Pages

Monday 24 June 2013

Cinta Terindah #Bab 4 & 5#

Assalamualaikum :) 

After 3 days baru I jenguk blog, twitter and facebok. Bukan sebab busy, kerja or apa. Tapi sebab MALAS! Sangatlah malas nak on lappy. Nak buka all those thing pun malas sangat. Jenguk pun sebab nak tengok friends yang hantar msg or apa at laman tue. Kalau tak, memang malas nak buka. Nampak tak tahap kemalasan yang melampau ni? Hehehe. Anyway, update blog ni sebab nak letak chapter 4 of my novel :D. Do read it oke? Comment also please!! Ah'haa. 



                                  Bab 4

           “Isy,asal kau cakap kau tak nak pergi majlis tu.Tak best la kalau macam ni.Kata satu kelas kan? Jom la pergi dengan kita orang.Lagipun bukannya lama.Boleh la ye?” pujuk Ain.Hari tu dia yang beria-ia nak pergi,ni alih-alih tak nak pula.Pelik la minah ni!

          “Ala Ain,kalau aku tak pergi pun bukan jadi masalah kan? Aku bukannya princess of the night yang kena ikut kau aje kan? Kau aje la pergi.Ajak Ida sekali okay? Aku malas la.” balas Qalish memujuk.
  
          “Aku tak kira.Kalau kau tak nak pergi jangan harap aku nak cakap dengan kau lagi.Ikut suka kau la.Aku tak nak pujuk dah.” Ain yang bengang dengan sikap qalish mengambil keputusan berlalu dari situ.
 
          'Ni yang aku lemah ni kalau dah mengugut macam ni.' gumam Qalish. Handphone yang diletakkan di dalam poket seluarnya dikeluarkan lalu menghantar SMS kepada Ain.

         -Wey.yela aku ikut kau pegi.Jgn ar nak boikot aku lagi ke ignore aku lagi.Okay?
         +Orite.Cam ni la kwn aku.Ni yg wt aku syg kau lebih ni.

       'Banyak la kau punya sayang.Tak ikhlas betul minah ni.Ada main ugut-ugut pula dengan aku.' tutur Qalish perlahan.

       


        “Korang pasti ke ni tempat majlis tu?” tanya Qalish. 'Nampak lain sangat la pula.' gumam Qalish.

        “Aku pasti la.Lagipun kan ada tulis dekat kad ni ballroom nombor berapa.Betul la tu.” balas Ain.Khalida di sisi mengangguk setuju.Tiba-tiba Qalish menyelongkar beg tangannya mencari sesuatu.Habis seluruh isi begnya dikeluarkan.Qalish menepuk dahi.

        'Baru aku ingat.' “Korang pergi la dulu.Aku tertinggal handphone kat dalam kereta la.Nanti aku call taw tanya korang ada kat mana.Jangan tengok makanan dah tak ingat aku pula.Bukan boleh percaya sangat korang ni.” beritahu Qalish.

       “Kureng asam punya budak.Kabun betul! Pergi la cepat.Kita orang tunggu.” balas Khalida tanda geram.Qalish yang mendengar tersenyum simpul.Pantas kakinya menuju ke kereta di tempat parkir.

     'Macam mana la aku boleh tertinggal handphone pula.Bukan aku dah letak dalam beg ke? Ishh! Musykil betul aku la.Tak kan ada orang keluarkan balik kot.Tak patut betul.Umur baru 23 dah ada penyakit lupa.Apa nak jadi? Tu la,dulu mak suruh makan sayur dengan ikan tak nak.Nak juga makan ayam tu.Kan dah lupa.' bebel Qalish sementara kaki melangkah ke tempat parkir.

      “Aduh!!! Buta ke?!!” marah Qalisya.Suka hati je langgar aku.

      “Apasal aku pula?? Kau tu yang buta.” bentak Qaliff.

      Mereka saling memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
                                            

                             BAB 5

        'Tak pernah lagi aku jumpa mamat macam tu.Berlagak.Perasan hensem.Dia ingat dia bagus sangat ke? Tolong la.Aku tak teringin langsung.' bentak Qalish.

        'Mulut perempuan tu macam longkang. Tapi tak ape,aku tak kan biar kau hidup senang.Kita tengok siapa yang tersungkur nanti.Bukan nama Qaliff Izzuddin kalau tak ada yang jatuh cinta dengan aku.' gumam Qaliff.Dia bertemu jua dengan gadis itu namun bukan dalam pertemuan yang indah.

       “Kau kenapa pula ni Isy.Tadi elok je aku tengok kau.Ni dah muka masam balik.Macam    kerang busuk je aku tengok muka kau tau tak?” soal Khalida.Ain di sebelah tergelak.

       “Tadi tu aku jumpa dengan mamat sewel tau tak? Muka boleh tahan tapi perangai macam  apa je.Menyampah aku.Kenapa la aku kena jumpa dengan dia.Memang tak puas hati la.” balas  Qalish.Tangannya digosok berulang kali untuk melupakan kejadian tadi.

       Ain dengan Khalida berpandangan. “First time aku tengok dia bengang dengan lelaki sampai macam ni.Sebelum ni kalau ada lelaki kacau atau cari pasal dengan dia rilek aje aku tengok.hari ni lain je.” tutur Khalida perlahan.

      “Betul tu.aku setuju.Sebelum ni tak ada pula macam ni.Apa yang dia tergugat sangat dengan mamat tu.Dia ni pun ego juga.” balas Ain juga perlahan.

      “Korang ni tengah bisik pasal apa? Mengutuk aku ke? Suka jiwa je kan??” soal Qalish setelah dia perasan akan tingkah laku Ain dan Khalida yang seolah-olah sedang berbisik.

