. Tapi, this is last orientation so enjoy ajelah. 


Sangatlah ramai kan? Mesti perempuan lagi ramai tapi tak nampak beza pun antara lelaki and perempuan. Nampak sama aje! Best juga, sebab pergi tidur aje. Ceramah tak dengar pun. Ngantuk sangat kot. Hahaha. Jangan cakap KI jahat, sebab korang pun tidur juga time orientation. Hahahaha :P

Mira, Me and Kelly :)

Ke mana kitaorang pergi pun wajib bertiga. Hahahaha. Sebab dah kenal waktu matrik lagi. So, memang setia ajelah. Takkan tinggal salah sorang pun. Ramai sebenarnya budak KMPk dekat UniMAP ini. Boleh buat reunion nanti. Yang dekat Uni lain, mohon jangan jeles okay? :P

Midory tak sama tempat tapi dah jumpa :D

Ada majlis senamrobik, kitaorang dah pecahkan Malaysia Book Of Records dalam Human Dominoes. Kitaorang kalahkan Digi yang buat 1409 dekat Pavi. Kitaorang pulak buat 2048 :) Bangga tau! Korang ada. Takde kan? 

Sorang lagi takde :P

Total semua 7 orang tapi time ini sorang hilang sebab dia bersiap tak sudah-sudah. Entah apa yang dibuatnya. Padan muka awak Anis, kan muka dah takde dalam blog ini. Muehehehe. Semua orang okay. Yang chinese pun okay, kakak-kakak pun okay. Bestlah conclusionnya.

Overall, sepanjang duduk sini okay aje. First class pun takde sesat mana-mana cuma kelas aje asyik takde. Normallah kan, minggu first. Tunggu lagi 2 minggu, baru kau tahu. Hahahaha. Kelas pun okay :) Classmate, coursemate pun okay. Takde masalah pape. Nanti kalau ada pape, akan aku report di blog! Oh, kalau pasal Ainan Tasneem jangan tanya I okay sebab lain fakulti, tanya yang lain. Heh :P

Hari tue melawat new library in Pauh, sangatlah gempak. Macam bukan library. Selama ini dalam discussion room ada meja and kerusi aje, sini siap ada komputer bagai. Nak fotostat pun sendiri aje guna kad pelajar. Sistem macam topup :) Best kot! Nak pulangkan buku pun pergi mesin aje. Nak pinjam buku pun dekat mesin aje. Dekat mana-mana pun ada wifi. Tempat tengok tv. Pameran gambar yang so called 'tunnel' yang akan berubah warna. Bestlah. Nanti bila I pergi sana, akan ku tangkap gambar and upload dalam ini okay. Hari tue tak sempat :( Tunggu okay! 

So, that's all my story for the first week in UniMAP. I'll come up with next story soon. Heh :P May be about my course. Pray for me so that I'll have the strength to finish my study and get my 1st Honours degree in Polymer Engineering. InshaAllah, in 4 years time. Aamiin. Saya mendoakan juga kepada semua yang telah pegang title Pelajar Degree semoga berjaya. May Allah bless all of youu :3

Author: Ku Ieyla..

Thursday 22 August 2013

Bukan Cinta Monyet XD

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, akhirnya siap juga cerpen yang direquest oleh kawan. Nak kena mention ke nama? Hahahaha. Okay, keep it as a secret. Anis aje yang KI panggil. So, sempena bulan raya yang mulia dan bahagia ini aku persembahkan cerpen pengganti duit raya. Duit raya, InshaAllah bila aku dah kaya aku bagi. Kalau takde, pepaham ajelah. So, Anis! Enjoy okay and maaf kalau cerita ini tak jadi macam apa yang awak bayangkan.



     “Aku terima nikahnya Akma Damia binti Shahril dengan mas kahwin seratus rimggit tunai.” Alhamdulillah. Syukur Ya Allah! Akhirnya aku menjadi isteri dia.

     Tersentak Akma saat Muhammad Hazril bangun dan menuju ke arahnya. Serta merta mukanya berbahang panas menahan malu. Tetamu yang hadir masih berterusan memegang kamera untuk mengambil gambar dihari istimewanya. Hari ijab Kabul antara dia dan Hazril. Hazril mengambil cincin yang diberikan oleh ibunya lalu disarungkan ke jari manis isteri tersayang.

    “Tahniah Mia untuk wedding kau dengan Ril. Moga Allah kekalkan sehingga anak cucu.” Akma tersenyum mendengar doa dari rakan-rakannya. “Thanks korang.”
Hazril disebelah hanya diam. Akma hanya memandang Hazril. Dia selesa dengan suaminya kini. Dia sudah kenal cukup lama untuk tahu suaminya yang seorang ini pemalu dan pendiam.

    “Oi Hazril! Tahniah. Aku ingat korang ini sekadar cinta monyet aje. Dahlah bercinta senyap-senyap. Kahwin juga.” Usik Syahril. Bahu Hazril ditampar perlahan. Hazril senyum.

    “Well. At least aku dah buktikan cinta aku ini bukan cinta monyet.” Hazril membalas usikan Syahril. Dia tahu ramai yang terkejut hubungan yang dibina selama Sembilan tahun kekal sehingga mereka diijabkabulkan.

     Hazril dan Akma tersentak bila terdengar suara seseorang “Tahniah Akma. Tak sangka korang bertahan lama. Cayalah. Happy untuk korang. Moga kekal eh.”

    “Kau bila lagi Ema?” usik Syahril. Ema memandang Syahril. Cis! Nak kata aku tak lakulah itu.

    “Aku nak kau kahwin dulu bro! Then, I will.” Akma memandang pergaduhan kecil Ema dan Syahril.

   “Senang, korang kahwin aje.” Usik Akma. Ema yang mendengar terus membuat muka.

   “Kot iye pun kau nak jodohkan aku, mohon cari yang berupa seperti manusia. Tak nak aku si monyet ini.” Ema membalas. Tawa Akma meletus.

