Rajin konon buat cover :)
Aku
perhatikan dia yang sedang berbual mesra dengan gadis disisinya. Iya! Aku
cemburukan gadis itu kerana mampu menjadi insan terpenting dalam hidup lelaki
itu. Lelaki yang menghadiahkan aku rasa cinta. Lelaki yang berjaya membuat aku
tersenyum. Lelaki yang berjaya membuat aku sedih saat ini.
“Kau tengah usha mamat tu kan?” soal Farid. Aku memandang Farid. Aku mengeluh
kecil.
Aku mengangguk. Buat apa aku sorokkan
jika dia tahu semuanya. Dia tahu aku sukakan lelaki itu sejak dari hari pertama
aku melihat dia. Farid tersenyum sinis.
“Aku suruh kau mengaku kau tak nak.
Sekarang makan hati pulak. Lupa ajelah mamat tu. Dah playboy. Sekejap sekejap awek lain.” Balas Farid. Aku hanya
mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membalas.
“Library jom. Aku nak study. Ajar aku subjek tadi. Aku tak
paham.” Akhirnya itu juga yang terkeluar dari mulutku. Farid pula hanya
menurut.
Habis sahaja sesi tuisyen tak rasmi aku
dengan Farid, aku terus pulang ke kolej kediaman yang terletak kira-kira 15
minit. Sambil itu aku masih memikirkan nasihat Farid agar melupakan sahaja
lelaki itu. Sampai sahaja di bilik, teman sebilikku memandang aku pelik. Pasti
sahaja dia dapat mengagak.
Aku tetap mendiamkan diri. Usai sahaja
solat aku melabuhkan diri sebentar di atas katil. Ina yang merupakan teman
sebilikku datang dan duduk di tepi aku.
“Kenapa?” soal Ina. Aku hanya menggeleng.
Ina mengeluh.
“Kau nampak Rayyan dengan awek dia eh
tadi?” soal Ina lagi. Aku mengangguk.
“Kau rasa patut tak aku lupakan Rayyan
tu.” Aku menyoal kembali. Ina hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Well.
Bagi aku sekarang ini kau focus apa
yang penting which means study. Kalau
ada jodoh kau dengan dia InshaAllah ada. Apa yang kau nak risau? Kau tahu Allah
ada kan.” Balas Ina. Aku mengeluh perlahan.
“Thanks.”
Ina mengangguk. Ina bangun dari duduknya dan melangkah ke biliknya.
Ini Rayyan :D Sungguh aku gedik.
#######
+ Sorry. Aku tak dapat datang library. Kau study aje dengan Farah eh.
Hmmm… Farid
tak datanglah pulak. Farah pun takde. Nak tak nak aku kena study sendiri la ni. Tangannya mencapai buku rujukan yang berada di
hadapannya. Soalan tutorial tadi dilihat. Saat itu dia terasa ada yang berdiri
di hadapannya.
“May I sit here?” Ya Allah! Rayyan… Aku
mengangguk perlahan. Hatiku terus berdegup laju. Rayyan di hadapan di kerling perlahan. Memang
patut la ramai minat dia. Kacak, bergaya dari setiap sudut dan pandai pula.
Rayyan
yang sedari tadi sedar gadis di hadapannya ini memandangnya mengangkat
kepalanya. Matanya menikam mata gadis dihadapannya. Hatinya terus berdegup
hebat. ‘Kenapa dengan aku?’ desisnya.
‘Kantoi! Kantoi!’ jerit hatiku. Aku berasa
lega saat Rayyan kembali menundukkan kepalanya. Aku pula terus mengemas
barang-barang yang berada di atas meja. Buku yang dibuka ku capai. Aku pantas
bangun dan berlalu.
Rayyan yang mengerling perbuatan gadis
dihadapannya tersenyum. ‘Gelabah macam tu pun cute. Sopan je.’ Fikirnya. Dia kembali mengfokuskan terhadap buku
dihadapannya.
“Ina! Nampak diari aku tak?”
“Tak nampak pun. Mana kau campak?” soal
Ina.
Aku hanya mendengus kuat. Mana aku letak.
Aku melabuhkan duduk sebentar di atas katil sambil berfikir di mana aku
letakkan diari itu. Diari itu tersangatlah penting sebab apa sahaja yang dia
rasa pasti tercatat di dalam buku itu. Aku menggaru-garu kepala yang tidak
gatal. Last aku nampak… dekat library! Aku menepuk perlahan dahi.
‘Macam mana kalau ada orang ambil.’ Desisku. Aku cuba menenangkan diri namun
sia-sia.
########
Beg kerjanya dicampak di atas katil.