       “Mana ada kita orang mengutuk.Kita orang tak cakap apa pun.Tuduh kita orang suka hati  je kan?” balas Ain dan Khalida serentak.Padahal mereka pun terkejut akibat sergahan tanpa diduga Qalish.Qalish memandang mereka berdua sambil memikir apa yang diperkatakan.Dia mengangguk setelah hatinya boleh menerima penjelasan mereka berdua.

        “Isy,apa kata kau cerita apa yang terjadi tadi?” Ain terus bertanya soalan yang bermain di benak fikirannya.

        “Tak apa.Kita makan dan enjoy dulu.Lepas ni aku beritahu okay.Kat rumah nanti.” balas Qalish.Tak mungkin dia tidak menceritakan apa yang terjadi kepada sahabatnya yang dua orang itu.Sejak zaman matrik lagi dia lebih selesa berkongsi apa jua masalah dengan mereka.

        Ain dan Khalida mengangguk tanda setuju.Mereka terus menghiburkan diri mereka.

        

        “Qaliff Izzuddin,ke mana kamu tadi? Lambat betul kamu sampai.Papa tengah tunggu tu.” tanya Puan Sri Aminah kepada Qaliff setelah melihat kelibatnya.

         “Sorry Mama.Karl terlambat.Traffic jam Ma.Kali ni betul.Karl tak tipu.Lepas tu Karl terjumpa pula minah sewel kat tempat parkir.”

                          

        “Ye la.Apa-apa pun pergi jumpa dengan Papa dulu sebelum dia lagi marah.” Mendengarkan arahan Mamanya,kakinya pantas menuju ke bahagian hadapan ruang ballroom itu untuk berjumpa  Papanya yang asyik bersembang bersama klien.Dari jauh lagi,dia dapat melihat pandangan tajam    Papanya.

        “I'm really sorry Pa.Traffic jam tadi.Karl tak boleh nak buat apa-apa pun.” beritahu Qaliff sebaik sahaja dia berdiri sebelah Papanya.

         “We talk about this later. Now,ikut Papa.Papa nak buat pengumuman.” balas Papanya sambil berjalan menuju ke pentas bersama Qaliff di belakangnya.Qaliff terasa berdebar-debar menantikan reaksi para tetamu.

           “Assalamualaikum and good evening everyone! Minta perhatian.Saya ingin mengumumkan sesuatu.Saya Tan Sri Idris selaku Pengerusi AI Sdn Bhd dengan ini melantik anak tunggal saya
Qaliff Izzuddin sebagai CEO AI Sdn Bhd.Keputusan ini telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah.”. Setelah menghabiskan ucapannya,Tan Sri Idris menyerahkan mikrofon kepada Qaliff untuk berucap.Para wartawan yang melihat sibuk mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan berita esok hari.

          “Assalamualaikum. Saya tidak menyangka papa saya akan melantik saya dengan secepat ini. Saya sebagai  CEO AI Sdn Bhd dengan ini berharap kita boleh bekerja dengan lebih keras  untuk mengembangkan lagi  syarikat ini. Saya juga berharap anda semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya kerana saya masih lagi belajar. Sekian terima kasih.” Qaliff tersenyum di hadapan semua wartawan. 'Lepas ni senang nak dapat awek baru. Lelaki idaman katakan'. Semua tetamu  bertepuk tangan atas ucapan Qaliff kerana mereka yakin akan kredibilitinya.

          Sewaktu Qaliff terpandang sedang menuju ke lif untuk ke lobi setelah jamuan yang diadakan untuknya telah tamat dia terpandang Qalish. 'Alright.The mission start now.' Qaliff senyum sinis lantas melangkah ke arah Qalish yang leka berborak bersama Ain dan Khalida.

         “Hey,aku nak kau minta maaf. Langgar aku tapi tak tahu nak minta maaf. Perempuan jenis apa hah???” bentak Qaliff. Khalida dan Ain terkaku melihat Qaliff yang muncul secara tiba-tiba. Qalish mengejek Qaliff. 'Suka hati je nak memarah aku.Okay! Kau belum kenal siapa aku.Memang cari nahas!!.'

         “Woi! Dah la salam tak bagi dah tu datang nak tegur aku pula. Kau ingat kau siapa? Lagi satu kenapa pula aku yang kena minta maaf dengan kau padahal kau yang langgar dulu. Lain kali jalan tengok depan bukan tengok handphone. Kau tu yang salah nak marah pula. Entah apa-apa. Nampak sangat kau ni psiko tahu tak??” balas Qalish. Khalida dan Ain yang mendengar tersenyum.Qalish!  Qalish! Terbaik la.

         Qaliff yang mendengar tergamam. 'Memang pedas la mulut dia.' Qaliff baru ingin membuka mulut untuk bersuara namun pantas di potong oleh Qalish.

         “Aku tak ada masa nak dengar makian bodoh kau tu.Sampai bila-bila pun aku tak akan minta maaf dengan kau sebab aku tak buat salah pun.Lantak kau la nak fikir apa.Peduli apa aku.Lagi satu,jangan muncul depan aku lagi.Nak muntah tengok muka kau tahu tak??” Qalish terus  berlalu dari situ meninggalkan Qaliff yang masih termangu.Qalish menarik tangan Khalida dan Ain.
'Belum pernah lagi la aku kalah debat.Ada hati nak lawan dengan aku.' desis Qalish geram.

        Qaliff tersenyum. 'Tak pe lah.Kita jumpa cara yang salah tapi aku tetap akan dapatkan kau.Tak kira la apa cara sekalipun.' gumam Qaliff sebelum memboloskan diri ke dalam lif.