   “Monyet?” Syahril membulatkan matanya. “Aku ini homosapien okay? Dengan kata lain manusia.” Ema menggeleng perlahan sambil menggoyangkan jari telunjuk di hadapan muka Syahril.

    “No.. No.. Kau monyet. Dah! Aku nak pergi makan dulu.” Ema memeluk Akma yang masih ketawa. Syahril membuat gaya mahu menumbuk Ema.

    “Tak baik guna keganasan.” Ema terus berlalu. Syahril menggeleng perlahan.

   “Aku pergi makan dulu bro.” Syahril menyalam Hazril sekali lagi sebelum berlalu mengambil makanan.

   “Sayang, kita pergi meja sana jom.” Ajak Hazril. Akma yang mendengar panggilan Hazril terhadapnya terkedu. Sepanjang Sembilan tahun aku kenal, ini baru pertama kali aku dengar dia panggil aku sayang. Oh My Allah, terharunya aku!

   “Kenapa pandang abang macam tu?” soal Hazril. Kenapa dengan isteri aku ini? Tak berkelip pandang aku. Pelik sangat ke aku hari ini.

   “Abang? Sayang?” Akma menggumam perlahan. Hazril tersenyum. Lah! Sebab itu ke tak berkelip pandang aku.

   “Ye sayang. Abang panggil dengan panggilan itu sekarang sebab sayang dah sah jadi isteri abang. Kalau dulu mana boleh, godaan namanya.” Akma tersenyum. Dah agak! Untung oi dapat suami macam ini.

   “Yelah abang. Jom pergi sana.” Ajak Akma kembali sambil mengeratkan pegangan tangan Hazril.

##########

   Kotak-kotak hadiah dihadapannya dibuka satu-persatu. Baru buka sepuluh sedangkan masih banyak yang bertimbun. Mujur sahaja majlis tadi berjalan dengan sempurna dibantu pula dengan saudara-mara yang ramai. Taklah penat sangat mengemas periuk dan pinggan segala.

   “Banyak lagi yang tak buka ini.” soal Hazril. Dilabuhkan duduk sambil mengambil satu kotak hadiah untuk dibuka. Mahu membantu isteri kesayangan.

   “Itulah tapi terharu juga ramai yang bagi hadiah.” Akma tersenyum. Matanya yang sedari tadi menghala ke arah kotak hadiah diubah memandang Hazril. Tersedar dia yang Hazril memandangnya.

   “Kenapa?” soal Akma.

   “Cuma..”

   “Kak!” laung Nia, adik Hazril. Percakapan Hazril terhenti.

   “Kenapa dik?” soal Akma. Nia menunjukkan coklat dan kek yang dipegang kedua-dua belah tangannya.

   “Nak makan boleh?” Akma mengangguk. Biarlah dimakan tumpang ramai yang berada dirumahnya.

   “Apa yang abang nak cakap tadi?” Hazril menggeleng perlahan.

   “Okay.” Balas Akma.

   Akma dan Hazril hanya diam sambil membuka kotak-kotak hadiah. Asal awkward sangat ini, desis Akma. Apa aku nak cakap?, detik hati Hazril.

   “Tak habis lagi korang buka hadiah?” sampuk Kak Wana. Sepupu Hazril. Fuh! Lega. Akma dan Hazril masing-masing berasa lega.

   “A’ah. Banyak sangat ni ha.” Balas Akma.

   “Korang, nak tanya ini.” Akma mengangkat kening menggantikan soalannya yang berbunyi ‘Apa?’

   “Macam mana korang boleh tercouple. Yelah, si Hazril ini kan pendiam aje. Macam pelik pula la dia ini couple. Nak cakap dengan perempuan pun sikit punya payah.” Soal Kak Wana.
Akma dan Hazril memandang antara satu sama lain. “Kenal waktu sekolah.” Jawab Hazril.

   “Tahulah. Tapi macam mana boleh couple. Ceritalah.” Akma menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya memandang Hazril seolah-olah menghantar pandangan ‘Nak cerita ke?’ Hazril sudah memandang ke arah lain. Mana pernah orang tahu kisah cinta dia dengan Akma.

   “Ceritalah… Please…” Pujuk Kak Wana lagi. Akma sudah serba salah. Hazril menyiku Akma perlahan.

  “Sayang ceritalah.” Akma sudah tidak senang duduk. Dah kenapa pula aku yang kena cerita??

  “Macam ini..”

   “Kejap-kejap!” Kak Wana menghentikan percakapan Akma. Akma terdiam. Kenapa pula? Tadi suruh cerita.

   “Korang! Akma nak cerita love story dorang.” Jerit Kak Wana kepada sepupu yang berada diluar. Mencicit yang lain berlari masuk semata-mata mahu mendengar kisah cinta Akma. Akma sudah malu.

   “Okay. Boleh sambung cerita.” Sepuluh pasang telinga dan mata kini terarah kepadanya. Akma menarik nafas panjang.

#########

   “Eh! Kau kenal mamat tu?” soal Akma. Jiji yang sedang menghirup minuman berhenti.

   “Mana?” Akma menunjuk ke arah belakang Jiji. Jiji mengangguk kepala.

   “Kenal. Budak takraw tapi pendiam. Budak outsider. Asal? Suka?” Akma menghamburkan tawa. Kepalanya digelengkan.

   “Mana ada. Aku tanya aje pun. Apalah. Hazril kan?” soal Akma kembali. Jiji menganggukkan sekali lagi.  Akma tersenyum. Garfu dan sudu kembali dicapai. Nasi lemak yang berada di hadapan disuap.

   “Nak sikit?” Jiji membuka kecil mulutnya. Akma mencebik. Nasi lemak bersama ikan bilis di sudu sedikit. Disuakan sudu ke mulut Jiji. Sebaik sahaja Jiji mendekati sudu yang disuakan, Akma pantas memasukkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

  “Nak beli sendiri.” Balas Akma. Jiji menampar perlahan tangan Akma. Akma memandang ke belakang Jiji dan dia sedar Hazril juga sedang memandang ke arahnya.