“Leganya!” Aku menjerit perlahan. Biarlah. Tidak ada siapa yang mendengar.
Sudah dua tahun aku meninggalkan university itu dan sudah dua tahun juga diari
hilang. Sudah puas mencari namun tidak terjumpa. Pasti ada yang mengambil.
Telefon bimbit yang sedang menyanyikan
lagu When I Was Your Man dicapai.
“Assalamualaikum ayah. Kenapa call?” Pelik
juga aku bila ayah menelefon. Selalunya aku yang akan menelefon. Pasti hal yang
penting.
“Minggu ini kamu balik boleh? Ada hal nak
bincang.” Aku menjadi pelik.
“Hal apa ayah? Penting sangat ke?”
“Pentinglah. Kalau tak, takkan ayah nak
suruh kamu balik kan? Baliklah ye. Sekejap aje kan.” Pujuk Ayah. Kalau sampai
ayah memujukku begini, pasti hal yang penting.
“Iyelah. Nanti orang balik hujung minggu
ini.” Setelah aku bercakap dengan ayah dan ibuku, aku terus ke bilik mandi
untuk membersihkan diri. Usai solat, aku mendengar telefon bimbit aku berbunyi
menandakan ada mesej masuk. Jam di dinding aku lihat. Dah lewat. Siapa?
Bulat matanya memandang mesej itu. Nombor
tak dikenali menghantar mesej macam ini ‘Can’t
wait to be yours.’ Ewwwww! Pantas aku membaling telefon bimbit aku ke atas
katil. Rileks Ara. Itu salah nombor. Aku cuba menenangkan diri aku.
Aku meletakkan beg baju di ruang belakang
kereta. Sekarang pukul 9 pagi, InshaAllah aku akan sampai pada pukul 1 petang.
Enjin kereta aku hidupkan. Sementara enjin keretaku panas, aku mengunci pintu
rumah. Setelah memeriksa setiap inci rumah aku, aku memandu keluar kereta.
Pintu pagar pula aku kunci. Elok sahaja aku mahu memasuki kereta, aku terdengar
bunyi mesej.
‘
Hati-hati balik.’ Nombor yang sama seperti semalam. Siapa? Tak ditinggalkan pula nama.
Tapi, kalau rakan-rakanku pasti sahaja aku telah mempunyai nombor. Aku letakkan
kembali telefon bimbit di atas kerusi penumpang. Aku terus sahaja memandu
kereta. Tapi aku masih memikirkan siapa yang menghantar mesej kepadaku.
########
“Ada orang masuk meminang adik?” soal aku
terkejut. Mana tidaknya, setelah makan malam ayah dan ibu mengajak aku berehat
di ruang tamu. Tak semena-mena ayah aku memulakan perbualan dengan memberitahu
ada orang masuk meminangku.
“Iyelah. Dia cakap kat ayah yang dia dah
kenal adik dari zaman university lagi.” Aku bertambah pelik. Zaman U? Takkan si
Rayyan tu kot. Memang taklah kan. Takkan Farid pulak. Mamat tu dah kahwin pun
dua bulan lepas. ‘Argghhh!’
“Dia cakap juga yang adik pernah rapat
dengan dia. Ayah terima ajelah. Baik aje ayah tengok.” Aku menghela nafas
berat. Okay! Ayah terima. Mampus aku. Pernah rapat? Siapa?
“Alahh! Kenapa ayah tak tanya adik dulu?
Kang entah siapa-siapa yang masuk meminang nanti.” Balas Aku. Ibu dan Ayah
tersenyum.
“Kalau dia jahat. Dia takkan masuk
meminang kamu tau. Lagi satu segala urusan perkahwinan adik, ibu dengan dia aje
yang akan berhubung. Dia nak jumpa adik waktu hari akad nikah aje.” Aku kembali
menggaru kepalaku yang tidak gatal. Elok sangatlah! Nak buat surprise konon. Nak aje aku lempang
siapa yang masuk meminang aku ini.
Nombor telefon kawanku Aina aku dail. Ya!
Aku perlukan pandangannya. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ina! Kau kena dengar aku
nak cerita ini.” Aku terus menyerbu dia setelah menjawab salam. Aku terus
menceritakan perkara yang sebenar. Setelah aku bercerita, Ina ketawa
terbahak-bahak.
“Oi! Kau ingat aku call kau ini semata-mata nak suruh kau gelak kat aku tahap tak
ingat ke hah?” Aku menyergah. Barulah Aina memperlahankan ketawanya. Hanya
memperlahankan tapi masih ketawa.
“So..Sorry.