Monday 17 June 2013

Cerpen : Dia Untukku

Assalamualaikum :) 

A'haa! Lama tak mengupdate blog ni. Adalah berhabuk sikit. LALALA~~ Fine. Otak tengah tak betul sebab tadi tengok Teduhan Kasih. Eh! Motif?? Anyway, this is my first cerpen. Ni semua sebab my best friend punya request suruh buat cerpen dekat dia. Sebab saya sayang dia so saya pun buat cerpen ni. So, Nurul Ain. Sorry sebab lambat siapkan tapi dah buat tue kira cincai oke? Hehehe :D Enjoy tauuu!






   “Kamu tu baik-baik duduk rumah abang kamu tu. Tolong kakak kamu buat kerja rumah ke apa-apa jelah. Jangan nak duduk rilek je. Ingat pesan Ibu ni.” Pesan Puan Aisyah.
   
   “Ye Ibu. Jangan risaulah. Orang dah besarlah. Apalah ibu ni. Jangan rindu orang tau. Nanti lepas sebulan orang balik la ye.” Tukas Nurul Ain. Sambil itu, dia memeluk ibunya. Walaupun sudah biasa berada di asrama, namun dia tetap rindukan ibunya.
    
   “Yelah, kamu pergi baik-baik. Ingat apa yang mak pesan. Kalau ada masa, telefon Ibu. Jangan lupa pulak.” Pesan Puan Aisyah sekali lagi. Sungguh! Dia amat risaukan Nurul Ain. Anak keduanya yang tidak berperangai seperti perempuan.
   
    “Ye Ibu. Dah sepuluh kali Ibu pesan tau. Kang menanah telinga orang macam mana? Jatuh saham.” Nurul Ain tersengih. Puan Aisyah lantas memukul perlahan anaknya.
  
   “Banyaklah kamu. Saham kamu memang jatuh pun kalau kamu ni masih nak berperangai macam lelaki. Dahlah. Pergi cepat. Abang kamu dah tunggu tu.” Puan Aisyah memeluk Nurul Ain untuk kali yang terakhir. Kereta Firdaus dihadapan dituju.

    Pintu belakang pemandu dibuka. Nurul Ain meloloskan diri ke dalam kereta. Kereta Firdaus meluncur laju sambil tangannya melambai Puan Aisyah yang sudah berada jauh dibelakang. Sedih hatinya terpaksa meninggalkan Puan Aisyah.


   “Cantiknya rumah abang.” Puji Nurul Ain. Matanya memandang ke arah taman yang berada di kirinya.

    “Eh! Tengoklah siapa yang design. Along kan? Jangan nak jelous.” Nurul Ain mencebik. Lengan Firdaus ditampar perlahan.
   
   “Sakitlah Angah! Perempuanlah sikit.” Nurul Ain berjalan menuju ke arah taman. Namun, pandangannya tertumpah kepada susuk tubuh yang membelakangkannya. Lelaki? ‘Apehal Along tak cakap ada lelaki pulak kat rumah ni. Ah! Peduli apa.’
   
   Tiba-tiba, lelaki yang dipandangnya berpusing. Dia tersedar anak mata lelaki itu memandang tajam ke arahnya. Sepantas kilat juga dia berlari menuju ke Firdaus.
  
   “Along! Along! Kenapa tak bagitahu ada lelaki kat rumah ni? Siapa dia?” tercungap-cungap Nurul Ain bertanya. ‘Aduh! Semput.’  Firdaus pelik. Lelaki?
  
   “Oh! Adik ipar Alonglah. Along tak pernah cerita ke? Rasa pernah kan?” Firdaus menggaru kepalanya yang tidak gatal.
    
   “Along yang nyanyuk, kalau Along cerita takda la Angah nak terkejut mengalahkan beruk dekat Hutan Sepilok tu.” Firdaus tersengih. ‘Malu jugak budak ni rupanya.’ .
   
   “Along sengih ni kenapa? Angah ada buat lawak ke? Rasanya tak kan? Dah gila la Along ni. Pergi check la Along, bahaya tau tak.” Firdaus mengangkat kening doublejerk.
  
   “Amboi! Kutuk Along nampak. Nah! Ambil ni, masuk dalam. Along tak nak tolong.” Beg ditangan diserahkan kepada Nurul Ain.
  
   “Ceh! Tak gentlemen langsung!” Nurul Ain mencebik sambil melangkah masuk kedalam rumah. Dia turut menyalam kakak iparnya yang baru muncul di pintu menyambut kedatangannya. Lelaki yang asyik memandang Nurul Ain tanpa sedar tersenyum. ‘Comel’ detik hatinya.

   Laptop dibuka. Sementara menunggu, kakinya melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.

  “Oh! Mak cik sebelah.” Tangannya pantas menutup mulut. ‘Malunya.’

   “Sorry. Saya buat awak terkejut ke?” soal lelaki itu.

   “Sikit la. Takpe. Salah saya jugak, jalan tak pandang kiri kanan.” Nurul Ain senyum. ‘Siapa yang tak terkejut kalau dah pandang je kiri nampak orang dengan baju putih. Padahal waktu dia masuk tak perasan pulak.’ Desisnya.

   “Yeke sikit? Nampak banyak je. Sampai mak cik sebelah awak sebut.” Lelaki itu hanya memandang Nurul Ain. ‘Apesal hati aku lain macam je.’

   “Tu la. Tadi kan baru habis kenal dengan mak cik sebelah tu yang sebut habis tu.” 
‘Mamat ni apehal pulak la asyik pandang aku. Tahu la comel. Perasan sebentar.’ Nurul Ain tersenyum.

   “Kita tak kenal lagi kan? Nama awak?” lelaki itu bertanya. Nurul Ain yang sedang mengambil ais di dalam peti ais terhenti. Pandangannya ditalakan ke arah lelaki itu.

   “Nurul Ain. Panggil je Ain. Awak?” Tangannya kembali ligat memecahkan ketulan ais menjadi ketulan kecil. Memudahkannya.

   “Arash Arizul. Just call me Jijoe.” Segala perbuatannya terhenti. Jijoe? ‘Takde nama baik sikit ke?’

