“Buta ke hah?” Nuralia memandang tajam lelaki
dihadapannya ini.
“Apa pulak? Siapa yang langgar dulu? Siapa yang
cakap telefon tak pandang orang kiri kanan hah?” Lelaki itu menyoal kembali.
“Habis kalau aku buta, kau pun buta ke?” Nuralia
bersoal jawab.
“Kau yang salah mengaku jelah.”
“Apehal pulak aku nak mengaku? Blah ar!” tengking
Nuralia.
Sesaat matanya dapat menangkap renungan tajam lelaki
itu. ‘Alamak! Aku kasar sangat ke?’ Namun dia tetap usaha menjaga reaksi
mukanya. Dia tidak boleh kalah. Perasan juga dia bahawa ramai mata yang sedang
memandangnya.
“Sengal la orang macam kau.” Balas lelaki itu sambil
berlalu pergi. Nuralia yang memandang tersenyum sinis.
“Bajet aku kisah.” Gumam Nuralia. Terasa bahunya
ditampar perlahan. ‘Siapa pulak?’
Tubuhnya dipusing lalu matanya menangkap susuk tubuh
rakannya, Ana.
“Kau kenapa?” soal Ana. Nuralia hanya menggelengkan
kepala. Malas mahu bercerita. Nanti hatinya juga yang sakit.
“Suka hatilah kalau tak nak cerita sebab aku tahu
kau mesti gaduh dengan orang lagi kan?” tebak Ana.
Nuralia pantas memandang rakannya disisi. “Mana
ada.” Sela Nuralia.
Ana yang menggelengkan kepala. ‘Aku nampaklah Alia.’
Desisnya. Hanya mampu menuturkan itu didalam hatinya. Dia kenal sangat perangai
rakan merangkap teman sebiliknya itu, ego sangat. Mengalahkan Gunung Everest.
“Dahlah. Jom gerak. Lambat dah ni.” Tangan Ana
ditarik melangkah ke dewan kuliah. Ana tersenyum mengenangkan perangai Nuralia.
#######
“Apa semua ni Pa? Alia dah ditunangkan? Papa ingat
kita duduk dekat India atau zaman tujuh puluhan ke nak atur-atur bagai ni.” Puan
Maria hanya mampu menggelengkan kepala.
Dia tahu ini reaksi yang akan diberikan oleh anak
ketiganya itu. Nuralia tak semudah Muhammad Amir dan Nurfarah. Degil!
“Nak buat macam mana atuk kamu yang beria-ia dulu
nak tunangkan kamu dengan cucu angkat dia. Papa sendiri tak tahu. Waktu peguam
bacakan wasiat hari tu baru papa tahu.”
Nuralia menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
‘Aduh! Serabut.’
“Look
papa. Kenapa kena Alia pulak? Kenapa bukan Along ke Angah ke takpun adik. Alia
nak sendiri pun mama yang uruskan papa
nak suruh Alia kahwin. No way Pa! Lagi satu, cucu angkat? Bila
masa pulak. Sepanjang Alia hidup 23 tahun ni tak pernah pun cucu angkat tu
datang. Mengarutlah.”
“Please
Alia. Kita jumpa dulu family dorang okay? Papa akan bagi pilihan dekat Alia
lepas ini. You can choose. Nak kahwin
atau pun tak.”
Nuralia mengeluh perlahan. Papa dan mamanya
dihadapan dipandang. Sungguh dia runsing. Memang dia mahu membahagiakan orang
tuanya tapi bukan seperti ini. Keluhan berat terlepas jua. Anggukan diberikan
tanda setuju. Nuralia pantas berdiri.
“Yelah. Alia setuju.” Nuralia melangkah longlai ke
kamarnya. Tubuhnya dihenyakkan di atas katil. Matanya memandang ke arah
siling.Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.
########
“Aku terima
nikahnya Nuralia Az-Zahra binti Haris dengan mas kahwin seratus ringgit tunai.”
Perkataan
sah kedengaran. Alhamdulillah. Dia sudah bergelar suami. Setelah doa dibacakan,
Alif bangun
dari duduknya dan pergi menunaikan solat. Tanpa disangka wanita
yang mencari gaduh dengannya awal-awal dulu telah menjadi isterinya. Sukar
dipercayai namun itulah kenyataannya.