Aku.. Aku tak nak gelak. Tapi lawak sangat. Sakit perut aku.” Tak guna punya
kawan. Aku mengeluh perlahan.
“Kahwin ajelah. Lepas kahwin kau smackdown mamat tu biar dia rasa.”
Bernas sangatlah kan idea si Ina ini. Kang aku smackdown dia dulu.
“Aku tak tahulah. Hmm…. Thanks la idea kau yang tersangatlah bernas tu sampai aku rasa nak smackdown kau sekali. Thanks anyway.” Aku tetap berterima
kasih padanya. At least kurang sikit rasa cuak dan nervous aku ini.
“Ah’ha. Nanti kau kahwin aku datang okay?
Assalamualaikum.” Belum sempat aku membalas dia telah meletakkan telefon.
Sempat lagi mengusik aku minah ini. Siap kau Ina!
Bila aku check mesej besoknya, datang dari nombor yang sama. Aku memang rasa
nak maki hamun aje, tapi sebab niat aku tahun ini nak kurangkan maki orang so aku batalkan. Murni kan hati aku?
‘Tolong terima saya.’ Ish! Terima apa benda
pulaknya. Aku tak kenal kau pun. Nak aje aku campak manusia ini dalam lombong.
Takpe tunggu kau! Aku jumpa je kau memang aku campak dalam tasik dekat rumah
mak cik aku.
Aku terus melabuhkan duduk di kerusi
berhadapan dengan ibu aku. “Macam mana Ara? Terima tak?” soal ibuku. Nasib aje
aku tak tersedak.
“Bukan ayah cakap yang ayah dah terima ke?
Motif ibu tanya?” aku menyoal kembali. Kalau tak salah aku, aku memang dengar
ayah aku cakap dia dah terima.
“Memang ayah dah terima tapi ibu saje aje
nak tanya. Tak ada motif apa pun. Ingat ibu penjenayah macam dalam detective
conan tu?” Perghh! Hamek kau Zahra. Maju kan ibu aku. Itulah akibatnya kalau
melayan aje apa yang aku tengok.
“Dah tu ibu tanya buat apa? Ingatkan boleh
reject.” Aku menggumam perlahan. Aku
rasa ibu aku dengar sebab dia pandang dengan muka terkejut. Aku teruskan aje
buat muka selamba tenuk aku.
#######
Memang aku cuak tahap tak ingat. Dari aku
mula masuk masjid sampai sekarang aku memang tunduk aje kepala aku. Nak angkat
jugak sebab dah lenguh tapi aku tak mampu. Memang otak aku tak sebati dengan
hati aku. Nak sebati mendanya, bukan aku campur pun. Hesy! Nak aje aku lari
keluar sekarang tapi dah lambat kot sebab tok kadi pun tengah cerita
tanggungjawab lepas kahwin. Tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Sikit aku tak peduli.
“Dah bersedia?” Time ini memang aku dah gelabah. Kalau tak kuat semangat mahunya
aku pengsan. Aku rasa aku boleh jadi orang yang pertama pengsan waktu akad
nikah. Mesti famous kan. Sah-sah
abang Nas terjah aku minta pandangan. Poyo sangat!
“Aku terima nikahnya Zahra Qistina dengan
mas kahwin seratus ringgit tunai.” Bila aku dengar aje lafaz akad tu memang aku
dah sah jadi isteri orang. Tapi sempat lagi aku cubit tangan aku. Sakit! Memang
sah aku tak bermimpi. Tak lama lepas itu, ibu aku bisik yang suami aku nak
sarungkan cincin.
Aku pun dengan penuh ayu dan sopan mengangkat
tangan kiri aku untuk suami aku yang memang aku tak kenal ini untuk sarungkan
cincin. Mohon mahal. Nanti bila aku sengkek boleh aku jual. Hahaha… Kejam tak
ingat.
Waktu ibu aku cakap suruh salam tu aku pun
tunduk aje salam. Mithali katakan. Kau tengok lepas ini. Perangai jebon aku
sah-sah muncul balik. Geli aku nak ayu bagai. Nak aje aku lempang diri sendiri.
Lepas aku salam dia, dia sentuh dagu aku perlahan. Memang aku rasa nak karate
dia tapi aku takut aku yang dikaratekan. So aku diamkan aje.
Waktu mata aku bertentang mata dengan dia
memang aku rasa nak pengsan. Tapi aku cuba tarik nafas perlahan. Takkan mamat
ini suami aku. Tak pun tenuk dua serupa. Eh! Pelanduk.
