Pages

Wednesday 5 June 2013

Penghijrahan :D

Assalamualaikum.

Firstly, tak terfikir pun nak buat title ni but then ramai sangat yang curious with my changes kan? So, terbuatlah tajuk ni.

Dua tahun yang lepas saya cuma remaja yang biasa. Yang seperti ini :

Means Free Hairlah :)

Waktu dekat matrik ingatlah during first time masuk lecture hall semua terkedu sebab I AM THE ONLY ONE yang free hair. Time tue takut jugak pandangan orang tapi semua okay je. Then, rilek la. Truely speaking nak berhijab tue lama dah cuma takut tak kuat. Sebab saya tak nak bukak then tutup. Tak proper kan?

Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati hamba dia yang satu ini untuk bertudung. Sama seperti tadi, semua orang terkejut sebab saya memakai tudung hari pertama start Semester 2 XD. Time tue dengar banyak sangat orang cakap. Example macam ini 'Alah! Dia pakai sebab sem ni ada kelas agama. Lepas ni sure buka.' Memang ditakdirkan waktu tue ada kelas agama. 
Memang sedih pun time tu. Tapi, orang yang mendoakan pun banyak. Alhamdulillah :) Apa yang orang kutuk pun dah tak ingat dah. Biasalah manusia kan? Sebab ramai yang support dari belakang. Lahirlah Ku Nur Salsabila yang baru :)

The New Me :D

Then, mulalah kehidupan bertudung. Time ni ramai dah tak cakap apa-apa. Conclusionnya, kalau orang mengutuk diam aje lama-lama berhenti la dorang. Apa-apa pun atas cakap orang dan doa orang saya menjadi lebih kuat.

Nak dijadikan cerita time tu famous sungguh dengan DENA BAHRIN kan? Ieyla yang tengok ni pun suka. Sejuk mata memandang. Dia berfashion tapi still tutup aurat kan? Cute je :) That time mulalah tengok cara dia pakai tudung so tiru sikit-sikit. Dan! Kalau untuk benda baik tirulah banyak mana pun takpe. Benda jahat tak boleh okay? 

Waktu tue dekat matrik and awal bulan 4. Nampak tak perubahan banyak dekat matrik. Sebab tue saya rindukan matrik. Mungkin sebab time tu ada orang sokong and puji niat kita kot :) Heehehhe

End up macam ni, 
Alhamdulillah 

Dari ikutan dah jadi kebiasaan. Itu yang sesuai sebenarnya. Lepas berpakaian macam ini percakapan terjaga, pandangan mata yang dulu liar pun terjaga *jangan fikir lain*, perlakuan pun terjaga. Selama ini dengar dari orang tapi bila kita dah rasa baru faham. Perasaan yang lain. Jangan pernah tanya perasaan apa sebab saya sendiri tak tahu nak describe feeling tue.

Kalau dulu keluar, still rasa tak selamat padahal dah bertudung sebab sebenarnya masih ada yang terdedah. Tapi, lepas macam perubahan macam ini dah tak rasa macam tue. Rasa SELAMAT!

That's it! Pengakuan berani mati saya :P . Bukan niat mahu menunjuk perubahan diri tapi untuk berkongsi perasaan ini. Doakanlah agar perubahan ini selamanya. Jika diri ini terlupa untuk seketika ingatkanlah, jangan menghina. 

Thank you.
Sekian dari Ku Ieyla :) 



No comments:

Post a Comment