Usai
solat, langkahnya diatur menuju ke Nuralia. Cinci yang di hulurkan diambil.
Nuralia menghulurkan tangan kirinya. Nuralia melihat Alif menyarungkan cincin
di jari manisnya. Tangan Alif di salam setelah disuruh Puan Maria.
“Thanks Zahra.” Ucap Alif perlahan cukup
untuk buatkan Alia terkedu. Puan Maria dan Puan Sarah tersenyum.
“Ya Allah!
Dah Alia naik atas tukar baju. Dah lewat ni. Alif pun dah naik.” Arah Puan
Maria. Nuralia tidak mengendahkannya. ‘Ish! Macam mana ni.’
“Alia,
dengar tak Mama cakap ni. Kamu tu dah isteri orang. Naik atas cepat.” Pinggan
yang berada di tangan Nuralia di ambil. Puan Maria menolak perlahan tubuh
Nuralia. Nuralia akhirnya akur. Langkah kakinya diatur sambil mengeluh berat.
Pintu
bilik ditutup. Pandangan matanya tertumpah ke arah Alif yang baru sahaja keluar
dari bilik mandi. Tubuhnya dipusingkan kembali menghadap pintu. Tangannya turut
menutup matanya.
“Cepat
sikit pakai baju boleh?” arah Nuralia. Dirasa seminit berlalu sebelum dia
merasa sentuhan di kedua-dua belah lengannya. Tubuhnya terasa dipusing. Tangan
yang menutup mata di tarik. Matanya masih terpejam. Terlihat renungan Alif
terhadapnya.
“Dah pakai
pun. Yang awak nak tutup mata kenapa? Rugi kot.” Usik Alif. Nuralia mencebik.
“Hesy! Tepi
sikit boleh tak?” tangannya menolak lembut tubuh sasa Alif. Langkah yang mula
di atur terhenti. Tangannya digengam erat. Alif mendekati Nuralia lalu
memeluknya dari belakang.
“Buat apa
saya nak tepi? Nak lepaskan awak? No way!
Saya tak sanggup nak lepaskan awak.” Nuralia mengeluh perlahan. Bisikan Alif di
tepi telinganya benar-benar membuatkan dia bergetar hebat.
“Auchh! Sakitlah.” Jerit Alif.
Nuralia
hanya menjelirkan lidah. ‘Rasakan.’ Nuralia gelak perlahan sambil mencapai towel lalu di atur langkahnya ke bilik
mandi. Alif yang memandang menggeleng perlahan. Perutnya terasa senak akibat
terkena penangan siku Nuralia.
“Dah keluar
eh?” Alif bangun dari baringannya menuju ke Nuralia yang sedang berdiri di
depan meja solek. Nuralia yang memandang dari cermin terkedu. ‘Mati aku.’
“Awak nak
apa?” soal Nuralia berani. Matanya menikam pandangan mata Alif. Rentak hatinya
mula berlagu hebat.
“Saya nak
ini.” Balas Alif sambil memeluk Nuralia. Alif tersenyum. Dapat dirasakan tubuh
Nuralia menggigil apabila dia memeluk tubuh kecil itu.
“Aa.. Awak..
Dah lewat. Saya mengantuk.” Gagap Nuralia balas.
“I’ll wait until you ready for this. Don’t
worry. I love you.” Serentak itu kucupan Alif singgah di dahi dan kedua
pipinya. Alif kembali menuju ke katil. Direbahkan tubuh ke katil meninggalkan
Nuralia terpinga-pinga.
######
“Sayang,
sampai bila kita nak macam ni? Kita dah kahwin tiga bulan tahu tak?” soal Alif.
Nuralia hanya memandang.
“Hari tu
kata sanggup tunggu, tunggu ajelah. Lagi satu, awak jangan nak ungkapkan kata
gula awak tu boleh? Gelilah.” Balas Nuralia selamba. Alif mengeluh perlahan.
Alif
menarik perlahan tangan Nuralia yang ingin berlalu pergi. Nuralia kembali
terduduk di sisi Alif.