Lepas aje sesi bergambar aku memang pandang
dia tak berkelip. Nampak tak aku menipu. Sah-sah aku kelip mata tanpa aku
sedar. Dia pun pandang lepas itu senyum. Aku memang nampak kecil besar aje
mamat ini.
“You
owe an explanation to me.” Itu je aku mampu cakap. Lepas aku dengar apa
yang dia bisik kat aku, aku terus bulatkan mata aku yang kecil ini. Patut pun playboy. Sweet talker. Nasib suami aku. Kalau tak aku ajak dia naik Gunung
Kinabalu lepas tu aku tolak dia dari atas tu.
Sambil aku dengan dia jalan nak pergi ke
kereta aku asyik teringat aje apa yang dia bisik. Memang seram. ‘Kita ada
banyak masa kan sayang? Tapi kena utamakan yang penting dulu.’
Sampai aje dekat hotel aku terjah masuk
bilik air. Dah aku selesai mandi baru aku teringat aku tak bawa langsung baju
masuk sekali. Menempah bala namanya. Bukan Bala depan rumah Mak Cik Senah tu
tau. Aku pun buat kering aje keluar dari bilik itu. Dia pun apa lagi pandang
aje aku.
“Apa pandang-pandang?” aku sergah dia.
Dia pun bangun datang dekat aku. Time
ini aku dah selesai pakai baju. Aku buat rilek aje padahal dalam hati aku ini
dah nak meletup dah.
“Abang bayar mahal tau nak dapatkan Ara.
Takkan tak boleh tengok kot.” Balas dia. Aku pun buat gaya nak muntah. Dia
pulak jegilkan mata.
“Belum apa-apa lagi nak muntah. Pelik.”
Aku pun pusing menghadap dia.
“Awak ingat saya barang ke. Awak bayar
mahal-mahal. Saya bukan patung tau.” Aku balas balik. Suka hati dia aje. Dia
mara lagi ke depan. Tangan dia terus capai pinggang aku. Tangan aku pulak dekat
dada dia. Tahan supaya dia tak dekat lagi dengan aku.
“Ara kena panggil abang, abang. Faham?
Tak ada saya awak okay. Lagi satu, awak bukan barang atau patung. Awak bidadari
hidup saya.” Dia boleh cakap sambil senyum tipis. Hesy! Iman tak kuat betul aku
ini.
Aku mencebik. “Pirah! Bidadari konon.
Nanti bila muka saya dah berubah jadi nenek kebayan terus awak.. eh abang cari
lain.” Dia pulak hanya ketawa.
Dia terus tarik aku ke balkoni. Nasib ada
kerusi kat situ. Dia terus dudukkan aku. Aku pula pandang dia pelik. Dia
perasan kot aku pandang dia pelik.
“Abang nak jelaskan semua benda.” Terang
dia. Aku hanya mengangguk. Aku pun tak sabar ini.
“Silakan Encik Rayyan Iskandar.” Dia pula
cubit pipi aku. Aku tau la pipi aku lembut macam pau tapi tak payah la nak
cubit.
“Semuanya bermula time Ara tinggalkan diari Ara dekat library. Ingat tak? Abang pun tak tahu kenapa abang ambil macam itu
je. So, malam tu abang pun boring then teringatkan buku coklat ini.” Dia
berhenti cakap sambil tangan dia terus ambil buku coklat dekat meja sambil
serah dekat aku.
Aku memang terkedu. Dia yang ambil selama
ini. Aku diam aje padahal niat hati aku nak karate dia cukup-cukup. “Abang pun
baca. Ingatkan buku nota tapi bila dah ada gambar cincin dekat page pertama tu abang dah boleh agak ini
diari. Abang nak tutup tapi terselak pula dekat satu page ini. Page itu tulis
Rayyan dah ada girlfriend. Makan hati la aku.” Dia gelak sambil tarik hidung
aku. Aku pula memang dah malu.
“Abang baca sampailah abang sedar yang
abang tak bertepuk sebelah tangan.” Bila dia cakap macam itu, aku terus angkat
kepala aku dan pandang dia. Dia mengangguk.
“Abang dah lama pandang Ara. Tapi Ara
rapat sangat dengan Farid so abang lupakan ajelah cinta abang tu. Sebab tu abang
cari awek lain. Tapi lepas aje abang baca diari Ara abang bahagia
sangat-sangat. Esoknya abang terus jumpa dengan Farid. Dia pun mengaku yang dia
dengan Ara tak ada apa-apa.” Aku dah mula tersenyum.
“Lagi satu kenapa tak savekan nombor abang?” soal dia. Aku pun pelik. Mana aku nak tahu.
Kejap! Aku rasa aku tahu.
