Assalamualaikum :)
Selamat berpuasa to everyone. Lambat ke wish? Tak kisahlah. Jangan jadikan alasan berpuasa sebab nak malas ye. Sempena bulan barakah ini cuba istiqamah untuk berubah menjadi yang lebih baik. InshaAllah :) So, hari itu ada hantar one of the cerpen dan Alhamdulillah ada pula dekat Penulisan2u. Happy sangat. Responds orang pun Alhamdulillah yang baik-baik aje. Harap-harap impian nak jadi writer tercapai. InshaAllah. Doakan saya. Moga dengan doa anda di bulan yang baik ini impian dan doa anda terhadap saya akan termakbul. Amin~. So, enjoy my next chapter oke.
BAB 7
“Nasib hari ni tak
lambat kan? Kalau tak mati la kita. Salah siapa ni?” ujar Ain. Khalida
menunding jari ke arah Qalish. Qalish yang mendengar terkejut.
“Wahh! Senang hati ye cakap aku. Oi! Lain kali berterima kasih la sikit.
Bersyukur sikit. Dah la pagi ni aku yang kejut korang, seterika baju korang
pastu selamba badak korang je tuduh aku punca korang bangun lambat pulak.
Korang yang buat kerja sampai pukul satu pastu sibuk nak dengar cerita aku.
Selamba korang nak tuduh aku ye. Aku tembak sorang-sorang kang.” balas Qalish.
Ain dan Khalida terkedu. 'Hamek kau! Nak
sangat tuduh minah ni. Kan dah kena.'
“Kalau ya pun kau marah kat kitaorang tapi tak perlu kot kau jerit macam
tu. Habis semua orang tengok kita tahu tak? Malu la!” tegur Khalida sambil
menutup mukanya. Qalish memamdang ke sekeliling dan seperti yang diberitahu
Khalida memang semua orang sedang memandang mereka.
“Sorry la! Aku feeling sikit tadi. Korang lah tuduh aku
pulak.” ujar Qalish membela diri.
Qaliff yang sedang melihat ke arah Qalish tersenyum. Senyumannya
terhenti saat Qalish mahu beredar dari situ. Dia pun segera mengambil kot lalu
mahu beredar.
Di sisi kereta, Qaliff hanya memandang Qalish yang mahu melintas jalan.
'Bahaya betul la minah tu. Ada nak lintas jalan boleh gelak-gelak macam tu.'
gumamnya rendah. Sesungguhnya dia takut jika ada apa-apa yang berlaku kepada
Qalish.
Sewaktu Qalish mahu melintas secara tiba-tiba ada kereta yang mahu
membelok keluar, Qaliff yang melihat kereta itu terus berlari ke arah Qalish
lalu menariknya. Mereka berdua terjatuh. Qalish diatas dan Qaliff dibawah.
Qaliff mengaduh sakit.
“Kau okay tak?” tanya Qalish. “Dah nama pun terjatuh takkan okay pulak
kan? Kau tak nampak ke badan aku calar-balar ni?” ujar Qaliff. Dia sengaja mahu
mencari pergaduhan dengan Qalish.
“Aku tanya kau jawab la elok-elok. Aku tak suruh pun kau tolong aku.”
jawab Qalish. Dia cuba membantu Qaliff berdiri. Dia terlihat baju Qaliff yang
koyak akibat menyelamatkannya.
“Kau hutang aku dua. Ingat tu. Lagi satu,kalau nak lintas jalan jangan
gelak-gelak. Bahaya. Aku dah tak nak selamatkan kau lagi.” pesan Qaliff lalu
beredar.
“Aku rasa la, mamat tu syok kat kau la Qalish.” ujar Khalida sambil
memegang bahunya. Qalish hanya mendiamkan diri. 'Kenapa setiap kali aku
perlukan seseorang dia mesti ada. Pastu macam mana dia tahu ada kereta pulak
kat sini. Dia muncul dari mana pula?' pertanyaan itu dibiarkan bersarang di
dalam otaknya.
“Qaliff Izzudin, kamu ni kenapa hah? Baju koyak-koyak.” tanya Puan Sri
Aminah.Qaliff yang sedang mengatur langkahnya ke tangga terhenti. Dia sedang
memikirkan apa yang perlu dijawabnya.
“Tak ada ma. Tadi ada orang hampir-hampir accident so Karl selamatkanlah.” terang Qaliff.
“Siapa? Perempuan ke? Kamu ni nak jadi Superman ke?” 'Alamak! Mama perli la pulak.' gumamnya.
“Perempuan la ma. Kawan Qaliff. Karl bukan nak jadi Superman cuma nak jadi Batman
je ma. Ma, Karl sakit ni. Karl naik atas dulu la.” balas Qaliff lalu mengucup
kedua belah pipi Puan Sri Aminah.