“Apa
lagi?” soal Nuralia geram. Alif hanya memandangnya. Nuralia membuat kening
double jerk. Tangan yang berada dalam genggaman Alif ditarik.
“Saya
sayangkan awak. Awak tak faham ke?” soal Alif sambil menjongketkan kening.
Nuralia hanya mampu menundukkan kepala.
Nuralia
mengangkat kepalanya untuk melihat Alif yang berada dihadapannya. “Saya tak
bersedia lagi. I’m just twenty two
Alif.” Alif mengeluh perlahan.
“It just a matter of time. Sampai bila
baru awak nak bersedia? Sampai kucing jiran sebelah tu tumbuh tanduk atau bila
saya dah mati?” balas Alif. Nuralia yang mendengar tersentak. Dia akui dalam
hatinya sudah ada perasaan sayang buat suaminya ini namun hatinya masih tidak
yakin. Entahlah.
“Saya tak
pasti bila tapi tak boleh ke awak tunggu saya? Selama ini awak dah tunggu pun
kan?” soal Nuralia. Perasaan sebenarnya tidak mungkin diluahkan.
Alif bangun
dari duduknya. “Ambillah banyak mana masa yang awak nak. Saya nak keluar. Awak
tidur je dulu.” Kakinya melangkah ke pintu. Kunci kereta di key box diambil.
Nuralia
hanya mampu memandang Alif meninggalkannya. Gerak hatinya mahu memanggil.
Pantas Nuralia bangun dari duduknya namun sudah terlewat bila deruan kereta
Alif keluar dari rumah dapat didengari. Nuralia mengeluh perlahan. ‘Berdosanya
aku.’
Kakinya
diatur menuju ke bilik tidurnya. Dia melabuhkan duduk di sofa. Matanya
tertancap kepada gambar perkahwinannya dengan Alif. ‘What should I do Alif Rizqi?
Terpisat-pisat Nuralia bangun apabila dia mendengar pintu rumah dibuka.
‘Alif ke?’ fikirnya. Jam didinding dilihat. Pukul tiga pagi? Mana dia pergi
ini. Dah lewat baru balik. Kakinya melangkah ke arah bilik mandi. Sebaik sahaja
dia keluar dari bilik mandi, susuk tubuh Alif yang sedang berbaring dapat
dilihat.
######
Nuralia
bingung sendirian apabila masuk hari ini sudah tiga hari Alif tidak menegurnya.
Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Bingung otaknya memikirkan.
Sudahlah dengan assignment yang
banyak ditambah pula dengan perangai Alif yang makin lama makin pelik. Kuakan
di pintu menghentikan lamunannya. Nuralia bangun dari duduknya dan berjalan
menuju ke arah Alif. Nuralia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Alif turut
melakukan hal yang sama.
“Awak
nak makan apa? Saya tak masak tengah hari sebab saya puasa hari ini.” Soal
Nuralia.
“Tak
payah. Awak masaklah apa yang awak nak makan. Saya makan kat luar.” Selesai
menuturkannya Alif terus berlalu meninggalkan Nuralia yang terpinga-pinga.
Pelik
betul. Selama ini asyik suruh aku masak itu ini. Hari ini nak makan luar. Lagi
satu, dulu kalau aku salam dia sah-sah dia cium dahi aku. Hari ini tak pula.
Gumam Nuralia sendirian.
Nuralia
hanya berlalu menuju ke dapur untuk memasak juadah untuknya berbuka. Alif tu
lantaklah. Bahan-bahan di dalam peti sejuk dikeluarkan. Sewaktu Nuralia mula
menumis bahan-bahannya, terdengar pintu rumah dibuka. Nuralia menjenguk dari
ruang dapur dan dapat dilihat Alif sedang memakai kasut. Alif terus berlalu
tanpa memberitahu Nuralia.
Nuralia
mengeluh perlahan. ‘Apehal dengan dia ini?’ Nuralia terus menyambung tugasnya
untuk memasak. Setelah selesai memasak Nuralia melabuhkan duduk di ruang tamu. Apa
salah aku? Takkan sebelum ini punya kes kot. Selama ini okay aje. Tak pun dia
dah ada orang lain. Minta simpang. Tak sanggup dia berkongsi Alif tu.
