Pages

Tuesday 4 June 2013

Cinta Terindah #Bab 3#

Lama tak jenguk blog sebab malas gila nak menaip. Haha. Sengal la aku ni pun. So, this is the 3rd chapter of the novel. Do enjoy it and your comment would be great for me :) Jeongmal Kamsahamnida.



                                BAB 3
                        
               “Isy,kau perasan tak waktu kita makan kat sini semalam ada sorang mamat ni asyik pandang kau aje.” soal Ain.

                Ain ni kalau bab-bab nak tengok pandangan orang ni memang pandai.Dari mana belajar pun entah la.Entah betul entah ke tidak tu.

                “Qalish Qistina!! Kau dengar ke tidak apa yang Ain tanya tu?” celah Khalida. 'Mengelamun la tu.Aktiviti harian apa budak ni.' gumam Khalida.

                “Aku dengar la.Mana la aku nak tau.Lagipun peduli apa aku.Bukan dia nak culik aku pun tak berbaloi tau tak.” balas Qalish sambil mulutnya mengunyah makanan di depannya.

                “ Eeeeeee!! Minah ni la.Kalau tak buat aku bengang tu tak sah.Ada juga yang aku hantar kat jerat cina karang.” Ain menampar tangan Qalish.Qalish mengaduh.Khalida yang melihat reaksi mereka ketawa. 'Sabar aje la.'

             

              Interkom ditekan. “ Rita,can you please ask Qaliff to enter my room now?” pinta Tan Sri Idris memberi arahan.

           “Yes sir!” balas Rita lalu bangun menuju ke ruang pejabat Qaliff. “Mr Qaliff,Tan sri Idris want to see you now in his room.” beritahu Rita.Qaliff mengangguk.

            Sambil menuju ke ruang pejabat papanya,Qaliff memikirkan kesalahan apa yang dia buat.Setahunya,hari ini tiada lagi perempuan yang datang mencarinya di pejabat. 'Terima aje la Qaliff.' Pintu bilik papanya. “Come in!” terdengar arahan papanya dari dalam.

          “Ada apa Papa? Penting sangat ke?” soal Qaliff.Papanya tersenyum. “Besok Papa nak adakan majlis untuk kenalkan kamu kat Board of Directors dengan pekerja-pekerja kita dari setiap cawangan.Jadi Papa nak kamu bersedia dan jangan buat masalah sebab esok press pun akan datang dan pastikan kamu sendiri.Tak ada girlfriends kamu.Papa tak nak ada masalah.Okay?” terang Tan Sri  Idris.

          Qaliff mengangguk tanda faham.Kalau boleh dia tak ingin melibatkan diri dalam business namun sebagai anak tunggal lelaki dia terpaksa mewarisi  syarikat papanya.Setelah memastikan tiada lagi perbincangan Qaliff masuk ke ruangannya untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.Matanya melirik melihat jam tangan. 'Waktu ini la aku jumpa perempuan tu kat restoran tu.Ishh! Kenapa pula aku nak kena ingat kat dia ni.Masak aku!'.
   
         Qaliff terus mengambil kunci kereta dan menuju ke tempat tersebut.Dia ingin bertemu dengan  
gadis itu.Gadis yang berjaya membuatkan dirinya mahu rasa untuk mencintai dan dicintai.Dia berjumpa dengan gadis yang membuatkan hatinya berdegup kencang seperti dulu.

No comments:

Post a Comment