Pages

Friday 2 August 2013

The Choice; What Will We Choose?

Assalamualaikum :) 

    Alhamdulillah. I'm still alive today. However, I've just realized this beautiful month will end a few days later. May Allah give us His blessing this year and this month for everything we do, InshaAllah. So! Here's the truth. Tetiba hari ini dapat sinar keinsafan *chewah* nak buat entry THE CHOICE ini. Curious? Keep on reading okay?

    THE CHOICE ini merujuk kepada pilihan. Pilihan apa? Sabar! Nak bagitahu laa nih. Pilihan dari Allah SWT untuk kita. Dalam hidup ini ada banyak pilihan yang Dia bagi just depend dekat kita nak terima pilihan yang mana. 

    
     Bila kita tanya kenapa tak nak berubah? Jawapannya "Allah tak bagi Hidayah untuk aku lagi.". Then, sampai bila MENUNGGU?? Memang boleh menunggu tapi takut belum sempat hidayah sampai, AJAL yang datang dulu. Macam mana? Nak minta tangguh dengan Malaikat dulu supaya kita boleh bertaubat. Sekurang-kurangnya usaha. Buat yang wajib, amalkan yang sunat. Dekatkan diri dengan-Nya. InshaAllah. This is THE FIRST CHOICE. Think :))

                  "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan 
                                baginya jalan ke luar." [Ath-Tholaaq:2]
    
    Alhamdulillah. Kita dah berubah. Memang bagus tapi kita tak istiqamah pula. Maksudnya sekejap kita buat, sekejap pula kita main biar aje. Buat main aje kiranya. Ini pun pilihan yang Allah bagi juga, Pilihan samaada nak terus berubah atau berubah sikit aje. Nak ke kita orang cakap kita ini hangat-hangat tahi ayam. Apa pandangan orang? Bila dah berubah, ISTIQAMAH. Memang susah. Tak ada benda yang senang pun. Kita dah mampu berubah, apa salahnya kekal terus? The SECOND CHOICE.

                     "Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa." [At-Taubah:44]

   
       THIRD CHOICE. "Malaslah nak nasihat dia. Bukannya dia nak berubah pun!" Astaghfirullahalazim. Mana awak tahu dia tak boleh berubah? Kita patut dekatkan diri dengan orang yang dah sesat bukannya menjauhkan dia lagi. Bila kita menjauh, dia akan fikir kita tak kisah padanya. Jikalau nasihat kita tak berkesan, cari alternatif lain. Berdoa contohnya. Kalau dia membuat dosa, kita pun akan dapat sikit sebanyak sebab kita langsung tak tolong dia. Kalau dah tolong, dah berdoa kita serahkan pada Allah SWT. Janganlah terus berputus asa. 
  
             "Doa itu sangat bermanfaat. Kerna itu hendaklah kalian berdoa, wahai Hamba Allah."
                                      [Riwayat Al-Hakim-Al-Mustadrak]

      FORTH CHOICE. "Layak ke aku nak berubah? Aku jahil pasal agama." Ini sekadar alasan. Kalau jahil? Cari guru, ustaz atau ustazah. Bahan bacaan pun banyak. Cuba. Yang paling amazing dan bagus sekali Al-Quran. Dari kita biar Al-Quran itu sepi atas meja, ambil dan fahamkan. Sehari satu helai pun dah bagus. Sekurang-kurangnya kita usaha. Mula dari bawah balik. Tak semua yang lahir terus pro tentang agama. Semuanya dengan belajar. Kalau orang kafir pun sanggup mengkaji Al-Quran, kenapa bukan kita? Allah SWT dah bagi dekat kita kitab yang terbaik. Jangan sia-siakan.

              "Dan sesungguhnya Al-Quran (yang diantara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah
                       diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam." [As-Syu'araa':192]

     Okay? Ada dapat apa-apa maklumat tak? I didn't expect or think you'll change directly after you read this. However, I'm just happy if you can realize something from what I've write. Cubalah untuk berubah. Bukannya untuk sesiapa pun, diri kita sendiri juga. Ganjaran itu yang penting. Sementara masih dibulan Ramadhan, rebut peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Siapa yang sudah mula berubah, I'll always pray may Allah will help and guide you. Istiqamah. Doakan saya juga.

Terima kasih sebab luangkan masa membaca :) 
Me, Ku Nur Salsabila.

No comments:

Post a Comment