Nuralia
memandang jam di dinding. Mana dia pergi ini? Dah pukul satu dah pun. Samsung
S4 diatas meja dicapai. Didail nombor
Alif.
“Tidur aje
dulu. Saya balik lewat.” Nuralia memandang sepi telefonnya. Dia hang up macam tu aje. Hesy! Geramnya
aku.
“Alia
bangun. Dah subuh.” Nuralia terpisat-pisat bangun. Alif di hadapan dipandang.
Pukul berapa dia balik semalam. Hendak ditanya namun tidak terkeluar soalan
itu.
“Cepat.
Jemaah.” Sambung Alif. Alif terus melabuhkan punggung disejadah. Al-Quran
dicapai. Nuralia hanya memandang sambil kakinya melangkah kea rah bilik mandi.
Selesai
menunaikan jemaah bersama, Nuralia ingin berlalu ke dapur untuk menyiapkan
soalan.
“Nak ke
mana?” soal Alif. Nuralia menghentikan langkah.
“Dapur.
Nak buat sarapan.” Balas Nuralia.
“Saya tak
sarapan kat rumah. Saya dah janji dengan kawan nak breakfast dekat luar. Prepare
untuk awak aje la.” Nuralia mengeluh perlahan. Pintu bilik kembali di
tutup. Dia melangkah menuju ke almari. Baju kurung dan tudung dikeluarkan. Jam
di dinding menunjukkan pukuk tujuh. Nuralia pantas menukar bajunya. Tie Alif di
atas katil dicapai. Alif yang berdiri berhampiran meja solek dihampiri. Tie
yang dipegang dilingkarkan ke leher Alif.
“Saya
boleh buat sendiri. Siaplah. Nanti lewat.” Tie yang dipegang Nuralia diambil.
Nuralia terkedu. Selama ini dia yang memakaikan tie untuk Alif setelah dipaksa
oleh suaminya itu.
Nuralia
hanya mampu berlalu mengambil selendang di atas katil. Air mata yang ingin
mengalir cuba diseka dengan pantas. Alif mengambil beg bimbit di meja kerja
sebelum berlalu. Terasa tangannya di raih, Alif berhenti melihat Nuralia yang
memegang tangannya.
“Apa pun
yang saya buat, saya minta maaf.” Tangan Alif disalam. Alif yang mendengar
mengeluh perlahan. Tangannya ditarik perlahan sebelum berlalu.
“Jangan
nangis Alia. You’re strong!” gumamnya. Sikap Alif benar-benar memeningkannya.
Takkan Alif dah jumpa orang lain.
######
Telefon bimbit yang bergetar dicapai.
+
Saya tak balik dinner.
“Korang
teman aku makan. Hubby aku tak balik dinnerlah. Please.” Ujar Nuralia. Wajah
Ana dan Lisa dipandang bersilih-ganti.
“Set! Boleh
je. Kau belanja.” Seloroh Ana. Nuralia menganggukkan kepala. Assignment
dihadapan dipandang sepi. Ingatannya hanya kepada Alif. Mana dia pergi.
“Makan
pizza hut boleh? Aku dah lama tak makanlah.” Soal Nuralia. Ana dan Lisa hanya
mengangguk. Yelah! Makan free. Redha ajelah.
“Alia, tu
bukan suami kau ke? Dengan sape tu?” Lengan Nuralia ditampar perlahan. Nuralia
memandang ke tempat yang di tunjuk Ana. Jantung Nuralia bergetar hebat. ‘Dugaan
apa ini.’
“Dia ada hal
la tu dekat-dekat sini.” Balas Nuralia. Pandangannya masih terarah kepada Alif.
Pizza dihadapan hanya dipandang. “Korang habiskanlah.
Aku dah kenyang.” Ujar Nuralia. Ana hanya menggeleng perlahan. Mahu bertanya
namun dia tahu Nuralia takkan pernah beritahu.
“Thanks eh
temankan aku.”
“Okaylah.
Lama jugak tak dinner dengan kau. Kita orang balik dulu tau. Kau hati-hati.”
