Assalamualaikum :D This entry pasal chapter of my novel. Do read it and comment okay?
Bab 6
“Kau
tak payah la nak tension pasal mamat tu. Buat membazir tenaga ja.” kata Ain
menenangkan hati Qalish. Khalida mengangguk sambil mulutnya penuh dengan
makanan.Qalish memandang Khalida. 'Minah ni kalau makan memang tak tengok kiri
kanan.' Akhirnya,Qalish tersenyum dengan gelagat kawan-kawannya.Sesungguhnya
dia bersyukur dipertemukan dengan rakan yang sebegini.
“Yang
kau ni asyik makan je Ida oi.Tak cukup lagi ke kau makan tadi? Ni makan pula.
Kau ni biar betul.” tanya Qalish sambil menyiku perlahan tangan Ida. Khalida
tersentak. Makanan dalm mulut cuba dikunyah secepat mungkin. “Aku tension la.
Tu la yang aku makan tu. Kau ni macam tak kenal aku.” jawab Khalida dengan muka
seposennya.
“Yela
tu. Kau tu memang. Pantang jumpa makanan. Macam-macam.” balas Qalish. “Aku setuju!”
sampuk Ain. Akhirnya,mereka ketawa.
“Kau
ni apasal sejak kebelakangan ni asyik makan restoran ni je. Mesti ada apa-apa
kan?” tanya Faris. Qaliff yang mendengar hanya mampu tersenyum. Faris
mengangkat kening. “Tak ada apa la. Aku memang suka makan kat sini pun. Makanan
dia sedap,harga pun murah. Aku suka la.” Qaliff masih tersenyum. “Mr Qaliff
Izzudin, I know you well. Kau ni kan
tak suka makan kat tempat yang agak kotor. I
mean u prefer hotel kan daripada
restoran murah macam ni. Aku ingat lagi kau cakap kau tak suka makan tempat
yang tak ada kelas macam ni.” balas Faris.
“Tak ada apa la. Kau anggap je la aku dah berubah. Tak macam dulu dah.”
Qaliff membalas dengan ringkas. Matanya melirik jam tangan. 'Selalunya time ni dah sampai dah.Mana pula. Aku
dah rindu.' Qaliff mula tak senang duduk. Faris yang perasan akan perubahan
Qaliff hanya mendiamkan diri. Faris lebih selesa jika Qaliff yang mula
bercerita dahulu.
Akhirnya,Qaliff perasan akan kelibat Qalish memasuki ruang restoran itu.
Senyuman tergaris di bibir Qaliff. Senyumannya mula terhenti apabila memlihat
ada seorang lelaki yang cuba menganggu
Qalish. Dia teragak-agak untuk membantu Qalish. 'Berani dia kacau minah
tu. Dia aku punya la!.' jerit Qaliff dalam hati. Qaliff terus bangun lalu
menuju ke meja Qalish. Ain yang perasan akan kehadiran Qaliff menyiku perlahan
Qalish.
“Hai there young ladies!. Sorry la sayang lambat. Tak sangka pula
abang ada meeting dengan client saat-saat akhir. Sayang dah
tunggu lama ke?” Qaliff berpura-pura sambil mengenyit mata ke arah Qalish
memberikan isyarat untuk berlakon bersamanya. Qalish mengangguk tanda faham.
“
Abang ni. Penat tau Qalish tunggu abang kat sini. Kang Qalish merajuk nanti
susah abang nanti nak pujuk.” balas Qalish. 'Oh Qalish nama. Baru tahu.' bisik
hatinya.
“By the way,may I know who are you? Dah
lama saya nampak awak kat meja ni. Ada apa-apa urusan ke dengan isteri saya.”
tanya Qaliff kepada lelaki itu. Lelaki itu mula takut diapa-apakan.
“Tak ada apa-apa la. Saya salah orang ja. Maaf
ya bang. Saya mintak diri dulu.” balas lelaki itu sambil berlalu pergi.
“Fuhhhhh!!!. Thanks ya.” ucap Qalish walaupun dia terkejut membayangkan
lelaki ini datang dan menegurnya.
“Whatever la. By the way,you owe
me one. Aku akan tuntut nanti.” balas Qaliff lalu terus berlalu pergi.
“Kurang asam punya laki. Bukan tolong dengan ikhlas. Ish!!!!. Geramnya
aku. Babun betul. Aku sumpah kau jatuh waktu langkah longkang tu nanti.” Sebaik
saja Qalish habis berkata,Qaliff yang melalui longkang itu terjatuh. 'Alamak!
Dia jatuh betul la. Tu la tolong lagi kalau tak ikhlas.' Qalissh menahan
tawanya.
“Apa la kau ni. Langkah longkang pun boleh jatuh ke? Umur kau berapa
sebenarnya?” tanya Faris sambil ketawa. Ketawanya makin besar apabila teringat
kejadian itu kembali.
