Pages

Tuesday 21 May 2013

Cinta Terindah #Bab 2#

 Assalamualaikum.

We met again for this week. So selepas ditimbang tara, every chapter of this novel akan diupload every week. Okay? So, please enjoy and your comment will be great. Saya masih baru and bila ada comment even yang kritik pun I'll be happy. Thank you!


                          
                               BAB 2

               Qalish Qistina ceria diluar namun dalam hatinya tersimpan satu rasa yang tidak pernah diluahkan.Dia sendiri lelah dengan kepura-puraannya sendiri.Namun,tekad dirinya untuk melupakan orang yang membuatkan dirinya tidak mampu  menerima cinta orang lain.

                 “Qalish sampai bila kau nak ingat dia lagi.Lupakan dia.Dia bukan yang terbaik untuk kau.Dia tak layak pun untuk kau.Kau boleh dapat yang lain.Kau cantik dan pandai.Kau ada segala-galanya Isy.” soal Ain.

                “Sayang oi! Lagi aku paksa lagi susah,Ain.Aku sendiri dah tak tau macam mana nak
lupakan dia.Macam-macam aku buat untuk lupakan dia.Dia kuat kat sini la.” balas Qalish sambil jarinya menunjuk ke arah dadanya.

                 “Tak ape la Isy.Kau ambil masa kau.Kami sentiasa menyokong kau.Aku dan Ain sentiasa mendoakan kau dapat lupakan dia.” tutur Khalida.

                Mereka bertiga tersenyum. “Amin! Aku untung sangat dapat  kawan macam korang berdua.” ucap Qalish.Dia tersenyum sendiri.


                “Qaliff Izzuddin,kamu ke mana lagi ni hah?! Sampai sekarang ni baru nak balik.
Melampau betul.Mama hantar pergi luar negara  belajar,macam ni kamu jadi ye?” marah Puan Sri Aminah.

             “La Mama ni.Relax la.Hidup kena enjoy kan? Lagipun bukannya Karl nak sangat dengan perempuan tu semua.Dia orang yang nak kan Karl.” balas Qaliff selamba. Puan Sri Aminah mengeleng-gelengkan kepalanya.

            “Tapi yang kamu tu pergi melayan kenapa? Bila nak cari bakal menantu untuk Mama ni.Dari dulu perangai playboy tetap tak berubah.Papa kamu tu asyik bising je.Ada perempuan cari kamu kat office kan? Apa nak jadi ni Qaliff?”

            “Ala Mama ni.Karl kan muda lagi.Baru 26 tahun Ma.Lagipun kan Ma,Ma try siasat papa tu.Mana tau papa ada perempuan lain ke? Okay la Mama.Karl naik atas dulu ye.Nite Mama.” balas Qaliff selamba.Muka Puan sri Aminah terus berubah mendengar jawapan Qaliff.

           “Qaliff Izzuddin!!! Mama tak habis lagi ni.” Puan Sri Aminah menjerit.Namun teriakannya itu sia-sia kerana Qaliff telah selamat sampai di biliknya.

          'Fuhh! Selamat aku.Bernanah telinga aku dengar Mama berleter.' gumam Qaliff.Katil yang besar itu telah pun menjadi tempat itu Qaliff berbaring.Ingatannya kembali memikirkan gadis yang dilihatnya di restoran tadi. 'Comel betul !' desisnya.

          Qaliff tersenyum membayangkan senyuman gadis itu.Angaukah dia? Adakan dia jatuh cinta kembali setelah dikecewakan dulu. 'Siapakah dia?' hatinya tertanya-tanya sambil matanya mula terpejam rapat.



Thursday 16 May 2013

16th May | Teacher's Day.

Assalamualaikum

Semua orang tengah busy about Teacher's Day kan? Well. Firstly first, I wanna said Thank you to all the teachers yang pernah mengajar saya. Saya tahu saya anak murid yang degil and troublemaker sangat. Hehe.