Nuralia
mengangguk perlahan sebelum berlalu ke keretanya. Saat itu dia terpandangkan
Alif yang sedang menuju ke keretanya tidak jauh dari tempat mereka. Nuralia
mengeluh perlahan saat dia terpandangkan ada wanita di sisi Alif.
Nuralia
tiba di rumah lebih awal daripada Alif. Terpisat-pisat Nuralia bangun dari
baringannya bila terdengar deruan kereta memasuki laman. Jam di dinding
menunjukkan pukul sepuluh. Pintu rumah terkuak. Alif tersentak. Disangkanya
Nuralia sudah tidur.
Nuralia
bangun dari baringannya dan melangkah ke Alif. Tangan Alif disalam.
“Sebab dia
ke awak berubah macam ini?” soal Nuralia. Alif yang ingin berlalu tersentak.
Bukan dia tak nampak Nuralia dengan rakannya tadi.
“Kalau iye
pun kenapa? Saya dah jumpa dengan orang yang sayangkan saya. Takkan saya masih
nak tunggu awak. I’m not that stupid
Alia.”
Nuralia yang
mendengar mula terasa sebak. Alif yang berada di hadapannya dipandang.
“Awak yang
cakap awak sanggup tunggu?” Nuralia bertanya perlahan.
“Tunggu..
Tunggu.. Saya penat dengar semua tu Alia. Saya pun manusia biasa. Buat apa saya
tunggu isteri saya kalau dia sendiri tak pasti dengan perasaan dia sendiri.”
Balas Alif.
“Sekarang
awak nak cakap cinta awak sayang awak tu dah hilanglah. Sekarang awak dah
cintakan perempuan tadi itu.” Alif mengangguk. Nuralia pantas menyeka air
matanya yang bercucuran setelah melihat anggukan Alif.
“Saya
faham.” Nuralia pantas berlalu meninggalkan Alif. Alif hanya memandang Nuralia
yang berlari anak menuju ke bilik.
Sebaik
sahaja Nuralia menutup pintu, tangisannya makin hebat. Tak disangka saat dia
mula menyayangi suaminya, Alif telah memilih orang lain. Alif tersentak saat
dia membuka pintu bilik, kelibat Nuralia tidak kelihatan. Alif menghampiri
bilik tetamu, terdengar esakan Nuralia disebalik pintu. Alif mengeluh perlahan.
“Alia subuh.” Laung Alif dari luar. Tombol pintu
cuba dipulas. ‘Kunci.’ Desisnya.
Alif menuju
biliknya. Laci meja solek dibuka. Kunci pendua diambil dan kembali menuju ke
bilik tetamu. Pintu bilik tetamu dibuka dan kelibat Nuralia yang terbaring di
atas sejadah di pandang. Hatinya risau. Kepala Nuralia dipangku.
“Alia,
kenapa ini?” soal Alif apabila Nuralia membuka perlahan matanya. Wajah Alif
dipandang. Nuralia bangun dari baringannya.
“Tak ada
apa. Dah subuh ke?” soal Nuralia. Alif mengangguk. Nuralia bangun dari duduknya
dan menuju ke bilik mandi.
“Kita
jemaah.” Ujar Alif. Nuralia tidak menjawab. Usai solat, Nuralia kembali baring
di atas sejadah. Alif yang melihat merasa pelik. Dahi Alia disentuh perlahan.
Panas!
“Alia, kita
pergi klinik.” Tubuh Nuralia cuba di angkat. Tangan Nuralia yang menyentuh
tangannya menghentikan perbuatannya.
“Tak nak. Saya nak rehat aje.” Balas Nuralia.
Telekung yang dipakai di buka. Alif mengeluh.
“Alia.
Panas badan awak ini. Jangan degil boleh tak?” pujuk Alif. Nuralia hanya
menggelengkan kepala.
“Lantaklah.
Saya malas nak cakap.” Alif terus keluar dari bilik tetamu. Nuralia terkedu.
Dia kembali baring di atas katil. Air mata yang mengalir diseka.
Alif meraup mukanya. ‘Ya Allah! Apa yang aku dah buat?’ Alif kembali menuju ke
bilik tetamu. Pintu bilik dibuka. Dapat dilihat Nuralia sedang terbaring. Alif
menutup kembali pintu bilik. Di atur langkahnya menuju ke dapur.