   “Okay. Kalau macam tu Jijoe, saya naik dulu. Selamat malam.” Tangannya mengambil jug kecil sambil memasukkkan baki-baki ais ke dalamnya.

   “Selamat malam. By the way, tak elok makan ais malam-malam.” Pesan Jijoe sebelum dia berlalu pergi. Nurul Ain terkedu. ‘Mana dia tau aku makan ais ni.’

    Laptop diatas meja ditinggalkan sepi. Nurul Ain berjalan mundar-mandir didalam bilik.
‘Ish, boleh gila aku kalau tiap-tiap hari jumpa mamat tu.’ Laptop diatas meja dipandang.

   “Daripada aku layan perasaan aku ni, baik aku layan running man. Boleh gelak.” Nurul Ain pantas melangkah ke arah meja study yang terletak dihadapan katil.

  “Angah!!”

 “Opocot Mak kau! Aku tumbuk kang.” Firdaus ketawa.

“Ape Along ni? Terkejut Angah. Tak suka la macam ni.” Firdaus melabuhkan duduk di atas katil.

“Kau kenapa Angah? Along tengok dari tadi tak senang duduk je. Boyfriend lama datang balik ke?”

“Ish! Mana ada. Orang takde boyfriend okay. Single mingle. Along apa tau?” Nurul Ain mencebik perlahan. Laptop dihidupkan semula. Folder running man dibuka.

“Ke Angah jatuh cinta ni? Cepat kasi tau.” Nurul Ain ketawa. Firdaus yang memandang dia pelik.

   “Angah jatuh cinta?! Along gila ke? Ibu punyalah risau takut Angah ni tak dapat kahwin, Along cakap macam tu.”

   “Suka hati cakap Along gila. Dah tidur. Running Man tu besok je layan.” Kepala Nurul Ain diketuk perlahan. Nurul Ain mengaduh.

   “Nak keluar tue keluar aje la. Tak payah nak ketuk kepala orang segala bagai. Sengal la Along ni.” Nurul Ain mengomel.

   “Ewah! Ewah! Tidur la Angah. Along report dekat Ibu nanti. Sakit karang kesian Ibu risau.”
Nurul Ain hanya mengangguk. Headphone dipakai. Tangannya melambai-lambai Firdaus yang mula melangkah keluar dari biliknya.

  Firdaus menggeleng perlahan. “Ish budak ni! Orang nasihat dia boleh buat derk.” Langkah kakinya diatur keluar dari bilik yang menempatkan adiknya itu.

‘Jatuh cinta? Tak mungkin!’ Pandangannya terus menikam skrin laptop dihadapan.


    “Jijoe, kerja pukul berapa? Dah lewat je.”Arash Arizul yang sedang menyenduk nasi goring terhenti. Firdaus hanya memandang.
  
   “Tak kerja. Cuti.” Firdaus mengangguk tanda faham.

    “Angah! Morning!” Nurul Ain yang berjalan menghampiri meja tersenyum.

    “Assalamualaikum.” Nurul Ain tertawa. Firdaus memandangnya dengan pandangan mencerlung yang dibuat-buat.

    “Perli nampak.” Nurul Ain mengangkat bahu tanda tidak bersalah. Pandangannya jatuh ke mamat yang bernama Jijoe. Senyum cuba diukirkan.

   Nurul Ain tersentak. ‘Mana aku nak duduk ni?’ detik hatinya. Meja bulat yang menempatkan 5 buah kerusi itu sudah diduduki. Firdaus dan isterinya, seorang anak saudaranya dan Jijoe !

   “Angah, yang kau berdiri jadi patung lilin tu kenapa? Duduk aje la sebelah Jijoe tu.”

   ‘Oh My God! Sebelah dia….? Sabarlah hati…’ Nurul Ain hanya mampu tersenyum. Jijoe disebelah dikerling.

   ‘Wait! Dia pandang aku?’ Hatinya mula menyanyikan lagu Jatuh nyanyian Adam.

    “Angah, sikit je makan? Diet ke?” Firdaus tersengih. Dia tahu kalau namanya Nurul Ain takde istilah makan sepinggan.

    “Kenapa kalau Ain diet?” Firdaus menghamburkan tawanya. Nurul Ain memandang tajam. Firdaus mula ketawa perlahan.

    “Nurul Ain? Yang nak diet tu Nurul Ain? Fulamak…” Nurul Ain mencebik.

    “Diamlah Along. Depan rezeki bercakap. Tu! Dah berapa ribu syaitan masuk dalam mulut.”
Firdaus kembali menghamburkan tawa. ‘Angah.. Angah..’

    “Thanks kak. Jijoe masuk bilik dulu. Ada kerja sikit. Nak minta tolong apa-apa call la.”

Nurul Ain mengeluh perlahan. ‘Lega kau!’ Fidaus memandang pelik. Dah kenapa Angah ni.

  “Angah, bila nak apply U dengan matriks tu?” soal kakak iparnya, Suraya.

  “Lepas makan ni la. Kenapa? Nak Angah tolong apa-apa ke?” Suraya menggeleng perlahan.

  “Takde lah. Akak tanya je.” Nurul Ain tersenyum. “Kalau akak nak minta tolong, jangan segan-segan. Panggil je.” Pinggan yang sudah digunakan diangkat ke dapur. Terdengar sayup-sayup suara 
Firdaus memerlinya.

   “Panggil je dia. Bila lagi nak ada orang tolong free.” Nurul Ain yang kembali ke meja makan mengetuk perlahan kepala Firdaus.

   “Along sengal!” Suraya ketawa. Senang hatinya melihat suami serta adik iparnya rapat begitu. Keluarga bahagia.