Anyway, nak ucapkan Selamat Hari Guru to all the teachers yang dah mengajar saya for all this years. Start from Tadika, Sekolah Rendah Perempuan Island, Sekolah Rendah Sri Aman, SMK(P) St George and lastly Matrikulasi Perak.

Credit to: Pak Cik Google:)

Time sekolah rendah tue memang dah tak ingat nama semua tapi kalau muka tue ingat kot. Sorry sangat cikgu. Tapi, yang ni memang tak boleh lupa. Time darjah 2 ada cikgu Maths yang tersangat la garang. Kalau tak siap keja, sorry your book will end up in the fish pond. Tapi, sebagai budak yang masih innocent mestilah iolls siap keja. Hahaha

Then, time sekolah menengah Nauzubillah. Nakal habis. Tapi, disebabkan cikgu BI yang sangatlah garang dari I NO ENGLISH sampailah sekarang ni I KNOW ENGLISH. Nampak tak perubahan dia. Every teacher has a great way of teaching and I'm grateful that I've known all the great teacher. 

Sumbangan Pak Cik Google:)

Then, bila masuk KMPk memang sangatlah best. Sebab dengan semua lecturer rapat. Sebab?
Sebab asyik dorang je mengajar. Time ni lecturer sangatlah sporting and sangatlah best. Layan kita macam kawan-kawan je. Belum kira yang bertengkar waktu kelas. Macam-macam lagilah. Siap boleh bergosip bagai kan?

Last but not least, thanks to the Teacher. Kalau nak mintak mention nama sorang-sorang memang berkajang la kan? So randomly speak, thanks to the teacher that have been teaching Me, KU NUR SALSABILA. Haa! Thanks for everything and I'm sorry for everything. Harap dihalalkan segala yang diajarkan. Okay?

Thanks for all the advice yang diberikan. Saya akan ingat baik-baik and InShaaAllah the advice will help me in future. Eventhough, you are not reading this but hopefully all my Du'a to you akan dimakbulkan Allah S.W.T. Thank You Very Much:).

Thanks lagi Uncle Google:)

#The End#

Sunday 12 May 2013

Cinta Terindah #Bab 1#

This is my first novel. And, currently I am writing this. Your comment will be great. And your reading I'll apreciate it. Thank you *Bright smile*




                                                           BAB 1

               “Saya serius ni.Sampai bila-bila pun saya tak akan terima awak.Awak cari la orang lain yang lebih baik untuk awak.Saya tak layak untuk awak.” terang Qalish.
              
                “Saya tak kisah.Saya sayang awak sangat-sangat.Saya suka awak.Saya tetap tak kan
lepaskan awak walau beribu kali awak tolak”

                “Saya dah dengar banyak kali ayat macam tu.Semuanya tipu.Bila awak dapat,awak buat orang tu macam sampah.” Qalish mula bengang. 'Dah aku cakap tak nak tu tak nak la.Ishh! Karang aku maki masalah pula.' Qalish mula menyumpah dalam hati.

                “Tak ape la.Saya faham.” Lelaki itu tampak kecewa atas penolakan Qalish.Tertunduk lelaki itu kerana egonya tercalar.Meluahkan perasaan kepada seseorang yang tak mungkin menerimanya.
  
               “Akhirnya awak faham kan?.Terima kasih.Saya balik dulu.” Tanpa menunggu kata terakhir lelaki itu dia terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu merawat hati yang kecewa.

              Qalish Qistina gadis yang sentiasa ceria,manja dan sensitif namun boleh menjadi kebal seperti batu apabila bercerita soal cinta.Sebabnya tidak pernah diketahui umum.Hatinya tersimpan satu rasa yang tidak dapat diluahkan oleh siapa pun mahupun dirinya sendiri.