Mangkuk
berisi bubur diletakkan di dalam talam bersama air dan ubat. Pintu bilik tetamu
dibuka. Nuralia masih terbaring lemah. Tangan Alif sempat menyentuh dahi
isterinya. Panas!
“Alia,
bangun makan.” Nuralia membuka matanya. Nuralia bangun dari baringannya dengan
bantuan Alif. Nuralia kembali tidur setelah menghabiskan bubur dan ubat. Alif
hanya memandang.
Alif yang
mahu mengambil talam terhenti apabila tangan Nuralia memegang tangannya. “Don’t leave me.” Alif terkedu. Dia
kembali melabuhkan duduk berhampiran Nuralia yang sedang terbaring. Tangannya
mengusap perlahan kepala Nuralia. Dahi Nuralia dicium sayang.
#####
“Siapa ini?
Macam mana dia ada dekat rumah ini.” soal Alia. Alif yang mendengar soalan Alia
mengeluh perlahan.
“Dia..
Dia..” Gagap Alif mahu menuturkannya. Jujur dia tidak mahu melukakan hati
isterinya. Melihat Alif yang gagap, Nuralia melangkah menuju ke arah Alif
dengan lebih dekat.
Kotak
cincin yang berada di atas meja di ruang tamu dicapai. Nuralia membuka perlahan
kotak tersebut. Nuralia menghela nafas berat. Tubuhnya kembali dipusingkan
menghadap Alif.
“Awak nak
kahwin dengan dia ke? Is that what you’re trying to say?” soal Nuralia. Alif
hanya menundukkan kepala. Amri yang sedang duduk dipandang.
“Saya tanya
ni. Saya tak suruh awak diam pun.” Soal Nuralia kembali. Alif mengangkat
kepalanya. Alif tidak menjawab apa-apa. Nuralia hanya mengangguk perlahan.
“Wow!
Great. Teruskan. Saya harap awak bahagia.” Usai menuturkannya Nuralia melangkah
menuju ke biliknya. Air mata yang mula mengalir diseka perlahan. Masuk sahaja
ke biliknya luggage kecil dikeluarkan.
Baju yang berada di dalam almari
dikeluarkan dan di masukkan ke dalam luggage. Selesai memasukkan baju Nuralia
keluar dari bilik itu. Air mata yang masih mengalir diseka. Sebelum melangkah
turun, Nuralia sempat menarik nafas untuk menenangkan dirinya.
“Saya harap
awak bahagia dengan pilihan awak.” Ujar Nuralia. Kakinya melangkah keluar dari
rumah itu.
Saat kakinya melangkah keluar dari pintu, airmatanya jatuh
bercucuran.
‘I hate you, Alif.’
##########
Mujur
sahaja sekarang dia sedang semester break, jadi tak perlulah dia ponteng kelas.
Sudah seminggu dia keluar dari rumah itu. Rasanya Alif dah kahwin. Kepalanya
digelengkan. Handphone yang berada di dalam beg dikeluarkan. Seminggu jugak dia
mematikan telefonnya. Punat ‘on’ ditekan.
Sebaik
sahaja handphonenya dibuka, senarai missed call dan mesej masuk. Nuralia
mengeluh perlahan. Sepuluh missed call dan dua belas mesej. Semuanya dari Alif.
+Awak dah salah faham Alia.
+Sayang please where are you? I’m worried.
Balik please.
Airmatanya
kembali mengalir. Kenapa awak nak risaukan saya lagi sedangkan awak dah
sayangkan orang lain?
Handphone
yang berada didalam tangannya kembali dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
Nuralia bangun dari duduknya.Hotel yang tidak jauh dari pantai itu dituju.
Usai solat
Maghrib Nuralia menyiapkan diri untuk turun ke cafe di hotel untuk makan malam.
Kakinya melangkah longlai. Otaknya kembali terfikir tentang mesej-mesej yang
diterima petang tadi.
Setelah
memilih menu makan Nuralia melabuhkan duduk di meja. Matanya difokuskan kepada
pinggan yang berada di hadapannya namun fikirannya masih menerawang kepada
Alif.