  ‘Okay. Dia pandang belakang aku, bukan aku. Tenang Akma.’ Akma menghela nafas perlahan.

########

  “Tahniah semua kerana berjaya mendapatkan lapan A pada PMR yang lalu. So, ini adalah classmate anda dan anda akan bersama untuk dua tahun.” Pelajar-pelajar bersorak girang.

  “Okay. So sekarang ini saya nak kita buat undian untuk ketua kelas. Boleh?” soal Cikgu Aisyah.

   “Boleh!!” jerit masing-masing. Pandangan mata Akma masih menyorot ke susuk tubuh Hazril yang berada di barisan sebelah kanan dan hanya selang tiga meja dari mejanya.

   “Ada nama calon yang sesuai untuk ketua kelas?” soal Cikgu Aisyah kembali.
Masing-masing menjerit memberitahu nama yang layak untuk menjadi pemimpin atau kata lain mangsa untuk dibuli nanti.

   “Diam! Sekarang bangun dan beritahu nama yang awak semua nak. Satu persatu.” Masing-masing mendiamkan diri.

   “Okay, Nisa.” Nisa pantas bangun dari kerusi. “Kitaorang dari satu line setuju Hazril jadi ketua cikgu.” Cikgu Aisyah mengangguk. Nama Hazril ditulis di papan putih.

   “Lain?” Masing-masing hanya memandang kiri dan kanan. Hazril semakin resah. ‘Tolong bukan aku.’

   “Tak ada?” soal Cikgu Aisyah. Masing-masing menggelengkan kepala.

   “Kalau macam tu Hazril tolong bangun.” Pinta Cikgu Aisyah. Hazril bangun dari duduknya.

   “Perkenalkan diri.” Hazril menundukkan kepalanya. ‘Adus!’

  “Assalamualaikum..”

  Bicara Hazril terhenti mendengarkan jawapan salam classmatenya. “Waalaikumussalam.”

  “Nama Muhammad Hazril bin Hamdan. Pemain takraw sekolah. Terima kasih.” Hazril terus melabuhkan duduknya.

   “Baik. Mulai hari ini, Hazril akan menjadi ketua kelas dan tugasan Hazril yang pertama melantik Penolong, Ajk setiap subjek dan menyusun atur kelas. Boleh?”

   Hazril mengeluh. “Baik cikgu.” Cikgu Aisyah terus memberi salam  dan berlalu keluar dari kelas. Hazril melangkah dengan berat menuju ke hadapan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Akma tersenyum melihat wajah cuak Hazril.

   “Go Hazril!!” jeritnya. Setelah satu kelas melihat ke arahnya termasuklah Hazril, Akma mula menyedari keterlanjurannya. Mulutnya pantas ditekup menggunakan tangan. Jiji pula menyiku perlahan tangannya. Akma mengangkat kedua-dua belah tangan lagak seorang penjenayah menyerah diri.


   Hazril memandang ke arah gadis yang menjerit tadi. ‘Akma.’ Hazril pantas memusingkan kepalanya menghadap ke arah papan putih untuk menulis sesuatu. Sambil menulis, Hazril tersenyum saat teringatkan hal Akma menjerit ala-ala sorakan terhadapnya. 

Pesanan penaja :D

########

    “Hazril, cikgu kelas nak jumpa and dia suruh bawa senarai semalam.” Habis saja dia menyampaikan pesanan Cikgu Aisyah terus Akma berlalu menuju ke tempatnya kembali. Jiji merenung Akma tidak berkelip.

    “Kau asal malu manja dengan si Hazril tu? Ada apa-apa ke?” soal Jiji. Akma menghamburkan tawa.

    “Kau gila? Aku biasa ajalah.” Sela Akma. Jiji mencebik.

   “Konon! Bila ada Hazril kau buat ayu sopan santun aje. Lain kot.” Akma terdiam. ‘Eh! Yeke?”

    Akma kembali memandang Jiji di sebelah. “Aku memang sopan-santun okay?” Jiji pula menghamburkan tawa.

   “Sedih keadaan kau Akma. Moga Allah berikan hidayah dan kesembuhan padamu. Aamiin.” Akma turut mengaminkan doa Jiji.

   “Kureng kau!” Akma menampar-nampar Jiji disebelah.

    “Akma!” Jerit Hazril. Akma yang sedang menampar Jiji terhenti.

    “Kenapa?” soal Akma. Hazril meletakkan jari telunjuk dibibirnya sebagai tanda menyuruh Akma diam. Akma mengangkat ibu jarinya tanda okay.

   “Padan muka! Bising lagi.” Usik Jiji. Akma menjelirkan lidah. Jiji ketawa perlahan dengan niat mahu mengusik Akma. Akma menampar perlahan tangan Jiji yang sedang ketawa terhadapnya.

   Akma mengambil buku latihan Kimia yang berada didalam laci meja. “Kejap aje kan dah bulan sembilan. Tahun depan SPM.” Akma memandang Jiji yang sedang leka membuat latihan Kimia.

   “Dengar tak?” Akma menyiku perlahan tangan Jiji. Nasib aje Jiji tue kidal orangnya.

  “Dengar Akma. Iye, aku pun tak percaya.” Balas Jiji dengan nada sarkastik.

  “Kau ini sarkastik nak mampus. Penat aje aku cakap gaya sedih ini. Kau tak sedih pun.” Jiji menampar perlahan dahinya.

  “Macam bertih jagung keluar dari mesin tau. Cubalah diam sikit. Buat kerja Chem kau tu. Asyik bercakap aje.” Akma membuat gaya mahu menumbuk Jiji.

  “Yelah. Aku diam. Huh!” Akma kembali membuat latihan kimia yang berada dihadapannya.

  “Marah ke?” soal Jiji sambil memandang Akma.

   “Ish! Cubalah diam. Buat kerja Chem kau tu. Asyik bercakap aje.” Balas Akma. Sahaja mahu mengusik Jiji.