              “Ni mesti kes ada orang luahkan perasaan pada kau kan? Tu yang muka masam bengang aje tu.” soal Ain.Dah kenal sangat perangai dia ni.Khalida tersenyum.

              “Dah korang tahu asal tanya lagi.Sengal la.” marah Qalish.Mukanya makin masam akibat soalan yang dilontarkan.

              “Ish! Kau ni dari zaman matrik sampai sekarang dah masuk U ni pun tak ubah lagi.Asyik nak marah je.Cubalah sabar sikit.” celah Khalida.

                Qalish menarik muka masam.'Dah memang aku macam ni nak buat macam mana lagi.Bukan boleh ubah pun.' gumamnya sendiri.

                 “Kau ni sampai bila nak ingat kat dia.Dah 4 tahun dah Isy.Sampai bila lagi?” soal ain tegas.

              Qalish angkat bahu menjawab soalan mereka. 'Asyik-asyik tanya soalan tu.Cuba tanya bila aku nak grade ke.Apa aku nak buat lepas ni ke,ni tidak nak juga tanya soalan tu.' tutur Qalish rendah.

              Khalida dan Ain memandang antara satu sama lain.Dah faham sangat dengan insan bernama Qalish Qistina ni.alergi tak habis-habis.

              “Yo kawan,aku dengar ada mamat luahkan perasaan tadi betul ke??” soal Nine atau nama panjangnya Zulkarnain.

              'Datang dah mamat ni.Dasar mamat langau!' Qalish menggerakkan jari telunjuknya ke depan dan belakang menyuruh Nine mendekatkan diri.
            “Lain kali jangan bagi aku terkejut! Ingat aku suka ke?! Dah tu tak reti nak bagi salam! Dah lama hidup ke?!!” jerit Qalish sambil memegang telinga Nine.Satu kafe memandangnya akibat suaranya yang kuat tu.

             Khalida dan Ain ketawa.Amik kau! Rasakan penangannya.Nine menunjukkan muka bengang sambil menggosok telinganya yang hampir tercabut akibat teriakan high volume Qalish.

             “Kau ni Isy.Pekak telinga aku tau tak? Kot iye pun jangan la buat macam tu.” balas Nine dengan muka seposennya yang bajet hensem tu.

               “Ada aku kisah ke?!” Qalish menjerit untuk kali kedua. 'Sabar aje la dengan minah ni.Kawan aku juga.' gumam Nine.

             “Eh,tapi betul ke ada orang luahkan perasaan kat kau.Aku tanya bukan nak jawab kan?” tanya Nine kembali.

            “Entah la.Nak kata ada macam tak ada,nak kata tak ada macam ada.Macam mana ya?” balas Qalish selamba. Khalida dan Ain menepuk dahi masing-masing. 'Terbaik la Qalish'.

            “Kau boleh tak jangan nak bodohkan kau dengan jawapan macam tu.Jangan nak buat aku bengang pula kan?” 'Muka dah makin ketat tu.Nak mengamuk la tu.Rasakan.menyibuk macam mak nenek pula.' desis Qalish.

            Qalish menggaru-garu kepalanya yang sememangnya tidak gatal. “Eh,yeke? Aku rasa macam tu jawapan paling bijak pernah aku jawab.Sebab aku dah buat kau bengang dan rasa nak meletup je kan? Okay la,aku nak balik dulu ni.Bye!” ucap Qalish sambil berlalu pergi bersama Khalida dan Ain.

             “Kurang asam punya budak.Ni memang menguji ni.” tutur Nine sambil menunjukkan muka bengang tahap terlampau.

             




















Saturday 11 May 2013

The Memories #Special Edition#

Kenapa aku cakap Special Edition? Sebab ni khas untuk Affiq yang entah hilang mana, Wawa, Alia, Zulfaris, Fahmi and Afnan.

Yang ni pun aku rindu sangat walaupun ada yang aku tak rapat mana. Tapi, aku tetap sayang korang macam mana aku sayang yang lain:) . No worries.