“Menjawab pulak! Nak kena betul. Tak pernah-pernah pasal perempuan dia
jadi macam ni. Mesti penting.” fikirnya lalu beredar ke taman. Senyum meletus
dibibirnya .
“Qalish, kau tak rasa pelik ke ?” soal Ain . Qalish mengangkat kening
tanda menjawab .
“Okay , aku explain kat kau
eh. Kenapa setiap kali kau ada masalah dia mesti ada. Dah jadi macam penyelamat
kau la pulak.Entah-entah dia jodoh kau tak ?” Qalish yang mendengar terus
bangun dari pembaringannya. Ain dan Ida terkejut melihat reaksi yang diberikan.
“Eh ! Kau tolong sikit. Simpang malaikat empaat puluh empat kau tahu
tak? Aku tak nak lah dengan mamat tu.
Sure sengsara hidup aku!” balas Qalish sambil menunjukkan muka tidak puas
hatinya.
“Kau jangan main-main! Buatnya Allah terbalikkan hati kau jatuh cinta
kat dia macam mana?” sokong Ida dengan niat ingin menakutkan Qalish. Qalish
menggelengkan kepalanya.
“Aku nak tidur la. Kalu malam ni aku tidur mimpi ngeri siap la
korang.Ish! Tak mungkin.” Gumamnya sambil berlalu pergi. Ida dan Ain tergelak
kecil. Usaha mereka berjaya.
Namun,malam itu Qalish bermimpi bahawa dia bertemu dengan seorang lelaki
tetapi dia tidak dapat melihat lelaki itu. Lelaki itu pula terus berlalu pergi
sedangkan dia memanggil lelaki itu berkali-kali. Qaliff juga bermimpi bahawa dia berjumpa Qalish.
Dalam mimpi itu, Qalish tersenyum manis padanya. Adakah ada bahagia antara mereka?
BAB 8
“Karl, mama nak cakap sikit dengan kamu.Duduk sini.” Qaliff terus duduk
berhadapan dengan mamanya di meja makan. Nasi lemak dihadapan disenduk. Itu
merupakan makanan kegemarannya.
“Apa yang mama nak cakap dengan Karl? Macam penting je.” tanya Qaliff
sambil suapan demi suapan nasi lemak di nikmatinya.
“Bukan mama yang nak cakap. Cuma mama nak sampaikan apa yang papa kamu
pesan kepada mama.” Qaliff tersentak. ‘Tak mungkin papa tahu ada perempuan cari
aku kat office. Ah! Sudah. Mati aku’
fikirnya namun dia masih berlagak tenang sedangkan gelora dihatinya memuncak
ingin tahu apa yang ingin disampaikan mamanya.
“Papa beritahu mama yang sekarang ni sebelum waktu lunch aje kamu dah lesap. Ke mana kamu pergi? Cuba bagi tahu kat
mama.” Qaliff terkedu. Fikirnya tiada siapa yang tahu. Qaliff hanya diam memikirkan jawapannya.
“Karl , mama tanya ni . Diam pulak dia. Alasan apa yang kamu tengah reka
dalam otak kamu tu?” Puan Sri Aminah menggelengkan kepalanya melihat kerenah
anak terunanya yang satu itu .
“Sekarang ni Karl tak boleh bagi tahu mama. Tapi, Karl janji satu masa
nanti mama akan tahu sebabnya. Okay mama? No
more question regarding this.” Jawabnya lalu bangun dari kerusinya.
“Macam-macam la budak ni. Hmm. Ikut perangai siapa la yang berahsia
sangat ni.” Gumam Puan Sri Aminah.
“Good morning Encik Qaliff ,
Tan Sri want to see you now in his room.”
Qaliff mengeluh perlahan.Lantas, kakinya diatur menuju ke ruangan Tan Sri
Idris. Dia tahu papanya itu lebih suka kalau segala urusan dilakukan dengan
segera.
Dia mengetuk perlahan pintu ruangan papanya
cukup untuk membuatkan papanya tahu dia ingin berjumpa.Setelah mendengar arahan
untuk masuk,Qaliff melangkah masuk.Mukanya masih tenang walaupun dalam hati
sedang bergolak dengan apa yang bakal diperkatakan.
“Qaliff , duduk. Papa ada benda nak
bincang dengan kamu.” Arah papanya.Kerusi ditarik perlahan. Qaliff duduk sambil
membetulkan kotnya. “Ada apa pa?” tanya Qaliff sekadar berbasa-basi walaupun
dia tahu apa yang ingin diperkatakan kepadanya.