   “Eh! Kata dulang paku serpih pula kau! Mengada-ngada. Malas aku nak layan.” Balas Jiji. Akma meletakkan pen di atas meja.

   “Janganlah marah sayang. I gurau aje.” Jiji yang mendengar meliuk-lentukkan badannya tanda geli. Akma tergelak.
Masing-masing kembali diam sambil meneruskan kerja Kimia. ‘Oh! Aku nak pinjam buku Hazril’.

  “Hazril, kau ada buku rujukan Biologi kan? Nak pinjam?” soal Akma. Hazril yang sibuk menyiapkan kerja tersentak.

  “Bio? Boleh aje. Bila kau nak?” soal Hazril. Akma mengetuk perlahan dagunya untuk berfikir. ‘Comel juga si Akma ni’.

   “Petang ini boleh?” Akma kembali memandang Hazril namun apa yang pelik Hazril memandang tepat ke arahnya.

   “Oi!” sergah Akma. Hazril tersentak. ‘Malu siot!’

   “Mengelamun ke apa kau ini? Aku cakap petang ini boleh?” Akma memberitahu kembali.

   “Petang ini? Boleh aja. Nanti tunggu aku dekat kafe. Ni nombor phone aku.” Hazril menulis nombornya di kertas kosong lalu diberi kepada Akma.
‘Aku ada nombor Hazril! Hehehe..’

   “Okay. Pukul 5 eh?” Hazril mengangguk. Macam manalah aku boleh pandang muka dia tanpa berkelip siap mengelamun lagi. Hazril.. Hazril.. Parah dah ini.

#######

   “Aku nak pergi buat prep dekat kafe.” Jiji memandang Akma dengan pandangan pelik.

   “Sebab?” soal Jiji. Akma mengambil buku-buku yang diperlukan dan memasukkan ke dalam beg.

   “Sebab aku nak ambil buku rujukan Bio dekat Hazril. Dia suruh aku tunggu dekat kafe.” Jiji tersenyum.

  “Kau tak payah nak senyum macam tue Jiji. Aku nak ambil buku aje. Aku ulang sekali lagi, buku! Titik. Noktah.” Jiji mengangkat bahu.

  “Aku tak cakap apa pun Akma sayang. Good luck weh.” Akma mengerutkan dahi.

  “Motif?”

  “Date dengan Hazril.” Akma tersenyum sinis.

  “Agak-agak kalau aku hempuk kepala kau, kau nak hadiahkan aku good luck lagi tak?” Jiji menghamburkan tawa.

  “Marah nampak tapi asal muka kakak blushing semacam?” Akma melihat ke arah cermin.

  “Mana ada. Biasa aja. Muka aku memang macam ini la.” Jiji mencebik lalu membuat gaya ingin muntah.

   “Perasan gila. Mohon sedar ye.” Akma tertawa lalu mengambil beg galas untuk menuju ke kafe.

   “Aku pergi dulu. Adios!” Jiji mengangguk.

#######

   “Asal muka masam aje weh? Asam pun tak masam macam kau.” Akma mengeluh.

   “Si Hazril ni. Aku tunggu punya tunggu, dia tak datang. Tak ke geram aku. Sakit hati aku.” Akma mencampak beg galasnya ke atas katil. Tudung dikepala ditarik keluar.

  “Dia lupa kot.” Akma menggaru kepalanya yang tidak gatal.

  “Tak kisahlah. At least text la aku ke apa cakap tak boleh. Geram gila!” Akma membuka almari baju lalu mengambil baju tidur serta tuala yang digantung.

  “Aku nak pergi mandi.” Jiji mengangguk. Bila Akma marah, jangan kacau sebab mungkin bom akan meletup.

   Lagu Maxim bergema didalam bilik. “Telefon siapa pulak yang bunyi ni?” Jiji menggumam perlahan. Jiji bangun dan berjalan kea rah telefon yang berbunyi. Telefon Akma dicapai. ‘Hazril’.
Sebaik sahaja Jiji meletakkan kembali telefon bimbit Akma di atas katil, pintu bilik dibuka. 
Handphone kau bunyi Akma.” Akma mengangkat kening.

  “Hazril. Dia call nak pujuk kau kot.” Akma menyidai tuala yang basah. ‘Teeet..’ Bunyi mesej menandakan ada mesej masuk. Akma mencapai telefon bimbit. ‘Hazril.’

   “Hazril eh?” Akma mengangguk.

  + Sorry, saya main bola tadi. Sorry.  Akma mencebik. Cis! Boleh dia main bola sampai lupa janji dekat aku.

  -Tak kisah la. Tapi, at least bagitahu dulu. Taklah saya tunggu. Sampai maghrib tau saya tunggu awak dekat kafe.

  +Okay. Memang my fault. Sorry sangat. Esok saya bawakan eh. Sorry tau.

  -Takpalah. Nak buat macam mana dah awak terlupa kan.

  +Sorry sekali lagi. Sorry sangat.

  -It’s okay. Saya nak study ini. Jumpa esok. Assalamualaikum.

    “Apa yang kau mesej dengan dia?” Akma mengerutkan dahi.

    “Tak penting pun.” Akma membalas. Padahal dalam hati cair juga Hazril pujuk dia macam itu. Tersentuh sangat.

######

    +Buat apa aje? Akma tersentak. ‘Hazril text aku?’

    -Tak buat apa. ‘Okay tenang Akma. Dia nak tanya something aje.’

    +Oh.. Busy tak?

    -Tak. Kenapa?

    +Saja.

    -Oh. Ingatkan nak kenal or nak mengurat. ‘Akma tergelak perlahan. Suka hati kau aje Akma’.

   +Kalau awak bagi, boleh aja.

   -Mestilah boleh. Nak couple terus ke? Hahahahaha.

   +Okay jom. ‘Eh! Hazril ni biar betik.’

   -Hah?  ‘Akma saja menyoal, terkejut juga. Hazril ni pandai baca ke tak.’

   +Awak ajak couple kan? Jomlah.