Sedar tak kelas kita paling ramai?

Firstly first, aku teringat waktu Fahmi first time masuk dalam kelas. Lawak jugak. Sebab dengan dia cakap kelantan tue. Memang terbaik laa kan. Susah jugak nak faham. Waktu tue kelas BI. Susah je aku tengok dia kenalkan diri kat depan tue. Maaflah eh Fahmi kalau aku tak berapa rapat sangat dengan kau:) . Ampunkan ye. 

Then, Zulfaris masuk waktu Sem 2. Kerek jugak mamat ni. Tukang lawak jugak dalam kelas. Tetiba dengar dah ada skandal dalam kelas. Ehem! Ehem. Sendiri tau la kan. Matchmaker tak bertauliah sape? Gila gila jugak. Thanks Zulfaris sebab masuk kelas and ceriakan kelas. 

Then, Afnan! Aku ingat lagi orang selalu usik dia dengan Alisya. Motif? Kesian si Ajumma tue tak pasal-pasal kena gosip. Hahahaha. Yang ni pun aku tak berapa rapat. Biasa-biasa je. Waktu kau ada pun happening je kelas. Aku salute dengan Afnan waktu kelas Biology. Kau memang terer Bio. Jeles aku tau! 

Masuk pulak pasal si Affiq. Setiap kali aku tengok Lisa Surihani mesti aku teringat kau. Sebab kau memang obses dengan Lisa tue kan. Aku ingat lagi kau selalu buat drama dalam kelas. Paling aku ingat waktu kelas Math yang muka masam aku tanya kenapa. Alasan Affiq? Aku sedih Lisa Surihani curang dengan aku. Muka yakin je. Mungkin kau tak ingat, tapi aku ingat. 
Aku rapat jugak dengan Affiq. Sebab kitaorang selalu gaduh dalam kelas Dinamika. Mr Lawyer yang banyak idea nak lawan aku. Satu-satunya orang yang aku tak boleh lawan. Si Affiq laa. Dah tue hot stuff mamat ni. Untunglah kan?

Girls Power!

Cerita pasal Alia! Hmphh. Jujur aku cakap, dulu aku agak menyampah dengan dia. Poyo sangat minah ni. Tapi, dah lama-lama tue jadi rapat. And, aku sangat suka kawan dengan kau Alia. Kau sangat honest. Aku suka! Tapi, bila nak rapat je kau dah fly pergi Mesir. Takpe, kita still boleh rapat lagi. Aku ingat lagi kau nangis beria waktu last day kau kat matrik. 
Time aku peluk kau, kau asyik cakap sedih sebab kita baru nak rapat kau dah nak pergi. Aku pun rasa benda yang sama. Aku pun tak tau bila and macam mana kita boleh rapat? Kau ingat tak? Tapi, yang aku ingat pasal kau, kau suka betul gaduh dengan Sir Mie tue hah. Time kelas fizik, heboh kau! Apa-apapun, aku rindu sangat dengan kau si kecik! Jadi doktor yang terbaik pernah aku jumpa, alright?

Then, si Wawa aka JPP ni. Ya Allah! Macam-macam laa budak ni. Aku rindu nak tengok kau kelam kabut bagai. Aku rindu nak cerita pasal novel yang aku baca. Aku rindu sangat nak tengok kau pening buat tutor tapi still siap. Aku pun tak paham macam mana. Kau dahla yang paling bongsu dah tue memang macam budak-budak. Asyik kena bagi nasihat je. 
Dah elok rapat bagai, kau nak fly pulak pergi Mesir tue. Aku mampu doakan je. Waktu last day kau aku sangat sedih sebab lepas ni takde dah yang nak kelam-kabut dalam kelas. Sampai aku hantar kau pun, macam tak percaya kau nak pergi dah. Hmphhh. Jadi doktor yang terbaik pernah aku jumpa okay? Aku sentiasa rindu kau:)

Aduhai. Sedih la ingat kat budak-budak ni. Nanti bila kita buat reunion korang wajib datang okay? 
Apa-apa pun aku rindu gila tahap gaban petala kelapan dekat korang. Ha! Dasyat tak hiperbola aku?