“Saya
tujukan lagu ini khas untuk isteri saya Nuralia Az-Zahra. I’m sorry for hurting you. I
love you.”
Nuralia
yang sedang mengelamun tersentak. Nama aku kan? Matanya difokuskan kepada susuk
tubuh yang berada di atas pentas. Dia kenal lelaki itu. Alif Rizqi! Matanya
mula terasa panas. Lagu yang dinyanyikan oleh Alif itu lagu favouritenya, Ku Ingin Kamu.
Selesai
Alif menyanyikan lagu, kakinya melangkah menuju ke arah Nuralia yang masih
memandangnya. Nuralia yang tersedar Alif sedang menuju kepadanya bingkas bangun
untuk berlalu. Tangannya dipegang erat.
“I need to
tell you something. Come.” Alif menarik perlahan tangan Nuralia. Nuralia hanya
mampu mengikut Alif. Angin pantai memang mampu menenangkan Nuralia.
“Abang tak
kahwin pun. It is part of my plan.
Plan nak buatkan sayang mengaku yang sayang cintakan abang.” Nuralia pantas
memandang Alif yang berada di sebelah.
“What?”
jerit Nuralia. Alif tersenyum.
“Plan sayang. Alia susah sangat nak mengaku
sayangkan abang. So kena la paksa. Ingat waktu abang bawa balik Amri dengan
tunang dia tu sayang nak mengaku. Tak jugak. Siap bawak beg keluar rumah lagi.
Nasib abang boleh locate. Tapi I know I’ve made the biggest mistake kan? Buat
Alia macam tu. Itu pun sebab ini.” Terang Alif sambil menunjukkan buku berwarna
coklat kepada Alia.
“My diary.
Apa yang abang buat?” soal Nuralia. Tangannya mula mencapai diari yang berada
di tangan Alif. Alif tersenyum.
“Abang tau
apa yang Alia rasa lepas abang baca diari ini. Susah sangat ke nak mengaku yang
Alia sayangkan abang? Hmm.” Soal Alif. Nuralia yang sedang tunduk dipandang.
Nuralia mengangkat kepalanya lalu memandang Alif.
“Alia segan
and malu.” Balas Nuralia. Alif yang mendengar pengakuan Nuralia ketawa
perlahan.
“Bukan malu.
Ego kan?” Nuralia menggeleng.
Nuralia
melangkah satu tapak ke arah Alif. Tangannya memeluk erat leher Alif. Alif
terkedu dengan tindakan Nuralia yang tiba-tiba.
“I love you.
I miss you very much. Kenapa lambat sangat nak cari Alia?” bisik Nuralia lembut
di telinga Alif. Alif tersenyum.
“Dah lama
abang nak dengar Alia cakap macam tu. Seriously.” Alif meleraikan pelukan. Alif
mengusap lembut pipi Nuralia.
“I miss you
too. I love you more than you know.
Jangan nak ego-ego lagi.” Nuralia mencebik. Lengan Alif ditampar
perlahan.
“Mana ada.” Sangkal
Nuralia.
Alif tersenyum. “Sebab abang cakap Alia egolah Alia
mengaku kan tadi.” Nuralia hanya membuang pandang kea rah pantai yang berada di
depan matanya. Alif menarik perlahan tangan Nuralia. Nuralia
menjadi pelik.
“Nak pergi
mana?” soal Nuralia. Alif hanya memandang isterinya.
“Honeymoon
maybe.” Ujar Alif sambil mengenyitkan matanya. Nuralia terasa panas. Oh My
Allah!
Nuralia hanya
mengikut Alif. Isteri mithali katakan. Terima kasih Ya Allah mengurniakan
kekasih ini. Yang sempurna bagiku.
~END~
p/s : aku yang rasa geli buat ayat-ayat gula macam tue. tersangatlah bukan aku.
hahahaha...sumpah best..good job,writer..5 star
ReplyDeleteApa ni klo iyer pun bt cerita buat la btul2 ni mcm kerja org tk ikhlas tulis jer...mksud sya tlg lengkapkan jln cerita ni sbb mcm bnyak yg you skip ni
ReplyDelete