Tangannya mengurut perlahan lehernya. Terasa perit setelah menghadap laptop hampir tiga jam lamanya. Terdengar pintu biliknya diketuk. Tombol pintu dipulas. Tersembul muka kakak iparnya dihadapan pintu.

“Kenapa kak?”

“Akak nak minta kamu tolong jagakan Danish kat ruang tamu. Boleh?” Nurul Ain tersenyum.

“Apelah akak ni. Boleh je. Tiga minit kak. Angah nak kemas apa yang patut kejap.” Tangannya ligat menyusun headphone, tetikus yang digunakan dan laptop ditutup. ‘Siap!’

“Akak tak nak susahkan Angah tadi tapi Jijoe keluar pergi kerja pulak. Ada masalah dekat kilang.”

“Takde susahkan pun.” Danish diambil dari dukungan kakak iparnya.

“Main dengan Mak Ngah jom.”

Nurul Ain terasa bahagia. Danish yang sedang bermain-main dengan kereta dicubit perlahan tanda geram. Danish memprotes tanda tidak suka. Terdengar ada yang memberi salam. Pintu rumah terkuak.

‘Jijoe rupanya.’ Desis hatinya.

“Danish!” Jijoe yang meletakkan beg kerjanya diatas sofa terus mengambil Danish yang baru terlepas dari pegangannya. Danish ketawa mengekek. Jijoe melayan kerenah Danish sebentar sebelum meletakkannya kembali diatas lantai berdekatan Nurul Ain. Jijoe tersenyum nipis. Beg kerja diatas sofa diambil lalu anak tangga dipanjat menuju ke bilik meninggalkan Nurul Ain yang terkedu.

“Bahagianya kalau ada suami macam tu. Macam Danish ni anak aku dengan dia pulak gayanya.” Ngomel Nurul Ain perlahan. Fikirannya kini membayangkan hal yang indah itu.
Nurul Ain tersedar lalu matanya melihat kiri, kanan, depan dan belakang. ‘Selamat takde orang.’



“Dapat mana je Angah?” Firdaus bertanya.

”Matrik.” Firdaus mengangguk. Nurul Ain teringat sesuatu. Sudah sebulan dia berada disitu. Banyak kenangan yang ada. Oops! Kenangan dengan siapa itu tak perlu diceritakan.

“Bila je masuk? Nak balik rumah bila?” soal Firdaus. Pastinya banyak yang perlu dilakukan oleh adiknya sebelum sambung belajar.

“Dua puluh lima bulan depan. Angah nak tahu bila Along free la. Tak pun Angah ingat nak suruh je Ibu dengan Abah datang sini. Lagipun kan ke matrik tu dekat je dengan kampung kita.” Firdaus mengangguk.

“Betul jugak, Bukan senang nak balik Pahang and then datang balik sini. Nanti Angah confirmkan balik dengan Ibu. Apa-apa nanti bagitahu Along.”

“Okay bos! Beres.” Matanya kembali terarah ke skrin laptop.

“Angah, Along naik dulu. Jangan tidur lewat sangat. Tak elok.” Nurul Ain mengangguk.

“Dengar tak Along cakap ni?” Nurul Ain memandang Firdaus.

“Pahamlah. Angah tak pekak lagi la.” Firdaus mencebik. Langkahnya diatur ke tangga.

“Eh! Jijoe. Tak tidur lagi ke?” soal Firdaus. Jam ditangan dikerling sebentar.

“Nak tengok bola kejap. Esok cuti.”

 Firdaus mengangguk. “Yelah! Kalau si Ain tue kacau kamu, ketuk je kepala dia guna sudip.” Jijoe ketawa perlahan.  Firdaus terus menapak ke bilik tidur.

Nurul Ain yang mendengar perbualan Firdaus dan Jijoe terkedu. ‘Tak guna punya Along!’. Saat itu juga melalui skrin computer dia dapat melihat Jijoe sedang menuju ke arahnya.

‘Omo! Omo! Macam mana aku nak buat ni. Jantung bersabar kejap.’ Pandangan matanya terarah ke Jijoe yang melabuhkan duduk dihadapan sofa. Belakang Jijoe dapat dilihat dengan jelas.
‘Mamat ni takde tempat lain ke dia nak duduk? Depan aku jugak. Tak tenang aku.’

Nurul Ain kembali bertenang. Running Man yang terpasang kembali mendapat perhatiannya. Jijoe dihadapan tidak dipeduli. Walhal jantungnya berdegup kencang. Sesekali dikerling juga insan yang berada di hadapannya.

‘Habis dah satu episod.’ Lantas folder yang dibuka dipangkah. Diklik pula pada ‘Shut Down.’ Laptopnya ditutup. Kepalanya diangkat. Jam di dinding menunjukkan pukul dua setengah pagi.

‘Eh! Mana mamat tu?’ gumamnya. Nurul Ain berdiri. Dapat dilihat dengan jelas Jijoe yang sedang terbaring sambil matanya tertutup rapat tanda Jijoe sedang diulit mimpi.

Barang diatas meja dikemas. Laptopnya dimasukkan ke dalam beg laptop. Siap!
‘Okay! Big problem. Macam mana aku nak kejut mamat ni. Kalau pegang haram. Tak kejut kang lain pulak. Hmm… Jijoe yang terbaring dipandang. Remote televisyen dicapai. Butang Off  ditekan. 

Apa aku nak buat?’ fikirnya. Dia sempat berjalan ulang-alik memikirkan cara yang sesuai.
Setelah difikirkan baik buruknya, Nurul Ain menjinjit beg laptopnya. Kakinya diatur ke arah tangga. Suis yang terletak di dinding sebelah tangga ditutup. Gelap jadinya. Suis biliknya dibuka.

“Mengantuknya.” Ngomelnya. Sesaat kemudian dia dapat mendengar dengan jelas pintu bilik di sebelah biliknya dibuka. ‘Bilik Jijoe.’