Frienship is Great!

Apa-apa pun aku SAYANG KORANG and RINDU GILA dengan korang. Aku rindu gelak tawa, celoteh and usikan korang. Hope kita boleh berjumpa balik okay? In Shaa Allah. Aku doakan korang and jangan lupakan doakan aku jugak.

My Beloved Sisters!

My sisters!

Sorang lagi tak cukup

Hmmphh. Rindu sangat dengan diaorang ni. *Abaikan gambar*. Si Along yang tak macam Along Ain Fatehah tue, Siti NorKhalida and Aini Fazlin

Ingat tak waktu kita mula jumpa. Cuak kan? Masing-masing diam. Tapi, aku dengan Ain je dah rapat sebab cerita pasal novel. Dengan Ida lambat sikit. Tapi dengan Aini lagi lambat.

Tapi, bila masing-masing dah kenal hamekk kau. Rapat nak mampus! Kan?

Benda yang aku ingat ada la dua orang tue penakut nak pegi toilet. Kes tue kita ingat dah lah.
Yang Aini pulak akan stay up sampai pagi dengan aku bergosip sambil layan Hot FM. Ingat tak?

Aku happy sangat sebab dapat kenal dengan korang. Yelah! Korang laa yang jaga aku waktu aku sakit, yang pujuk aku bila aku nangis and tolong aku waktu susah.

Korang laa Kakak and Kawan yang terbaik pernah aku kenal. Bukan sorang je. Tapi tiga-tiga pun sama.

 Maaf gambar tak cantik:(

Sorry for the low quality gambar. Sebabnya nak lindung my picture tue. Maaf ye.

Aku ingat lagi saat korang bagi support dekat aku untuk pakai tudung. Thanks sebab untuk apa yang jadi atau ada orang cakap pasal aku, korang percaya dekat aku. Aku kuat sebab aku tahu akan ada tiga orang yang akan sokong and doakan aku. Kan?

Aku takkan lupa setahun kita dekat bilik T1.15. Ingat tak? 

Ingat tak time bulan masa, ada yang kita bawak balik makanan banyak tapi air takde. Nasib la si Along aka Ain Fatehah bawak. 

Ingat tak Ida yang akan berjiwang. Time tue dia sangat suka dengar lagu Bila Cinta Didusta. Mula-mula memang stress tapi lepas tue siap bluetooth lagu lagi. Then, satu bilik minat lagu jiwang.

Ingat tak muka excited Ida bila tengok citer hindustan. Bahagia memanjang:) . Aku ingat jugak si Ain yang akan gelabah je kalau orang usik dia. Dah tue terlebih innocent. Orang tipu pun dia percaya. 

Si Budak Kecik aka Aini pulak tak habis-habis dengan Mr A dia. Hari-hari ada citer pasal tue. Plus dengan Mr J dia. Siap buat skandal kan? 

Teringat time mula-mula aku emo dalam bilik sampai si budak kecik panggil 'Kakak Garang'. Tak bertauliah betul. 

Ingat tak setiap hari sabtu dengan ahad kita akan lunch dekat kafe C. Kalau dinner pulak kadang tapau takpun makan sizzling dekat kafe B.

Ingat tak macam mana sedihnya kita waktu last day nak berpisah? 

Loving sisters!

Walaupun aku sakit teruk time Sem 2 tue tapi korang still jaga aku. Sungguh aku terharu! Time tue pulak la kita tak dapat nak habiskan masa sekali. Tapi, korang still doakan aku. Korang still sayang aku. Sebab tue aku sayang korang DOUBLE TRIPLE WITH NO DOUBT!!