   -Err….

   +Goodnite Akma :)

     Ya Allah! Biar betul aku ni? Aku ajak dia couple main-main aje, boleh dia setuju. Aku tak percaya. Akma kembali membuka inbox. Mesej antara dia dan Hazril dibaca kembali. Okay aku tak bermimpi. 


    ‘Macam mana aku nak jumpa Hazril ini. Malu kot. Okay! Buat bodoh aje, Akma. Buat bodoh okay?’ Akma cuba menenangkan dirinya. Matanya memandang kea rah tempat duduk Hazril yang masih kosong.

   “Kau kenapa resah semacam?” Jiji menyoal. Akma memandang Jiji yang baru melabuhkan duduk di kerusi.

   “Tak ada apa. Okay aje.” Jiji memandang Akma kembali. ‘Biar betik budak ni.’
Kepalanya terus dipanggung, saat itu juga matanya terpandang susuk tubuh Hazril yang baru memasuki kelas. Akma perasan yang Hazril memandangnya sekilas.

  “Korang, hantar latihan fizik dekat Akma. Cikgu suruh.” Akma tersentak. ‘Aku lupa pula.’ Hazril menghampiri mejanya sambil meletakkan buku latihan di atas meja. Akma perasan ada sesuatu yang diselitkan diantara helaian didalam buku.

   Kertas.. Matanya tertancap Hazril yang sedang memandangnya. Dari renungan Hazril seolah-olah berkata ‘Buka and baca’. Akma membuka lipatan kertas. Setiap baris ayat dibaca.
     
         Morning awak. Study well. Saya akan perhatikan awak so get ready.

   Matanya memandang Hazril. ‘Okay, dia still pandang aku.’ Akma menarik nafas lalu mengambil pen dan mencoretkan sesuatu diatas kertas tersebut. Hazril mengerutkan dahi. Akma bangun sambil mengangkat buku yang terkumpul di atas mejanya. Dengan penuh yakin, Akma melangkah menghampiri Hazril. Hazril mengangkat kening.

  “Awak tercicir something tadi.” Sambil tangannya menghulurkan kertas kepada Hazril. Banyak mata yang memandangnya namun Akma masih mengekalkan gaya selamba tidak beriak. Hazril menyambut kertas yang dihulurkan. Akma terus melangkah keluar dari kelas bersama senyuman dibibir. Mata Hazril menjadi bulat.
     
      Morning juga. Usha la sampai mata awak juling and saya pun akan usha awak sampai awak naik rimas. And btw, awak nampak handsome hari ini *kenyit mata*

    Hazril tersenyum. ‘Comel sangat, Akma!’ Kertas yang diberi disimpan didalam poket. Terus dilabuhkan duduk di tempatnya.

    “Woi! Kau ada apa-apa ke dengan Akma tu?” soal Ayen. Hazril menggeleng.

    “Takde apa. Classmate. Kenapa?” Ayen memandang Hazril dengan muka yang penuh curiga. Muka Hazril dipandang lama, mahu mencari kebenaran.

   “Apa yang kau pandangnya? Aku tak ada apa-apalah.” Ayen mengangguk perlahan.

   “Aku cuba terima tapi kalau kau bohong aku siap kau! Aku bahan kau bertahun sampai kau ada anak cucu.”

  “Tak. Aku bagi tahu punya nanti kalau aku dah ada special one.” Hazril mengangkat kening. Kepalanya kembali dipusingkan memandang ke hadapan. Akma yang baru melangkah masuk ke dalam kelas terkejut melihat Hazril yang memandangnya. Akma turut melakukan hal yang sama, memandang Hazril sehinggalah melepasi meja buah hatinya itu.

   Hazril terpaku, sungguh dia tidak sangka Akma mampu membalas renungannya. Hazril menggeleng, Akma kan memang selamba macam itu. Apa yang nak terkejut sangat. Terasa perutnya disiku. Matanya mencerun memandang Ayen. Ayen pula memuncungkan bibir ke depan. Hazril pantas bangun dari duduknya.

    “Selamat Pagi cikgu.” Ucap Hazril diikuti oleh rakan-rakannya. Hazril menggaru belakang tengkuk menutup rasa malu. ‘Pandang lagi anak dara orang.’

   Akma ketawa perlahan. ‘He’s so cute!
Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu rehat. Akma sempat mengoyak sekeping kertas lalu 
menulis sesuatu.

   “Jiji, kau keluar dulu. Nanti aku keluar.” Jiji mengangguk. ‘Apa hal budak ini?’

   “Aku pergi toilet tau.” Pesan Jiji. Akma mengangkat ibu jari tanda OK lalu kembali menulis di kertas yang dikoyak tadi.

   Akma bangun lalu menuju ke meja Hazril. Diletakkan kertas tersebut di bawah pencil case milik Hazril. Akma berlalu keluar dari kelas menuju ke tandas.

  “Akma, kau ada apa-apa ke dengan Hazril?” Akma menghamburkan tawa menutup rasa gugup.

  “Tak ada. Kenapa?” soal Akma. Jiji menggeleng. “Nampak macam ada something. Dia asyik pandang kau, kau pun asyik pandang dia.”

  Akma mengerutkan dahi. “Bila masa dia pandang aku? Tak adalah.”

  “Pusing belah kanan kau.” Akma mengikut arahan. Matanya terpandangkan Hazril yang leka memandangnya. Bila dia memandang balik, barulah Hazril mengalihkan pandang.

   “Dia pandang orang lain la tu. Tak ada apalah. Kau mengarut la Jiji. Dengar dek orang nanti, tak pasal aje.” Akma kembali menyudu nasi lemak yang berada dihadapannya. Mukanya terasa panas. ‘Hazril ini memanglah’.

   Akma melangkah masuk ke dalam kelas. Hazril yang baru selesai membaca nota yang ditinggalkan Akma terus memandang Akma yang baru melangkah melepasi mejanya.
Kertas yang dilipat kembali dibuka. Tulisan yang tertera dibaca sekali lagi.
      