“Dia tunggu aku ke?” Nurul Ain tersenyum. Terlompat-lompat Nurul Ain memikirkan perkara itu. Tangannya menampar perlahan pipinya.

‘Perasan!’ Tubuhnya direbahkan di atas katil. Matanya dipejamkan sambil mengukir senyuman.



   “Ain, cepat sikit! Nanti lambat.” Gesa Puan Aisyah. Nurul Ain semakin kalut. ‘Ish! Ibu ni memanglah.’

   “Ye Ibu. On the way.” Laungnya dari atas. Beg sandang diatas meja belajar diambil. Matanya ligat memandang bilik itu. ‘Okay! Tak ada barang yang tinggal.’ Pintu bilik dibuka sambil matanya masih memandang ke dalam bilik.

    “Ouch!” Tangan kanannya mengurut tangan kiri. Kepala didongakkan. ‘Oh My Allah.’ Jijoe dihadapan tersenyum. ‘Macam mana boleh bertembung ni.’
   
    “Sorry! Tak sengaja.” Nurul Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal.

    “It’s okay.” Jijoe melangkah perlahan namun sebaik tiba di tangga, kakinya berhenti melangkah. Tubuhnya dipusingkan menghadap Nurul Ain yang masih berdiri di hadapan pintu bilik.

    “Study elok-elok.” Setelah menuturkan ayat itu dengan pantas Jijoe menuruni tangga. Nurul Ain yang mendengar terkedu.

   “Dia cakap dengan aku?” Senyumannya terukir.

  “Nurul Ain! Berapa kali nak Ibu panggil ni.” Senyuman yang sedia terukir terhenti. Kakinya pantas melangkah menuruni tangga.


  “Dah Ibu! Jom.” Ajak Ibunya. Puan Aisyah mengerling sekilas melihat anaknya yang sedang tersenyum-senyum. ‘Kenapa la pulak budak tu.’fikir Puan Aisyah.



Setelah 1 tahun.


  “Ish! Aku tak nak la dengan mamat serabut alam tu. Kalau Jijoe lain la. Tak payah dia masuk meminang aku silap-silap aku yang masuk meminang dia dulu tau tak.” Ujar Nurul Ain dengan nada geram.

Kay yang mendengar ketawa perlahan. ‘Macam-macam betul.’

“Kesian kat dia kot. Dia suka gila tau tak dekat kau.” Kay membalas. Sahaja mahu mengusik. Bak kata orang menambah minyak dalam api. Eh? Betul ke. Hentam ajelah.

  “Dia suka aku siapa suruh. Dah berapa kali aku pesan yang aku tak suka dia nak jugak suka kat aku memang padanlah muka dia.”

  “Ain..Ain.. Kalau kau kahwin dengan dia mahu terguling aku time wedding kau. Time tu aku ungkit balik yang kau pernah cakap. Biar kau tahu langit tu tinggi ke rendah.” Nurul Ain mencebik mendengar usikan Kay.

  “Hishhh! Kau jangan la nak bayang benda macam tu. Muntah darah aku kat sini tau tak.” Kay yang mendengar terus meledakkan tawanya yang ditahan dari tadi.
  
   “Allergic sangat ni sampai nak muntah bagai. Kalau kau kahwin dengan Jijoe hmmmmm….” Tukas Kay. Mahu menguji respons Nurul Ain.

   “Pergh! Kalau dengan dia bahagia aku memanjang.” Nurul Ain memintas Kay.

Kay menganggukkan kepalanya. ‘Parah sangat budak ni.’

  “Kau angau betul dengan Jijoe tu. Tak sabar aku nak tengok Jijoe tu. Curious tau tak.” Nurul Ain sekadar tersenyum.

 “Tak jumpa dah aku dengan mamat tu. Entah-entah dah kahwin. Frust jugak.” Minuman dihadapan disedut menggunakan straw.

“Mana tau dia jodoh kau. Dapat jugak kau kahwin dengan dia kan?” Kay cuba memberikan semangat. Mana tahu memang Jijoe jodoh Nurul Ain dunia akhirat.

Siapa yang dapat menduga soal jodoh dan mati? Hanya Allah S.W.T yang tahu segalanya mengenai hambaNya. Namun percayalah, andai sudah ditetapkan dia jodoh kita lari atau hilanglah dari sisi orang itu, kita tetap kembali kepadanya.

“By the way, sebulan lagi nak habis dah life kita kat sini. Plan kau apa?” soal Kay. Nurul Ain tersedar dari lamunannya. Mujur sahaja soalan yang diutarakan dapat didengar dengan jelas.

“Plan aku duduk dekat rumah tambahkan berat badan aku. Hehehe.” Kay menggeleng kepala.

“Tak boleh blah.” Balas Kay. Nurul Ain mencebik. Ada maksud disebalik cebikan itu ‘Ada aku kisah?’

Perkara yang dibincangkan oleh dia dan keluarganya sebentar tadi amat mengejutkan. Pantas telefon bimbit diatas katil diambil. Nombor Kay didail.

‘Angkatlah. Aku perlukan kau ni.’ Ngomel Nurul Ain perlahan.

“Assalamualaikum.” Terdengar suara Kay memberi salam. Nurul Ain mengeluh perlahan.

“Waalaikumussalam. Kay. Aku tengah serabut ni.” Kay yang mendengar terkejut.

“Kau kenapa? Ada orang masuk meminang ke?” usik Kay.

“Pandai teka. Ye! Ada orang masuk meminang aku. Yang peliknya mamat tu takkan ada kat Malaysia ni sampailah hari akad nikah. Mati aku tau tak!” terang Nurul Ain.

“What??!!!” jerit Kay. Sungguh dia terkejut. ‘Biar betik budak ni.’

“Kau tengah mimpi ke apa ni?” soal Kay kembali.