Aku takkan lupa macam mana korang pujuk aku, bagi nasihat and macam-macam lagilah waktu Sem 1. Ingat kan? 

Ingat tak, kita pergi mana-mana pun sekali. Siap keluar toilet sekali. Aku takkan lupa jasa baik si Aini yang tiap-tiap pagi akan kejut bangun solat subuh, Ida yang akan ambil air panas untuk breakfast, Ain yang dengan kerenah dia cari barang and aku yang COOL. Amacam?

Ingat tak kita akan tukar tutor and lab report. Si Aini tue pandang je sebab takde orang yang dia boleh buat macam tue. Ingat tak time exam masing-masing doakan antara satu sama lain.

Sweet tak?

Ingat tak setiap malam kita akan baca Al-Quran? Bilik tue sejuk je. Kalau la boleh balik time tue memang best. 

Ingat tak dinner kita berjam-jam. Motif? Sebab masing-masing bercerita hal yang jadi waktu kelas suma. Bila dah azan Isyak baru la pakat bangun. Tapi, lepas tue sambung balik. Kan?

Ingat tak bila time study akan ada kita bukak lagu kuat-kuat pastu karaoke ramai-ramai. Pastu keluar la cerita pasal tok ketua and tok mudim bagai angkara Ain:). Merapu meraban dah tengah malam, kerja baru sikit je buat. 

Aku ingat semua benda ni sebab aku tau tu je cara aku nak lepaskan rindu aku dekat korang. Aku harap kita akan berjumpa balik:) . In Shaa Allah. Kita berdoa , Allah tolong. Sekarang ni pun aku rindu sangat dengan korang. 

RINDU YANG TERAMAT SANGAT!!

Aku takkan lupakan korang and aku harap korang pun takkan lupakan aku:). Okay? Ingat okay, Aku Sentiasa Sayang And Rindu Korang.

'Losing never comes easy. First off, preserve the memories'

Untuk korang!


Friday 10 May 2013

The Memories #Part 2#

Here comes for Part 2 about my awesome Family and Friends.

Memang semua sengal !

Waktu tangkap gambar ni pun aku dah sebak and sedih sangat. Sebab aku tahu lepas ni takde dah nak bergila macam ni. Tak dapat tengok dah budak lelaki yang bajet hensem depan kamera saat kamera menghala arah dorang.

Tak dapat jugak nak dengar budak perempuan yang comel-comel *Girls Power!* cakap 'aku malu la' tapi still posing baik punya :) . Kan kan kan?

Tengok! Sempat posing.

Mungkin korang tak ingat, tapi mula-mula korang semangat jea bersembang. Bila kamera hala dekat korang jea, terus posing beria! Sumpah lawak.

Love Love Love 

Perempuan lagi ramai tapi still tak boleh nak lawan budak lelaki yang banyak je idea nak kenakan orang and nak melawan kitaorang yang ramai ni. Mula-mula jea semua malu nak tangkap gambar kan? Tapi lepas tue terkejut Iolls korang posing tak ingat dunia dah. :)

Jejaka kacak Idaman Malaya. *Yeke?*

Okay, I thought nak buat setiap sorang tapi nanti ada yang menyampah macam mana kan? So, randomly talk la ye.

Budak lelaki dari dulu rapat. Yelah kan brotherhood of men ni susah sikit nak jangka. Diaorang dengan sape-sape pun boleh masuk. Tapi, for me yang mula-mula aku rapat pun dengan budak kelas aku jea laa kalau yang lelaki ni. 

Tapi, bila masuk Sem 2 and bila kita buat aktiviti together-gether dah jadi rapat. Mula-mula je lain macam tapi dah lama tue korang laa abang-abang aku kat sana. Korang tua dari aku so aku anggap korang abang. Kan? 