“Qaliff,jangan ingat papa diamkan diri bermaksud papa tak tahu apa yang
kamu buat.Kamu patut sedar sekarang ni yang kamu tu CEO AI Sdn Bhd. Kamu jangan
nak malukan papa,syarikat dan maruah keluarga kita. Itu penting. Kamu CEO tapi
kamu ta menunjukkan langsung yang kamu ni CEO. Sebelum waktu lunch kamu dah
lesap. Ada pulak perempuan yang datang cari kamu.Apa semua ni?” tanya Tan Sri
Idris.
“Qaliff sedar tanggungjawab Qaliff pa. Tapi,semua ni jadi pun
tiba-tiba.Ye Qaliff tahu yang papa dah bagitahu Qaliff yang sebaik Qaliff
pulang dari luar negara papa nak serahkan syarikat ni pada Qaliff tapi Qaliff
tak sangka secepat ni.Pasal hal Qaliff selalu hilang sebelum waktu lunch,Qaliff
minta maaf.Qaliff salah tapi sebab Qaliff buat macam tu Qaliff tak boleh
bagitahu papa.Pasal perempuan yang cari Qaliff tu pun Qaliff tak sangka tapi
Qaliff dah tak berfoya-foya dah pun pa. Tu je yang Qaliff nak cakap.”
Terangnya. Dari riak muka Tan Sri idris dia tahu papanya itu berpuas hati
dengan alasan yang diberikan.
“This is the last chance untuk kamu
Qaliff. Kamu kena ingat sepupu kamu tu tunggu masa je nak ambil jawatan kamu
ni. Kamu patut tahu yang keluarga pak su tu tak sukakan kita. Kamu fikirlah
baik-baik.Kamu dah boleh fikir sendiri pun.” Balas Tan Sri Idris. Dia tahu anak
tunggalnya itu tahu cara menguruskan masalah.
“Qaliff faham papa. Kalau tak ada apa-apa lagi, Qaliff keluar dulu pa.”
Pintanya meminta diri. Tan Sri Idris mengangguk tanda faham.
Kakinya pantas melangkah ke ruangannya. Tali lehernya dilonggarkan
sedikit mengurangkan bahang yang dirasakan sebentar tadi. “Tolong panggil Faris
masuk bilik saya. Urgent.”
Setiausahanya pantas mendail nombor ruangan Faris.
Tubuhnya dihenyakkan ke atas kerusi empuk miliknya. Kerusi yang
melambangkan jawatannya yang tinggi. Jawatan yang sangat berat baginya untuk
umurnya yang baru mencecah 25 tahun. Ketukan di pintu menyedarkannya semula.
Faris melangkah ke arahnya lalu duduk di keusi dihadapannya.
“
Kau ni apahalnya panggil aku datang sini? Asal kau kena panggil dengan papa kau
tadi?” tanya Faris.
“Biasa la. Kena dengar ceramah free.
Aku ada benda nak bagitahu kat kau ni. Kau orang yang pertama tahu pasal benda
ni.” Qaliff berusaha menenangkan dirinya. Faris yang mendengar menganggukkan
kepalanya, “Proceed. Aku dengar.”
Qaliff terus menceritakan hal dia
ternampak Qalish dan saat dirinya terlanggar Qalish dan bagaimana setiap
malamnya dihiasi dengan wajah comel milik Qalish. Faris terangguk-angguk mendengar
cerita Qaliff. Wajahnya kini dihiasi dengan senyuman.
“So, are you saying that girl
yang kau selamatkan waktu ada lelaki yang kacau tu? Dan kau buat tu bukan sebab
nak menghalau mamat tu tapi sebab kau jeles ada orang dekat dengan that girl.
Kan?” Qaliff mengangguk tanda mengiakan
semua pertanyaan Faris.
“Maksudnya juga kat sini kau dah lupakan your first love Qaisara? Kalau tengok dari cara aku ya kalau tak
takkan kau nak sangat dekat dengan Qalish tu twenty four hours seven kan?”
“Aku tak berani nak jamin yang aku dah lupakan Qaisara tapi sejak aku
jumpa dengan Qalish aku dah boleh lupakan dia. Malam aku dah tak mimpi saat dia
tinggalkan aku. Aku harap aku memang dah lupakan dia. Tapi sekarang ni, aku ada
satu masalah.” Luah Qaliff. Faris yang mendengar mengangkat kening double jerk.
“Papa aku dah tahu yang aku selalu hilang waktu lunch so sekarang ni aku
tak dibenarkan sebelum waktu lunch.
Kiranya kena ikut time masuk dan
keluar office. Tapi waktu lunch je yang aku boleh jumpa dengan
Qalish.” Faris menepuk dahi.