  “Otak kau. Mak aku kejut aku awal gila hari ini sebab ada orang nak datang then yang datang tu mak cik mana entah yang cakap anak dia suruh meminang aku. Tapi, anak dia tak ada sampai bulan depan. And majlis aku diaorang nak buat bulan depan. Kau tak rasa gila ke?” Nurul Ain melepaskan geram.

  “Agak gila kat situ. Tapi, siapa anak dia. Kau tak tanya nama ke?” Kay menggeleng perlahan. 
Dengan dia sekali dah masuk zon risaukan Ain.

 “Aku mana ingat time tu. Yang aku ingat ni semua kerja gila. Mak aku pulak setuju siap cakap kat aku mamat tu baik bagai and kerja pun dah ada. Aku kenal pun tak? Macam mana ni?” soal Ain kepada Kay.

  “Beb! Aku pun tak tau macam mana nak tolong kau tapi yang aku tahu kau ada Allah. Tanya pada Dia. Dia lebih tahu.” Ujar Kay. Nurul Ain mengeluh perlahan.

  “Okaylah. Apa-apa aku inform kau balik tau. Assalamualaikum.”

   Kay turut mengeluh mengenangkan nasib Ain. “Ingat aku ada. Waalaikumussalam.”


“Kay, aku cuak tahap petala kelapan kot. Sejam je lagi tahu tak.” Nurul Ain kembali bangun dan berjalan ulang-alik. Aircond yang dipasang tak terasa  kedinginannya. Sejam sahaja lagi, dia bakal menjadi isteri kepada insan yang tak diketahui. Unknown!

    “Ye. Aku tahu. Kau sabar boleh tak? Aku yang tengok kau ni pun dah gelabah bagai tau tak. Kau kena tenang. Mengucap okay?” Nurul Ain mendengar saranan Kay. Dia kembali menghenyakkan tubuh dibirai katil. Perlahan dia menarik nafas lalu mengucap. ‘Saat ini dia hanya mampu berserah pada Allah yang satu.’

   “Ya Allah! Apa yang dah comot mekap ni. Kamu buat apa Ain?” Puan Aisyah yang datang menjenguk anaknya terkejut. Dapat dikesan peluh diwajah anaknya. Padahal diikutkan aircond sudah dipasang. ‘Gelabah la ni.’

  “Ain takut la Ibu. Batal tak boleh ke?” soal Ain.

  Pappp!

  Kay menutup mulut menahan tawa. Nurul Ain menyeringai kesakitan.

  “Kamu ni dah kenapa. Jangan mengarut. Sepuluh minit lagi pengantin lelaki sampai. Kau siap sedia. Kay tengokkan si Ain ni.” Ujar Puan Aisyah. Kay menunjukkan tanda okay.

  “Beb! Time ni macam-macam aku rasa kot. Nak pergi toilet lepas itu rasa nak terjun bangunan pun ada.” Kay ketawa.

  “Chill! Sabar.” Kay mengatur langkah kea rah pintu setelah mendengar ruang tamu menjadi riuh.

  “Woih. Dia dah sampai kot. Boleh tahan hensem.” Ujar Kay mahu mengusik.

  “Kau ingat aku kisah dia hensem ke tak. Kepala aku ni rasa nak tercabut tau. Jantung ni rasa nak terkeluar dari tempat asal.” Balas Nurul Ain. Dalam hati sempat mengutuk Kay yang masih mampu mengusiknya. Bukannya mahu menenangkan dirinya.

  “Boleh keluar Ain. Kay temankan.” Puan Aisyah terus berlalu keluar setelah memanggil anaknya. Nurul Ain mula membuat muka tanda tidak mahu. Kay terpaksa menarik tangan Nurul Ain setelah tetamu mula riuh rendah menanti kehadiran pengantin perempuan.

Nurul Ain berjalan sambil menundukkan wajah. Sungguh! Dia mahu melihat siapakah yang bakal menjadi suaminya namun debar dihati membatalkan niatnya. Saat itu mula terdengar suara bapanya yang mula bersedia untuk menyerahkan dia kepada lelaki yang tidak dikenalinya. Mahu sahaja dia menjerit untuk membatalkan majlis namun dia tahu dia sudah terlewat.

“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nurul Ain binti Yusof dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran.”

“Aku terima nikahnya Nurul Ain binti Yusof dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran.” Saat itu Nurul Ain tahu dia telah menjadi isteri.

“Dia datang nak batalkan wuduk.” Ujar Kay. Saat itu dapat dirasakan jantungnya berdegup dengan kencang.

“Hulurkan tangan Ain.” Terdengar arahan Puan Aisyah ditepinya. Tangan kiri dihulurkan. Kalau dilihat dengan teliti dapat dilihat tangannya menggeletar.

Tangannya disambut oleh seseorang. Dapat dilihat juga cincin disarung dengan perlahan. Dagunya terasa disentuh perlahan. Anak matanya melihat anak mata suaminya. Dahinya terasa dikucup perlahan.

Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang sering meniti dibibirnya. Lelaki yang sentiasa menghadirkan rasa getar dalam dadanya.

Bisikan lelaki itu menyentuh perasaanya. “I love you sayang.” Pantas Kay disebelah dipandang. Dibisikkan sesuatu terhadap Kay. Mata Kay menjadi besar tanda terkejut.

“Serius kau tu Jijoe?” soal Kay. Apa yang dibisikkan Nurul Ain terhadapnya tidak dipercaya.
Anggukan Nurul Ain mengesahkan segalanya.


Berada didalam bilik itu benar-benar mendebarkannya. Apatah lagi Jijoe baru sahaja melangkah masuk ke dalam kamar itu. Dapat dirasa bahu dia dan suaminya tersentuh.

   “Pandai kan buat kita cuak semacam. Ingatkan bangla mana yang meminang kita.” Ujar Ain memulakan perbualan. Jijoe tersenyum mendengar bicara Ain.