Bila dah rapat tue, nak mengusik pun tak kisah dah. Main aci redah. Siap berkomplot bagai kan?
Sumpah aku rindu perangai korang yang gila-gila tue. Yang mengusik orang 24 hours kan? Tak penat ke. Lepas ni mesti takde dah classmate and abang yang gila macam ni. I MISS YOU GUYS!

Comel-comel kan? *Blink blink*

Yang perempuan pulak kalau cerita memang tak habis la sampai tahun depan sebab banyak sangat.
Aku happy dapat moms, sisters and friends yang superb macam ni. Yang duduk dekat dengan aku dalam LH, lepas ni takde dah kongsi makanan. Bergosip semua. Takde jugak lepas ni dalam LH berbisik-bisik nak tanya 'lab report kau buat macam mana, tutor dah siap belum and kita ada keja apa' . Betul tak? Tapi, makanan tetap tak tinggal. 

Yang aku tak sempat nak rapat tue, maaflah. Kita boleh rapat jugak. Bezanya dulu dekat and senang jumpa sekarang dah jauh:( . Sobs sobs.

Pastu, nak minta maaf jugak yang aku selalu buli tue atau terkasar bahasa. Bila aku selesa dengan orang aku memang macam tue. Cuba nak rapatkan lagi. So, timbul la idea nak buli semua. Tapi yang baik-baik macam Paien, Ecah, Yaya and Athirah tue aku buli jugak tapi tak over laa . Sebab dorang baik sangat. Ewah ewah! 

Maaflah sape yang aku tak sempat jumpa hari tue. Tapi, sebenarnya aku takut nak jumpa sebab takut takde baldi yang nak tadah air mata aku ni. Sedihnya. 

Time menulis ni pun, satu satu kenangan dari first kita buat ice breaking kenalkan nama sampai laa saat kita minta maaf antara satu sama lain dalam bilik tutor muncul balik. Aku rindukan benda tue. InShaaAllah aku akan ingat semua ni. Foineee! Air mata dah mula bertakung. 

Aku harap waktu korang baca ni, ingat yang happy happy jea. Yang sedih marah dekat orang tue tinggalkan. Okay?

AKU SAYANG KORANG KETAT-KETAT !! 







The Memories #Part 1#

Sometimes I wish I can turn back the time.

My awesome classmate 


Teringat waktu kita semua gelak gila-gila sebab si Syafiq aka Tony dengan Hasnah buat lawak dalam kelas. I miss all that!

I miss all the moments when we are together. Dulu kita ada jurang between budak kelas A and B. Tapi, dah lama-lama benda tue terus hilang. We as ONE!

Kawan gila-gila

Dengan diaorang ni laa, selalu makan time ada gap waktu kelas. Asal ada gap jea, mula laa tarik tangan antara satu sama lain nak pegi kafe Pak Wan tue. 

Time tue jugak nampak budak laki yang hot and hensem semua tengah buat lab report yang tak siap. Ada yang buat jotter. Tapi makanan still ada.

Budak lelaki KS1T1 yang hot belaka.*Ehem Ehem*

Rindu jugak budak-budak perempuan yang cantik-cantik tue. Kalau time bergosip, semua semangat. Tapi, korang happening sangat! Aku boleh kongsi macam-macam dengan korang. Siap ada yang kena buli dengan aku lagi.

Girls Power!

Aku rindu korang sibuk tanya 'Tutor sape dah siap? Nak pinjam'. Aku rindu dengar korang gelak sebab ada orang yang buat kelakar. Aku rindu korang yang menggelabah tiap kali kena present siap keluar ayat merapu bagai.

Aku rindu nak dengar korang usik-usik lecturer. Aku rindu nak dengar korang asyik nak balik awal sebab lapar la mengantuk la. Rindu sangat-sangat!

2 tahun sangat panjang. 24/7 nampak muka korang, dengar suara korang and now bila semua tue hilang macam tue jea sangat sedih! 

We are Family kan? Simpan kenangan tue baik-baik okay? 

#Part 1 Ends!#