“Tak apa. Aku akan cuba cari jalan. Kau relax dulu okay? Apahal kau tak luah je
kat minah tu?” duga Faris. “Kau tahu kan
yang aku kenal dengan dia bukan cara yang baik jadi aku malu la kalau dia tahu
yang aku sayangkan dia. Kau ni pun.” Balas Qaliff dengan muka yang monyok.
“Bro, kau kalau buat muka monyok macam tu
hensem tak apa ni dah macam tikus mondok yang hilang jantina kau tahu tak? Kau
tu ego je lebih. Kau jaga-jaga kang kena kebas minah tu baru padan muka kau.”
Faris tersenyum. Saja mahu menggelisahkan lagi Qaliff.
“Kau ni mulut puaka betul. Ada doa aku macam
tu. Masin mulut kau memang aku cincang kau.” Ugut Qaliff. Terhambur ketawa
Faris.
“Kau ni asal? Ish! Ingatkan panggil kau ni
boleh la menyelesaikan masalah aku tapi makin teruk. Sekarang ni kau nampak kan
pintu kat belakang kau tu, sila keluar sebelum aku campak kau.” Qaliff terus
berdiri sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke arah pintu. Faris terus bangun
sambil menepuk bahu Qaliff.
“You
don’t have to worry bro. Aku akan tolong kau. Just give me sometime to think okay?” Qaliff tersenyum. Dia tahu
sahabatnya yang itu akan membantunya.
“Eh! Isy, kau fikir apa tu? Dah la mengelamun
lepas tu terpandang sana sini. Kau cari siapa?” tanya Ain. Khalida disebelah
tersenyum. Ain lantas menyiku Khalida. “Cari mamat sengal tu kot.” Terhambur
ketawa mereka. Qalish hanya melihat dengan pandangan yang tajam. Khalida terus
berbisik dengan Ain. “Muka dia macam bengang je.” Ketawa mereka pantas dihentikan.
“Puas? Suka? Eh! Siapa cakap aku cari dia?”
Qalish membangkang. “Mana laa tahu dah mamat tu yang selalu ganggu kau.” Balas
Ain .
“Kau tahu dari aku cari dia lebih baik aku
tengok muka korang. Tenang hati aku.” Qalish ketawa.
“Perli la tu. Kau jangan. Kang silap-silap
kawin dengan mamat tu.” Balas Khalida. Qalish menggelengkan kepala. Tak
mungkin! Detik hatinya.
“ Thanks
bro. Aku happy gila dapat tengok muka minah tu.” Qaliff tersenyum. Kalau
bukan kerana si Faris meminta papanya mengizinkan mereka melawat tapak projek
bersama, tak mungkin dia dapat melihat wajah Qalish .
“Kau tunggu sekejap eh. Aku ada benda nak
siasat.” Qaliff termangu. Faris terus menuju ke arah Khalida yang sedang
mencuci tangan di sinki. Kiranya mahu menggunakan rakan Qalish untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai Qalish.
“Awak kawan kepada gadis yang tudung pink tu ke?” soal Faris. Khalida
mengangkat kepalanya. Faris ditepi dipandang.
“Yup, kalau abang nak ngorat lupakan je lah.
Dah banyak lelaki yang kawan saya tu tolak. Dah banyak yang bersusun nak masuk
minang dia.” Terang Khalida. Faris yang mendengar terangguk-angguk.
“Tak ada lah. Wajah dia macam orang yang saya
kenal. Nama dia Sarah ke?” Faris tidak mahu tujuannya diketahui kawan Qalish.
“Tak. Nama dia Qalish Qistina. Awak salah orang
kot.” Faris tersenyum . “Maaf ye awak. Terima kasih.” Ucap Faris sambil berlalu
pergi.
‘Waalaikummussalam. Hensem jugak. Anak siapa la
tu?’ desis Khalida dalam hati.
“Mr Qaliff Izzuddin , aku rasa kau kena cepat.
Dia ramai peminat. Banyak orang yang luahkan perasaan and masuk minang dia tapi
tak ada sorang pun yang dia terima. Nama dia pun dah elok sangat dengan kau,
Qalish Qistina.” Faris tersenyum. Senyuman Qaliff terhenti.
“Kalau dah orang lain dia tolak ni kan aku yang
jumpa je dengan dia asyik gaduh. Nak ke dia?” Faris memmetik jarinya.
“Kau cakap dia ada hutang kau , so kau gunakan la hutang kau tu.”
Qaliff menggelengkan kepalanya.
“Aku tak nak la guna cara tu.” Faris ketawa . “Then you gonna lost her bro! Simple.”
Qaliff menggaru kepalanya yang tidak gatal . “I’ll think bout that.Anyway, thanks bro.”
No comments:
Post a Comment