“You better shut up. Aku pun
tak tau. Balasan aku kot.” muka Qaliff berubah dek ketawa Faris itu.
“Balasan?? Apa yang kau buat dekat minah tu? Muka bengang je aku tengok
dia tadi.” tanya Faris.
Qaliff memandang Faris disebelah lalu tersenyum. “Adalah. Tak penting
pun.” balas Qaliff. Dia meneruskan pemanduannya ke pejabat. Lebih baik cepat
sebelum papa tahu dia hilang.
Qaliff melangkah masuk ke pejabat,namun dia tahu ada seseuatu yang
sedang berlaku apabila semua mata memandangnya. “Mr Qaliff, I'm so sorry. Saya dah halang dia daripada masuk tapi dia
merempuh masuk juga.” beritahu setiausahanya.
Qaliff mengeluh. “It's okay,awak
boleh keluar.Tapi jangan bagi papa saya tahu ye.” pesannya.Setiausahanya
melangkah keluar meninggalkan Qaliff.
“Look Tina,I sibuk ni. You tak perlu la datang cari I dekat office ni. Nanti I call la. You pun tahu kan
I sibuk lepas I pegang title CEO kat syarikat ni.” terangnya sambil memandang
gadis itu redup.
“Karl,I'm not Tina. I ni
Shasha la. Tak kan you dah lupa kot.
Tina mana pula ni sayang.” tanya Shasha sambil mengusap perlahan belakang
Qaliff sambil senyum menggoda.
'Alamak! Salah orang la pulak. Mati aku' desis Qaliff.Dia pantas
merangkul pinggang Shasha. “Mana ada I sebut Tina. You ni salah dengar kot. I
sebut Shasha la. Sayang, I sibuk ni. Boleh tak you balik dulu. Later,I give you call kay?” pujuk Qaliff. Dia
tahu senang aja nak memujuk jenis perempuan macam ni.
Shasha tersenyum manja. “Okaylah sayang. I balik dulu ye. Nanti jangan
lupa call taw. I tunggu.” Qaliff masih lagi merangkul erat.
“Okay sayang. Tak kan la I nak lupa
perempuan cantik macam you ni. Okay baby?
Sekarang ni you balik dulu kay?”
Qaliff melepaskan pautan di pinggang. Shasha merasa bangga lalu menghadiahkan
ciuman di pipi Qaliff. Qaliff turut membalasnya.
Shasha berlalu keluar. Dia
terduduk di kerusi tetamu 'Akhirnya!' bisik hatinya. Hatinya masih teringat
akan kejadian dia menyelamatkan Qalish. Dia dapat melihat muka cuak Qalish.
'Comel!
Cantik! Qalish. Ah! Angau pula aku ni.' Akhirnya dia tersenyum sendiri
mengingati detik indahnya itu.
Qalish tidak mampu berhenti. Ain dan Khalida di sebelah hanya memandang.
'Sewel agak nya budak ni.Asyik gelak je.'
“Kalau lah korang tengok macam mana dia jatuh mesti korang gelak juga.
Kau bayangkan dah tua pun nak langkah longkang pun tak boleh.” Qalish masih
lagi ketawa mengingatkan bagaimana Qaliff terjatuh tadi. Dia pun tidak
menyangka sumpahannya akan menjadi benar.
“Kot iye pun kelakar tapi cerita la dulu kat kitaorang. Apa yang mamat
tu buat kat kau?” tanya Ain. Qalish yang sedang ketawa cuba menahannya. Dia
membetulkan kedudukannya lalu mula bercerita apa yang terjadi antaranya dan
Qaliff siang tadi. Ain dan Khalida yang mendengar turut ketawa. “Kau ni Qalish
kejam betul la . Tapi rugi la pulak aku tak ada kat situ. Kalau tak mesti aku
boleh tengok lakonan kau dengan mamat tu kan.” ujar Ain. Khalida mengangguk
setuju.
“Weihh, sekarang dah pukul berapa? Esok ada kelas kan?” tanya Khalida.
Telefon bimbit diatas meja diambil. “Korang nak tahu tak pukul berapa? Pukul 2
pagi.” beritahu Qalish dengan muka yang tenang.
“Aarghh! Dah lambat.Esok tak bangun pulak.” jerit Khalida. Akhirnya,
semua berlari masuk ke bilik masing-masing. Qalish yang melihat hanya
menggelengkan kepala. 'Teruk betul la budak dua orang tu.'
“Oii! Lampu sapa yang nak tutup hah?!” jerit Qalish walaupun dia tahu
dia orang yang perlu menutup semua lampu dan mengunci pintu. Maklumlah mereka
semua perempuan jadi langkah berjaga-jaga perlu diambil.
“Kau la sayang oi!!” jerit Ain. 'Kurang asam punya budak. Aku pulak
mangsa korang.'
No comments:
Post a Comment