Pages

Sunday 12 May 2013

Cinta Terindah #Bab 1#

This is my first novel. And, currently I am writing this. Your comment will be great. And your reading I'll apreciate it. Thank you *Bright smile*




                                                           BAB 1

               “Saya serius ni.Sampai bila-bila pun saya tak akan terima awak.Awak cari la orang lain yang lebih baik untuk awak.Saya tak layak untuk awak.” terang Qalish.
              
                “Saya tak kisah.Saya sayang awak sangat-sangat.Saya suka awak.Saya tetap tak kan
lepaskan awak walau beribu kali awak tolak”

                “Saya dah dengar banyak kali ayat macam tu.Semuanya tipu.Bila awak dapat,awak buat orang tu macam sampah.” Qalish mula bengang. 'Dah aku cakap tak nak tu tak nak la.Ishh! Karang aku maki masalah pula.' Qalish mula menyumpah dalam hati.

                “Tak ape la.Saya faham.” Lelaki itu tampak kecewa atas penolakan Qalish.Tertunduk lelaki itu kerana egonya tercalar.Meluahkan perasaan kepada seseorang yang tak mungkin menerimanya.
  
               “Akhirnya awak faham kan?.Terima kasih.Saya balik dulu.” Tanpa menunggu kata terakhir lelaki itu dia terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu merawat hati yang kecewa.

              Qalish Qistina gadis yang sentiasa ceria,manja dan sensitif namun boleh menjadi kebal seperti batu apabila bercerita soal cinta.Sebabnya tidak pernah diketahui umum.Hatinya tersimpan satu rasa yang tidak dapat diluahkan oleh siapa pun mahupun dirinya sendiri.

              “Ni mesti kes ada orang luahkan perasaan pada kau kan? Tu yang muka masam bengang aje tu.” soal Ain.Dah kenal sangat perangai dia ni.Khalida tersenyum.

              “Dah korang tahu asal tanya lagi.Sengal la.” marah Qalish.Mukanya makin masam akibat soalan yang dilontarkan.

              “Ish! Kau ni dari zaman matrik sampai sekarang dah masuk U ni pun tak ubah lagi.Asyik nak marah je.Cubalah sabar sikit.” celah Khalida.

                Qalish menarik muka masam.'Dah memang aku macam ni nak buat macam mana lagi.Bukan boleh ubah pun.' gumamnya sendiri.

                 “Kau ni sampai bila nak ingat kat dia.Dah 4 tahun dah Isy.Sampai bila lagi?” soal ain tegas.

              Qalish angkat bahu menjawab soalan mereka. 'Asyik-asyik tanya soalan tu.Cuba tanya bila aku nak grade ke.Apa aku nak buat lepas ni ke,ni tidak nak juga tanya soalan tu.' tutur Qalish rendah.

              Khalida dan Ain memandang antara satu sama lain.Dah faham sangat dengan insan bernama Qalish Qistina ni.alergi tak habis-habis.

              “Yo kawan,aku dengar ada mamat luahkan perasaan tadi betul ke??” soal Nine atau nama panjangnya Zulkarnain.

              'Datang dah mamat ni.Dasar mamat langau!' Qalish menggerakkan jari telunjuknya ke depan dan belakang menyuruh Nine mendekatkan diri.
            “Lain kali jangan bagi aku terkejut! Ingat aku suka ke?! Dah tu tak reti nak bagi salam! Dah lama hidup ke?!!” jerit Qalish sambil memegang telinga Nine.Satu kafe memandangnya akibat suaranya yang kuat tu.

             Khalida dan Ain ketawa.Amik kau! Rasakan penangannya.Nine menunjukkan muka bengang sambil menggosok telinganya yang hampir tercabut akibat teriakan high volume Qalish.

             “Kau ni Isy.Pekak telinga aku tau tak? Kot iye pun jangan la buat macam tu.” balas Nine dengan muka seposennya yang bajet hensem tu.

               “Ada aku kisah ke?!” Qalish menjerit untuk kali kedua. 'Sabar aje la dengan minah ni.Kawan aku juga.' gumam Nine.

             “Eh,tapi betul ke ada orang luahkan perasaan kat kau.Aku tanya bukan nak jawab kan?” tanya Nine kembali.

            “Entah la.Nak kata ada macam tak ada,nak kata tak ada macam ada.Macam mana ya?” balas Qalish selamba. Khalida dan Ain menepuk dahi masing-masing. 'Terbaik la Qalish'.

            “Kau boleh tak jangan nak bodohkan kau dengan jawapan macam tu.Jangan nak buat aku bengang pula kan?” 'Muka dah makin ketat tu.Nak mengamuk la tu.Rasakan.menyibuk macam mak nenek pula.' desis Qalish.

            Qalish menggaru-garu kepalanya yang sememangnya tidak gatal. “Eh,yeke? Aku rasa macam tu jawapan paling bijak pernah aku jawab.Sebab aku dah buat kau bengang dan rasa nak meletup je kan? Okay la,aku nak balik dulu ni.Bye!” ucap Qalish sambil berlalu pergi bersama Khalida dan Ain.

             “Kurang asam punya budak.Ni memang menguji ni.” tutur Nine sambil menunjukkan muka bengang tahap terlampau.

             




















No comments:

Post a Comment