     Wahai Hazril yang pendiam(?) tolong berhenti memandang saya kerana ramai yang perasan dan saya tak rasa awak nak hebohkan hal kita dekat satu sekolah kan? So, stop. Awak boleh call atau text saya. Assalamualaikum.

    Hazril kembali senyum. ‘Akma.. Akma.. Sweet sangatlah awak ini.’ Surat dari Akma dimasukkan ke dalam fail.

########

   +Kenapa tak datang kelas last tadi?

   Terpisat Akma bangun dari tidur. ‘Ya Allah, sakitnya tekak.’ Tekaknya perit dan hidungnya berair. Dilanda batuk dan demam. Telefon bimbit dicapai.  ‘Hazril’ detiknya.

   -Saya demam ini. Kenapa?   Hazril terkejut membaca mesej yang dihantar. Dari duduk terus bangun dibuatnya. Mundar-mandir didalam bilik mengingatkan kekasih hati sedang sakit. Jarinya pantas menekan punat handphone.

   +Dah makan ubat? Akma tersenyum. ‘Caringnya’.

   -Dah makan tadi waktu balik kelas tapi ubat dah habis. Akma menunggu balasan dari Hazril tapi tiada. ‘Hilang ke apa’. Sesaat kemudian, telefonnya menjerit minta diangkat. Nama pemanggil yang tertera membuatkan Akma rasa berbunga-bunga.

   “Assalamualaikum. Uhuk.. Uhuk..” Batuk masih belum reda. Hazril mengeluh perlahan.

   “Kenapa tak bagitahu awal-awal?” soal Hazril serius.

   “Saya dah cakap kan semalam yang saya rasa nak demam.” Balas Akma. Hazril menggeleng.

  “Ye. Tapi kenapa hari ini tak bagitahu waktu kelas. Risau saya tau tengok awak tiba-tiba takda lepas tu Jiji pulak cakap yang awak balik sebab sakit. Esok saya bawak ubat untuk awak. Kalau tak okay lagi, tak payah pergi kelas. Suruh Jiji bagitahu warden ke apa.”

   Akma terkedu. ‘Amboi panjangnya tazkirah. Mak aku pun tak nasihat macam ini tau.’

   “Akma.. Akma Damia.. Dengar tak?”

   “Iye.. Iye.. Saya dengar.” Hazril mengeluh. ‘Ingatkan pengsan ke apa’.

   “Ni dah makan ke belum?” soal Hazril. Akma baru teringat yang last dia sentuh waktu sebelum dia menapak balik hostel. Makan nasi lemak.

   “Tak lagi.” Balas Akma perlahan. Hazril menepuk dahi. ‘Eeeee!! Budak ini…’

   “Tak makan lagi??!! Turun makan sekarang. Takpun suruh Jiji belikan.” Pinta Hazril memaksa. Akma pula yang menepuk dahi.

   “Awak.. Mana ada dah. Kantin pun tutup. Saya makan roti ajelah. Ada lagi tiga keping.” Nada Akma cuba memujuk takut Hazril marah lagi.

  “Awak, nama pun sakit. Nak makan tiga keping roti aje mana nak cukup. Okay! Sekarang ambil roti dan makan. Saya tunggu.”

  “Takpelah. Kejap lagi saya makan. Cakaplah dulu.”

  “Akma Damia..” lembut Hazril memanggil. “Dengar cakap saya please.. Ambil roti and makan sekarang. Buat milo juga kalau ada.”

  “Okay. Tunggu kejap.” Akma pantas mencapai roti Butterscotch yang berada didalam almari. Paket Milo turut diambil beserta mug. Kakinya laju melangkah mengambil air panas dibilik iron yang selang dua bilik darinya.

   “Dah siap. Tengah makan roti yang first.” Beritahu Akma. Hazril terasa lega.

   “Akma.. Makan dulu, dah habis nanti cakap. Saya tunggu.” Akma mengambil kepingan roti yang ketiga. Mug dicapai lalu disuakan ke bibir. Milo panas dihirup perlahan.

  “Alhamdulillah, dah.” Hazril tersenyum sumbing.

  “Okay. Esok saya bawakan ubat, roti dengan air 100 plus okay? Tak nak awak sakit macam ini, nanti siapa yang saya nak tengok dalam kelas.” Akma tersenyum bahagia. ‘Nasib aku sorang dalam bilik ini, kalai tak malu aku.’

   Hazril memandang jam ditangan. Dah pukul sepuluh empat puluh lima malam. “Akma, tidur sekarang okay? Goodnite and assalamualaikum. Semoga sembuh malam ini.”

   “Aamiin. Goodnite and waalaikumussalam. Thanks temankan.”

   “Naaa.. It’s okay. Letak dulu phone.” Akma menekan punat merah. Bantalnya ditepuk perlahan sebelum badan dibaringkan.

   Matanya mula terpejam namun senyuman masih terukir. ‘Thanks Hazril. Sure malam ini mimpi indah.’

#########

   “Kejap! Dalam kelas kita ada couple lah. Sedondon aje.” Jerit Syah. Wajah Akma sudah mula berbahang panas.

   “Eh! Aku baru perasan. Tanda lepas SPM tak lama lagi dapat makan nasi minyak kita.” Jerit Ayen. Hazril menampar perlahan bahu Ayen.

   “Asal kau boleh pakai sedondon weh? Ke korang memang couple?” bisik Jiji. Akma mengangkat bahu.

   “Mana aku tahu nak sama.” Balas Akma. ‘Konon tak tahu iye, padahal memang dah rancang nak pakai putih untuk raya celebration tahun ini’.

  “Yeke?” balas Jiji. ‘Aku memang rasa dorang ada something wrong’.

  “Disebabkan kelas kita ada couple, so aku nak korang berdiri sebelah-sebelah and aku nak tangkap picture korang sampai lebam jari aku.” Jerit Haris. Hazril mula menggaru kepala. ‘Masak aku hari ni’.