“Abang yang hantar mesej?” aku soal dia
balik. Bila dia mengangguk, aku terus tampar lengan dia. Niat hati nak campak
dia dalam tasik tapi nanti aku jadi janda. Tak sanggup aku. Jadi aku batalkan
hasrat aku.
“So, abang dah habis cerita. Sekarang ini…”
aku pun pandang aje dia. Kenapa aku rasa lain dengan senyuman dia itu. Dia
terus bangun dan dukung aku. Aku terjerit kecil. Takkan dia nak culik aku?
Dia baringkan aku atas katil. Tangan dia
pulak mengusap perlahan pipi aku. Bulu roma aku dah meremang dah. Nak karate ke
tak?
“I
love you.” Dia cakap dekat aku. Siap kenyitkan mata kat aku lagi. Memang
aku melting habis. Tak jadi terus
niat aku nak karate dia sebab aku dah cair.
#######
Suka dengan couple ini. Sweeeet!
Selepas 2 tahun
“Alah! Abang
tak habis-habis nak bawa Rizqi tidur dengan kita. Padahal boleh aje tidur dalam
baby coat tu. Nak juga bawa dia tidur
atas katil.” Rayyan menggeleng perlahan.
“Takkan dengan anak sendiri nak jealous kot sayang.” Aku mendengus.
Main-main pulak.
“Haruslah jealous. Mohon suami Ara ini faham sikit. Ara penat. Nak juga
bermanja dengan abang. Ini abang tak habis-habis dengan Rizqi. Takpelah. Ara
tidur bilik lain aje.”
Dia tarik tangan aku lembut. Aku buat
keras aje. Merajuk sikit. “Iyelah. Malam ini I’m yours okay?” pujuk dia.
“Malam ini aje?” aku soal dia. Dia pun
angguk. Hati kayu betul. “Kesian Rizqi sayang. Dia kecil aje lagi. Takkan nak
biar dia tidur sorang-sorang.” Aku memang dah bengang. Aku tarik tangan aku
yang dalam genggaman dia. Aku terus keluar pergi dekat balkoni.
“Kenapa pula? Jom masuk.” Ajak dia
lembut. Aku masih keraskan diri dekat luar itu. “Tadi kata nak manja dengan
abang kan?”
“Tak naklah. Malas! Abang kan kesian kan
Rizqi dari Ara. So, pergilah tidur dengan dia.” Aku tetap merajuk. Pesanan khas
ye, nanti kalau dah kahwin jangan nak jatuh cinta lebih-lebih dengan suami. Tak
pasal-pasal jadi macam aku.
Dia terus peluk aku. Aku memang dapat rasa
hembusan nafas dia dekat telinga aku. Dia menggigit perlahan telinga aku. Aku masih mengeraskan diri. Biar
dia pujuk aku.
“Okay okay. Nanti kita hantar Rizqi pergi
rumah mummy. Kita honeymoon seminggu.
Boleh?” pujuk dia lagi. Yes! Aku nak
habiskan duit dia. Hahaha… Jahatnya aku.
Aku mengangguk perlahan. Terus aku leraikan
pelukan dia. Tapi sebelum sempat aku nak masuk dia dah capai tangan aku dulu.
“Ara tetap yang pertama untuk abang.” Aku dah senyum time ini. Tercair pula.
Memang
aku puas hati datang honeymoon
kali kedua. Aku bahagia sebab dapat bolot Rayyan Iskandar ini seorang. Hehehe…
Aku rasa aku la kes pertama yang jealous
dengan anak sendiri. Tapi tak kisahlah. Aku memang nak Rayyan ini aje. Memang
melampau.
Aku pusing aje belakang aku nampak apa yang
dia tuliskan atas pasir. Aku terus pergi dan peluk dia sambil pandang apa yang
dia tuliskan. ‘Zahra, I’m always yours.’
“I’m
yours too.” Balas aku. Dia eratkan lagi pelukan dia. Terima kasih Ya Allah
kurniakan dia untukku. Walaupun aku tak pernah yakin dan tak terlintas langsung
dia milikku tapi Allah dah buktikan kuasa Dia lebih hebat. Dulu main
jeling-jeling aje. Tapi sekarang aku dalam pelukan dia. Dia dalam pelukan aku.
Aku jadi milik dia. Dan dia milikku akhirnya.
~END~
P/S: Habis aje aku tulis cerpen ini memang aku lempang diri sendiri. Boleh pulak aku buat ayat cheesy tahap tenuk ini. bhahaha
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/07/taipanqq-manfaat-air-kelapa-untuk.html
ReplyDeleteTaipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong