Assalamualaikum :)
Hye there :) Naahh. Mesti pelik kenapa KI( Ku Ieyla) buat novel baru kan? kan? Cerita dia macam ini, when I read back my first novel, rasa macam sangatlah childish. Kan? And then, tetiba dapat idea nak buat novel baru bagai. Muahahahaha. So, terus proceed dengan new novel. Do enjoy okay.
“Mama! Mama! Bangun Ma.. Please.. Bangunlah.. Jun perlukan
Mama.” Juni Balqis mengoyang-goyangkan badan mamanya, Puan Faridah. Matanya
sudah bengkak kerana menangis tidak berhenti semalaman. Mana mungkin dia
gembira ketika ini.
“Jun.. Tak elok meratap Mama macam ini.
Nanti Mama lagi sakit. Stop okay?”
Puan Maimun sedang menenangkan anak sedaranya yang satu ini. Dia tahu
kehilangan adiknya pasti dirasai oleh Juni Balqis kerana sebagai anak sulung
dia tentunya rapat dengan mamanya.
“No auntie. No! Jun nak Mama bangun. Itu aje. Susah sangat ke semua nak faham?!
I need Mama. Mama… Mama.. Please.” Encik Azman yang sedari tadi
memandang dari tepi bangun dan menuju kea rah anaknya itu.
“Jun.. Stop okay? Tak baik. Bangun jom.” Encik Azman cuba menarik Juni
Balqis bangun.
“Don’t
stop me.” Juni Balqis memandang Encik Azman dengan pandangan yang mencerun.
“Kalau bukan sebab Papa, Mama takkan mati. It’s
your fault and Papa boleh suruh Jun jangan sedih?” Juni Balqis masih
memandang Encik Azman. Encik Azman meraup mukanya.
“Jun.. Mama meninggal sebab ini takdir
Mama.” Encik Azman cuba menenangkan Juni Balqis. Dia tahu Juni Balqis sedang
sedih dan menyalahkannya atas apa yang terjadi.
Juni Balqis tidak menghiraukan Encik
Azman dan terus duduk disisi mamanya. Dia menyeka airmatanya yang mengalir.
Cuba untuk bertenang mungkin. Encik Azman mengeluh perlahan melihat keadaan
Juni Balqis. Mujur anak keduanya dan ketiga masih kecil dan belum mengerti
apa-apa.
“Baik. Saya mohon ahli keluarga datang
dan cium jenazah sebelum dikafankan.” Ustazah yang menguruskan jenazah Puan
Faridah memandang Encik Azman, Juni Balqis serta ahli keluarganya yang lain.
Encik Azman menghampiri anak keduanya.
“Rul, cium Mama buat kali terakhir ya.” Pujuk Encik Azman. ZahirulHaq
menghampiri jenazah mamanya dan mencium mamanya. Airmatanya jatuh.
Amanina Marha pula menghampiri jenazah
Mamanya. “Mama..” Airmata Amanina terus mengalir. Diseka dulu airmatanya
sebelum mencium Mamanya yang sedang lena tidur. Puan Maimun disisi memeluk anak
kecil itu.
Juni Balqis menghampiri jenazah Mamanya.
“Mama, kenapa Mama tinggal Jun cepat sangat. Semoga Mama tenang.” Ucapnya
perlahan sambil tunduk mencium jenazah Mamanya.
Selesai mencium Mamanya, Juni Balqis
terus bangun dan berlari menuju ke kamarnya. Airmatanya mengalir laju ketika
itu. ‘Aku perlu kuat. Kau kuat, Jun.’
“Jun.. Keluar cepat. Kita dah nak pergi ke
kubur ni.” Panggil Encik Azman. Juni Balqis pantas menyeka airmatanya lalu
membuka pintu. Papanya yang berdiri diluar tidak dihiraukan.
Juni Balqis hanya memandang jenazah
mamanya diturunkan ke dalam liang lahad. Airmatanya kembali tumpah. Selesai
sahaja talkin dibacakan, Juni Balqis melangkah untuk menyiram pusara
mamanya.
Juni Balqis menyerahkan jag yang dipegang
kepada Encik Azman. Kakinya terus melangkah mahu meninggalkan pusara ibunya.
Namun, entah mengapa pandangannya menjadi gelap. Gelap segelapnya.
“Awak ini
kenapa Jun? Dah makin teruk sekarang. Result exam awak pun makin teruk.” Juni
Balqis hanya memekakkan telinga mendengar bebelan gurunya.
“Kalau
awak ada masalah, awak boleh cerita dekat saya.” Pujuk gurunya. Juni Balqis
tersenyum sinis.
“Kalau
saya cerita pun, paling kurang cikgu akan tunjuk muka simpati dan cikgu akan
cakap ini takdir awak. Awak kena terima. Bla..Bla..Bla..” Ujarnya sambil
menayang muka selamba.
“At least awak cerita kepada saya dari
awak pendam sorang-sorang.” Pujuk gurunya lagi.
“Saya tak nak cerita apa pun. Kalau tak
ada apa, saya balik kelas dulu. Thank you.” Juni Balqis terus melangkah keluar
dari bilik guru dan menuju ke kelas.
“Asal weh kau kena panggil?” soal Lina.
“Naa.. Nothing. Membebel apa entah.
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku nak tidur. Pandailah kau kasi tahu
cikgu eh.” Juni Balqis meletakkan kepala di atas meja. Matanya cuba dipejam.
Airmata mengalir perlahan mengenangkan masalahnya. ‘Mama, Jun nak mama’.
“Juni, bangun. Dah rehat kot.”
Terpisat-pisat Juni membuka mata. “Takde cikgu masuk ke?” soal Juni. Lina
menggeleng. Juni bangun dari duduknya dan meregangkan tubuhnya yang sakit
akibat tidur tadi. Kalau sekarang rehat, means dah 2 jam aku tidur.
“Jom!” Lina bangun dari duduknya dan
mengikuti Juni keluar dari kelas menuju ke kantin.
Juni terus duduk di kerusi kosong di salah
satu meja. Mujur saja waktu rehat senior dan junior lain-lain, kalau tak mana
cukup menampung semua orang kantin ini. Matanya terpandang seseorang yang
sedang berdiri berhampiran stall nasi lemak. ‘Siapa ek? Asal pandang aku tak
berkelip macam tu?’
Lina meletakkan bihun goreng diatas meja.
Matanya turut melihat kea rah mata Juni yang sedang khusyuk melihat sesuatu.
“Kau pandang apa weh?” soal Lina. Juni
memuncungkan bibir menunjuk kea rah lelaki yang memandang dia tadi tapi kini
sudah melihat tempat lain. Mungkin kerana lelaki itu sedar dia perasan.
“Siapa ek? Aku tak pernah nampak pun.”
Lina menghamburkan tawa.
“Otak kau tak pernah nampak. Ada aje. Tapi
kau tu kan buta kayu and buta mata, mana nak perasan orang. Budak kelas pun
entah kau tak perasan. Mamat itu Ian and our senior. Hampir-hampir ada account
peminat tapi dibatalkan sebab dia tersangatlah islamik.”
Juni mengangguk kepala. ‘Islamik tapi
Ian? Sah-sah kerek semacam’. “Eh! Mala mini nak hang out tak?” Juni mengangkat
kening.
“Not sure. Apa-apa aku contact kau.
Tempat biasa kan?” soal Juni. Lina mengangguk. ‘Harap papa keluar malam ini so
that aku boleh keluar and enjoy’.
“Oi! Sape yang letak sampah atas meja aku
ni? Nak mati ke?” soal Juni. Masuk-masuk aja ada kertas yang diletakkan
betul-betul bawah pencil case dia. Tangannya mencapai kertas. ‘Surat ke? From
who then?’.
Juni Balqis, jangan jadikan kematian
mama awak sebagai alas an awak malas. Awak
boleh jadi yang terbaik. Mama awak pun
mesti sedih kalau awak tak succeed. So study well. I’ll always support you.
–IR, kekuatan-
“Korang, ada nampak tak siapa yang masuk
kelas and letakkan surat ini atas meja aku?” soal Juni. Lina merampas surat
yang dipegang Juni. ‘IR? Ingenieur? Tak mungkin.’ Juni hanya mampu mengeluh
apabila semua menggeleng kepala menjawab pertanyaan yang diutarakan. Jarinya
menggaru kepala yang tidak gatal.
Sepasang mata melihat Juni Balqis dari
jauh. ‘My princess, be strong.’
Kakinya terus diatur menjauhi kelas Juni. Juni menyimpan surat itu didalam
failnya. ‘Siapa awak?’
P/S : Tekad nak buat novel yang Islamik tapi masih sweet. Doakan :) Thankyou. Kbai *malu*
http://realsahabatnasa.blogspot.com/2014/06/pertandingan-penamaan-ssp2.html
ReplyDelete