  “Cepat Hazril.” Haris menarik tangan Hazril berada dihadapannya. Jiji pula menolak Akma. Akma dah membulatkan mata kea rah Jiji. ‘Berkomplot kau Jiji’.

  “Asal jauh sangat? Dekat sikit. Okay lagi sikit.” Yang lain sudah mula tertawa melihat muka cemberut Hazril dan muka malu Akma.

   “Cantik!” Hazril menggumam perlahan. ‘Eh? Apa?’ Akma memandang Hazril tanpa riak. Hazril turut membalas pandangan Akma.

   “Cantik gila gambar ini. Secocok la korang.” Laung Haris.

   Hazril mengangkat kening tanda tidak paham. Haris bangun dari posisi melutut ala-ala photographer berjaya dan melangkah menghampiri Hazril dan Akma. Terkejut Akma melihat gambar yang ditunjuk oleh Haris. Hazril sudah terpaku. Gambar dia dan Akma saling memandang.

  “Nak tengok!” jerit rakan yang lain. Hazril sudah mula menggaru tengkuk dan kepala. Akma sudah memandang ke tempat lain. Haris menggamit yang lain untuk datang ke arahnya.

   “Cantik gila.” Komen Ayen

   “Sweet sangat.” Komen Jiji

   “Sesuai la korang. Couple ajelah.” Komen El.

   “Setuju!!” jerit yang lain. Akma sudah kembali ke tempat duduknya. Hazril masih berdiri di depan dan menolak Haris menuju ke tempatnya.

   “So, kita start dengan jamuan okay? So guys tolong tarik meja and susun dekat tengah. Yang perempuan boleh kumpul makanan on one side.” Hazril membahagikan tugas. Biar adil.
Akma menuang air Sarsi ke dalam cawan plastik. Hazril yang melihat terus menghampiri Akma. 
  
   “Minum air oren jangan air gas. Nanti sakit.” Bisik Hazril dan terus berlalu ke mejanya.

Akma kembali meletakkan air yang telah siap dituang. Air oren dicapai dan dituang dalam bekas lain. ‘Prihatin sangat’.

Dedikasi utk korang XD
Hehehehehe *segan*
#########
Selepas 1 tahun

    “Korang couple?!” Akma dan Hazril mengangguk.

    “Jahat punya Hazril! Kau tak ngaku time aku tanya tue.” Ayen menumbuk perlahan bahu Hazril. Hazril mengaduh.

    “Sorry tapi kitaorang couple dari awal form 5 lagi” jawab Hazril. Jiji bangun dari duduk dan melangkah ke arah Akma.

    Jiji melakukan aksi headlock dihadapan semua orang. Akma menjerit. “Jiji, ampun! Tapi aku segan nak kasi tahu.”

   “Aku tanya kau banyak kali, kau tak ngaku. Alih-alih iye. Kejam!” Jiji melepaskan Akma. Akma ketawa. Dapat dilihat muka cemberut kawan sekelasnya. Hazril disebelah dipandang.

   “Korang satu tempat lagi ke?” soal Haris. Hazril mengangguk.

   “Untung gila!” jerit Haris, Ayen, El dan Jiji. Akma masih ketawa. Hazril turut ketawa.

   “Mulanya aku dapat form 6 and frust jugalah. Tapi tengok ada dapat surat sambung matrik. So, aku pergi ajelah.” Terang Akma.

   “Gila jeles. Macam aku dengan si Haris ini langit dengan bumi bezanya. Selangor dengan Penang.”

  “Nasib weh tapi lepas ini aku dengan dia cuak juga dapat university jauh.” Ayen mengangguk.

   “Betul juga. Budak matrik tahu korang couple?” Hazril dan Akma saling memandang. Akma dan Hazril menggelengkan kepala.

   Ayen, Haris, El dan Jiji menampar dahi. “Dasyat lah korang.” Usik Haris. Akma mengangkat kening. “Sebab mampu sorokkan hal macam ini.”

   “Aku tak nak orang cakap cinta monyet semata tapi ada aje yang tau macam classmate. Yang lain tak tahu lagi.” Terang Hazril. Ayen ketawa.

   “Korang ini macam undercover tau tak? Bercinta senyap-senyap sebab takut kena tangkap.” Ayen mengusik.

   “Itu yang thrill okay? Bercinta diam-diam. Kitaorang siap ada surat cinta lagi. Kau ada?” Akma mengangkat kening. Masing-masing ketawa.

   “Pergh! Dasyat. Aku salutelah. Sejak bila korang bersurat weh?” El bertanya.

   “Rahsia!” jawab Hazril dan Akma serentak.

########

   “Itulah cerita Akma dengan Hazril.” Kak Wana menepuk tangan diikuti oleh sepupu-sepupu yang lain.

   “Gila best! Macam baca novel. Tak boleh blah.” Komen Zaid.

   “Kan? Aku pun rasa macam nak tulis dalam blog dedikasi kat korang kisah cinta ini.” Sampuk Farhani.

   “Tapi sepanjang couple Akma tak pernah jumpa Mak Ngah ke?” soal Yana.

   “Pernah.” Balas Akma sambil mengangguk.

   “Cuak tak?” sampuk Qaisy.

########

   “Mak, ni Akma.” Akma pantas menghulurkan tangan untuk bersalam. Ya Allah, si Hazril ini boleh pula dia ajak aku jumpa mak dia. Nasib ayah dengan abang dia tak ada. Setakat mak dengan adik aje.

   “Kenapa sejuk tangan Akma? Mak cik bukan nak makan pun.” Usik Mak Hazril. Akma tersenyum.

   “Tak ada apalah.” Balas Akma. Gila! Takkan aku nak cakap aku takut kot. Mampus aku.

   “Ini Hawa. Adik.” Akma menghulurkan tangan pula kepada Hawa.

   “Cantiklah akak.” Puji Hawa. Akma ketawa malu.

   “Biasa aje adik.” Adik? Memang aku rasa nak pengsan sekarang.

   “Study okay?” soal mak Hazril.