   “Abang saja je buat macam tu. Takkan tak sedar dari dulu abang suka Ain?” soal Jijoe. Isteri disebelah dipandang. Nurul Ain menggelengkan kepala tanda menjawab.

   Jijoe mengeluh. “Tak tahu rupanya. Dari first time abang nampak sayang lagi abang dah jatuh cinta. Hari yang abang tertidur kat ruang tamu tu sebenarnya abang nak teman Ain. Sebab tu bila Ain dah naik baru abang naik. Pernah dapat surat tak?” soal Jijoe kembali.

    “Pernah. Kenapa? Ain ingat ada orang salah hantar.” Jijoe ketawa mendengar jawapan itu. Hidung Ain ditarik perlahan. Lantas tangan kirinya merangkul bahu Nurul Ain.

    “Abang yang hantar. Waktu tu abang dekat Sabah.” Terang Jijoe. Nurul Ain terkedu. Dia kembali mengingati kandungan surat itu.

    ‘Tunggu saya tiga bulan lagi. Saya akan ambil awak jadi hak milik saya yang sah. Kita akan hidup bersama.’ Kalau ikut tarikh yang surat yang diterimanya memang tepat hari ini sudah tiga bulan.

   “Ain.. Ain.. tak sangka yang abang tunggu Ain. Ain ingat Ain je yang suka abang.”

  “Ini jodoh kita. Jodoh ini mengatakan yang Nurul Ain bidadari Arash Arizul dan jodoh mengatakan Arash Arizul pelindung Nurul Ain buat selamanya. Abang tak mampu berjanji bulan dan bintang untuk sayang tapi apa yang abang tahu cinta, hati dan segalanya milik abang hanya untuk Nurul Ain seorang. Tiada yang lain.”

   Airmata yang mengalir dek kata-kata suaminya diseka. Matanya merenung anak mata suaminya.

   “Dan Nurul Ain juga berjanji bahawa hanya Arash Arizul dihati. Hati, cinta dan segalanya milik Arash Arizul. Ain janji akan jadi bidadari yang terbaik untuk pelindungnya.” Tangannya mengusap perlahan pipi suaminya.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan Arash Arizul kepadaku. Benarlah. Tiada siapa yang mampu menolak ketentuan takdir. Dan, dia bersyukur jodohnya adalah perkara terindah dalam hidupnya.


Thank you for reading :3 Ku Ieyla

Wednesday 5 June 2013

Penghijrahan :D

Assalamualaikum.

Firstly, tak terfikir pun nak buat title ni but then ramai sangat yang curious with my changes kan? So, terbuatlah tajuk ni.

Dua tahun yang lepas saya cuma remaja yang biasa. Yang seperti ini :

Means Free Hairlah :)

Waktu dekat matrik ingatlah during first time masuk lecture hall semua terkedu sebab I AM THE ONLY ONE yang free hair. Time tue takut jugak pandangan orang tapi semua okay je. Then, rilek la. Truely speaking nak berhijab tue lama dah cuma takut tak kuat. Sebab saya tak nak bukak then tutup. Tak proper kan?

Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati hamba dia yang satu ini untuk bertudung. Sama seperti tadi, semua orang terkejut sebab saya memakai tudung hari pertama start Semester 2 XD. Time tue dengar banyak sangat orang cakap. Example macam ini 'Alah! Dia pakai sebab sem ni ada kelas agama. Lepas ni sure buka.' Memang ditakdirkan waktu tue ada kelas agama. 
Memang sedih pun time tu. Tapi, orang yang mendoakan pun banyak. Alhamdulillah :) Apa yang orang kutuk pun dah tak ingat dah. Biasalah manusia kan? Sebab ramai yang support dari belakang. Lahirlah Ku Nur Salsabila yang baru :)

The New Me :D

Then, mulalah kehidupan bertudung. Time ni ramai dah tak cakap apa-apa. Conclusionnya, kalau orang mengutuk diam aje lama-lama berhenti la dorang. Apa-apa pun atas cakap orang dan doa orang saya menjadi lebih kuat.

Nak dijadikan cerita time tu famous sungguh dengan DENA BAHRIN kan? Ieyla yang tengok ni pun suka. Sejuk mata memandang. Dia berfashion tapi still tutup aurat kan? Cute je :) That time mulalah tengok cara dia pakai tudung so tiru sikit-sikit. Dan! Kalau untuk benda baik tirulah banyak mana pun takpe. Benda jahat tak boleh okay? 

Waktu tue dekat matrik and awal bulan 4. Nampak tak perubahan banyak dekat matrik. Sebab tue saya rindukan matrik. Mungkin sebab time tu ada orang sokong and puji niat kita kot :) Heehehhe

End up macam ni, 
Alhamdulillah 

Dari ikutan dah jadi kebiasaan. Itu yang sesuai sebenarnya. Lepas berpakaian macam ini percakapan terjaga, pandangan mata yang dulu liar pun terjaga *jangan fikir lain*, perlakuan pun terjaga. Selama ini dengar dari orang tapi bila kita dah rasa baru faham. Perasaan yang lain. Jangan pernah tanya perasaan apa sebab saya sendiri tak tahu nak describe feeling tue.

Kalau dulu keluar, still rasa tak selamat padahal dah bertudung sebab sebenarnya masih ada yang terdedah. Tapi, lepas macam perubahan macam ini dah tak rasa macam tue. Rasa SELAMAT!

That's it! Pengakuan berani mati saya :P . Bukan niat mahu menunjuk perubahan diri tapi untuk berkongsi perasaan ini. Doakanlah agar perubahan ini selamanya. Jika diri ini terlupa untuk seketika ingatkanlah, jangan menghina. 

Thank you.
Sekian dari Ku Ieyla :)