   “Alhamdulillah. Okay.” Balas Akma gugup. Hazril tersenyum melihat gelagat Akma yang gugup dan gelisah.

  “Baguslah macam itu. Belajar elok-elok ye.” Pesan Mak Hazril. Akma mengangguk. Rindu pula dekat mak aku.

   “Takpalah mak cik. Mak cik boraklah dengan Hazril, Akma balik dulu sebab ada kerja dengan kawan. Assignment.” Mak Hazril mengangguk. Akma menghulurkan tangan untuk bersalam.

   “Balik dulu awak, mak cik. Nanti kirim salam dekat pak cik eh. Assalamualaikum.” Akma pantas berlalu. Jantung yang berdegup laju dipegang. ‘Okay.. Tenang!’ Nasib dia sudah mengundurkan diri awal sebab kalau lama lagi dia dekat situ, mahu pengsan.

########

   “Pergh! Gila ah.” Komen Ija. Akma tersenyum.

   “Hazril propose macam mana?” soal Kak Wana. Akma memandang Hazril beserta pandangan ‘Kena cerita juga ke?’ Hazril tersenyum sambil member isyarat ceritalah.

   “Apa kata kita suruh Hazril pula cerita. Asyik Akma aje.” Hazril membulatkan mata ke arah Akma. Saja nak usiklah tue.

#########

   “Akma, busy ke minggu ini?” Akma mengerutkan dahi. Asal dengan Hazril ini. Tetiba aje.

   “Erm. Tak kot. Kenapa?” Hazril menarik nafas.

   “Balik tak?” Akma makin pelik.

   “Balik kot.” Balas Akma. Hazril terdiam. ‘Okay.. Ready.

   “Akma balik, kita tunang. Minggu ini hari ahad Hazril hantar rombongan.” Hah? Akma tersentak. Biar betik mamat ini. Buat lawak Malaysia ke apa.

   “Akma, dengar tak?” Akma kembali sedar. Akma menampar perlahan pipinya. ‘Sakit!’

   “Dengar. Hazril ini betul ke?” soal Akma kembali. Mana tahu Hazril bermimpi.

   “Betullah. Takkan nak main-main. Kita tunang, please.” Akma menepuk dahi. Hati kayu betul. Macam itu aje dia lamar aku. Nasiblah aku sayang gila.

    “O....kay….” balas Akma panjang.

    “Kenapa? Setuju ke tak ni?” soal Hazril. Akma ketawa.

    “Setujulah.”

    “Okay.” Hazril terus meletakkan phone. Akma mengerutkan dahi. Kenapa dengan dia ni?
Telefon bimbit kembali berbunyi minta diangkat.

   “Assalamualaikum.  Kenapa Hazril?”

   “Sorry sebab hang up macam tu aje tapi awak memang nak balik kan? Memang nak bertunang kan?” soal Hazril. Akma ketawa.

   “Iyelah. Takkan nak main-main pulak.”

   “Okay. Kita jumpa nanti. Assalamualaikum.” Hazril terus letak.
Akma memandang telefonnya. “Waalaikumussalam.” Bibirnya menguntum senyum. Macam-macam.

#######

   “Laaa… Macam itu aje.” Soal Nina. Akma mengangguk.

   “Sorry tapi memang itu aje.” Balas Hazril. Kak wana ketawa.

   “Comel gila korang ini. Tau tak?” komen Raisya. Akma mengangkat bahu.

   “Entahlah tapi korang ini memang comel.” Sambung Raisya.
Akma dan Hazril ketawa.

   “Macam itu aje?” sampuk Ena.

   “Yep. Lepas itu terus bincang hal kahwin and here we are. Dah jadi husband and wife pun.”
Ena mengangguk. “Kenapa akak setuju nak terima abang Hazril?” soal Tasya.

   “Sebab dia sangat baik, pentingkan ibubapa, jaga akak sangat baik, tegur akak and yang penting dia tak pernah marah. Merajuk jauh sekali.” Balas Akma tenang sambil hujung mata melirik ke arah Hazril.

   “Lagi?” soal Tasya lagi.

   “Hmmmmm…. Sebab dia tak pernah tengok perempuan lain and sebab dia ikhlas dari mula.”

   “Ikhlas?” Tasya menyoal.
Akma mengangguk. “Lelaki kalau ikhlas dia takkan ambil kesempatan dekat kita.” Tasya mengangguk paham.

   “Kenapa abang Hazril pilih kak Akma?” soal Diana.

   “Simple sebab Allah dah tetapkan dari Loh-Mahfuz and sebab since we met eyes, abang dah jatuh cinta dengan dia.” Akma memandang Hazril. Tersentuh!

   “Wuuuuuu….. Creepy bila abang cakap bahasa macam ini.” Hazril menghamburkan tawa.

   “Kiranya cinta monyet dah jadi cinta akhir hayat ini.” Komen Kak Wana.

   “Cinta kami memang cinta akhir hayat pun. Bukan cinta monyet.” Kening diangkat. Yang lain mencebik mendengar komen Hazril.

    Akma ketawa. ‘Ye. Cinta aku dengan dia bukan cinta monyet. Cuma Allah menemukan aku dan dia lebih awal dari sepatutnya.’

    Hazril memandang Akma. Akma turut memandangnya. Hazril mengungkapkan sesuatu tanpa mengeluarkan suara.

    ‘I love you’. Akma tersenyum melihat gerak bibir Hazril.

    ‘I love you too’. Hazril tersenyum mendapat ucapan balasan dari Akma.


P/S: Actually, cuak nak bagi tuan punya cerita baca sebab takut apa yang korang alami and apa yang KI tulis lain sebenarnya. Tapi, KI mampu bayangkan apa yang jadi based on cerita. Anyway, enjoy and always be a lovely couple. And, harap cinta korang memang 'BUKAN CINTA MONYET'. Thanks kepada AA(Anis) sebab ceritakan kisah cinta yang sweet dan comel :) Thankyou and harap enjoy. Assalamualaikum. *malu*